April 18, 2011

KHASIAT SURAH AL-FATIHAH

Assalammualaikum..(',')

* mari kita berkongsi antara khasiat surah yang kita baca setiap kali solat ini :


ANTARA KHASIATNYA

- Dibaca 41 kali berserta dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum masuk tidur InsyaAllah, Allah akan menjaganya dari bahaya kecuali mati.

- Diamalkan membaca 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan dilunaskan segala hutang dan ditambah rezekinya tanpa diduga.

- Ditulis dan dilebur dengan air dan minum dengan izin Allah jua akan hilang segala kerisauan dan kegusaran jiwa.

- Diamalkan membaca 7 kali selepas solat fardhu akan Allah beri :

a. Keberkatan dalam kehidupan
b. Dihilangkan segala kesusahan dunia dan akhirat

- Dibaca 40 kali pada air dan dimandikan akan menyembuhkan segala penyakit kecuali mati

- Jika membacanya ketika menaiki kenderaan InsyaAllah dapat mengelakkan segala malapetaka dan jika ditulis pada kenderaan maka ia akan terhindar dari kecuriaan

- Dibaca 41 kali selepas solat subuh Allah akan mengurniakan :

a. Disembuhkan dari segala penyakit
b. Dimudahkan dalam pembayaran hutang
c. Disayangi dan disegani
d. Selamat dari bencana
e. Dimudahkan dalam urusan kenaikan pangkat

Segala yang berlaku diatas muka bumi ini adalah diatas kehendak Allah s.w.t kita sebagai manusia harus berusaha..Allah s.w.t maha mengetahui yang mana baik dan yang mana tidak baik untuk kita..Dan jangan pula amalkan ayat suci Al-Quran ini pada jalan yang tidak benar..betulkan niat, bersihkan hati, ihklaskan diri..InsyaAllah Allah s.w.t sentiasa memelihara anda semua..

yang buruk datangnya dari saya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t


No comments:

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me