Berlasungkawa Adik Ahmad Adam Syukri (4 Mac 2012 - 7 Februari 2013)
Diari Si Froggie
February 08, 2013
44 Comments

Al-Fatihah buat arwah adik Ahmad Adam Syukri dan Takziah buat seluruh keluarganya semoga mereka tabah dan sabar mengharungi dugaan dari Yang Maha Kuasa.
Lahir pada 4 Mac 2012 telah mengalami Brain Damage Severe HIE (Hypoxic Ishemic Encephalopaty) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak. Lahir secara vacuum dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scam MRI menunjukkan otak adik Ahmad Adam Syukri mengalami kerosakan yang teruk. Hidup adik Ahmad Adam juga bergantung dengan mesin oksigen yang dibekalkan untuk terus hidup, dia juga terpaksa menggunakan mesin suction kerana adik Ahmad Adam tidak berupaya menelan air liur. Mata kanan adik Ahmad Adam mengalami injured begitu juga dengan telinga kanannya juga tidak dapat mendengar kerana kerosakan dalaman. Doktor pakar otak mengesahkan jika adik Ahmad Adam hidup, dia akan terlantar seumur hidup kerana penyakit ini amat tipis untuk sembuh. Doktor pakar otak juga mengklasifikasikan kerosakan otak adik Ahmad Adam ini sebagai kematian saraf otak.
Kepada yang mengikuti perkembangan arwah adik Ahmad Adam Syukri ini di Facebook tentu tahu, sejak selasa lalu adik Ahmad Adam Syukri menunjukkan tahap kesihatan yang terlalu lemah, arwah mengalami demam panas, paru-paru dijangkiti kuman dan oksigen juga makin berkurang.
Kisah ini pernah dipaparkan dalam MHI (Malaysia Hari Ini) pada 10 Oktober 2012, dan pada pagi tadi 8 Februari 2013 MHI sekali lagi memaparkan rentetan hidup arwah adik Ahmad Adam Syukri sehingga urusan mengkafankan jenazahnya selesai.
"Allah tidak memberati (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"
(Al-Baqarah : 286)
"Dan sungguh kami benar-benar akan mengujimu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta serta hilangnya jiwa dan sedikitnya buah-buahan"
(Al-Baqarah : 155)
"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti akan ada kemudahan"
(Al-Insyirah : 6)
p/s : Setiap musibah dan dugaan yang diberikan Allah kepada umatnya akan dapat menghapuskan dosa. Kedua ibu bapa arwah adalah insan yang terpilih dan hebat untuk menghadapi dugaan dari Allah.. Mungkin satu hari nanti Allah akan kurniakan kepada kedua ibu bapa arwah ganjaran yang berlipat kali ganda atas kesabaran mereka.
Al-Fatihah jugak buat pelakon veteren arwah Datok Yahya Sulong dan juga arwah Azli Paat pakar teknologi tempatan.
Kredit :
Images dan Info
2. Facebook MHI