October 28, 2012

Tudung Natasha Tudung Untuk Semua

October 28, 2012 52 Comments
Peh! kemain tajuk entry kali nie :P Salam Aidiladha korang!!
Entry kali ini lebih bersifat promote.. nak promote ape? tu ha nak promote Tudung Natasha 
macam yang korang nampak atas tajuk entry nie ada banner Tudung Natasha kan? Sebenarnya lama dah janji dengan owner tu nak tolong promote, nie baru ada kesempatan nak promote. 
Dah nama pun Tudung Natasha kan semestinyalah jual tudung, bukan tudung saji tau. Jangan salah anggap. Meh tengok antara tudung-tudung yang mereka jual




ada yang berkenan? nak tengok banyak lagi jenis tudung? korang boleh pi blog beliau 


atau tanya terus pada ownernya 

Fahrin Ali Husain Abdullah
P/s : Mari terjah beramai-ramai, kalau tak kita putus! tetiba..

October 25, 2012

Erti Hari Raya Aidiladha | Segmen : Mari Bekorban Bersama Arra Ahmad

October 25, 2012 44 Comments

Lirik lagu waiting for your call - Irfan Makki

Semoga Para Haji dan Hajjah mendapat Haji yang mabrur disana

Wahai Allah.. saya menunggu panggilanmu
saya berdoa setiap hari supaya saya berada berdekatan dinding Kaabah

Saya rasa seperti hidup dan kuat
saya dapat rasa Islam mengalir dalam vena saya
melihat saudara Muslim saya melakukan tujuan yang sama
untuk satu ucapan dan melaungkan suara pada Nama Yang Benar
saya benar-benar berharap satu hari nanti semua orang adalah Muslim
bahawa mereka akan ingat ANDA dalam setiap yang mereka katakan

October 23, 2012

Oh! Kawan

October 23, 2012 43 Comments


Berbual dan berkongsilah bersama.. jangan asyik korang je berbual, berkongsi bila part kawan korang pulak korang dengar separuh je lepas tu korang sambung cerita kisah korang. Kisah dia tadi cemana? nak tak nak kawan korang tu telan dan pendam jela sengsorang. Sudahnya dia jadi pendengar balik buat korang. 


Nie lagi satu bila rakan baik korang nak tegur apa yang korang buat tu tak betul, korang pulak melenting kata dia tak faham korang lah, asyik nak 'kondem' korang lah. Ce tengok bebetul kalau dia tegur apa sebabnya.. mesti bersebabkan? sebabnya dia tak nak tengok korang buat something yang stupid. 

October 18, 2012

7 Jenis Ikan Ganas Dan Pelik

October 18, 2012 71 Comments
Dari Kisah Misteri Villa Nabila kini aida nak share 7 Jenis ikan yang ganas dan pelik, aida sendiri pun tak pernah tengok live lagi kecuali Piranha. Time google tadi pun terpaku tengok gambar-gambar ikan nie.. memang ganas sungguh rupanya. 
1. Ikan Piranha


Ikan yang tersangat popular kerana sering membintangi filem dengan aksinya yang ganas. 
Barisan gigi-giginya yang tajam dan tersusun rapat memudahkan jenis ikan ini memotong daging dengan cepat padan dengan tabiat makannya yang rakus. Ikan ini juga bersifat kanibalisme dan memakan spesisnya sendiri jika terlalu lapar.

2. Angler Fish


Spesis ikan yang mempunyai rupa agak menyeramkan, bersembunyi jauh didalam lautan. Dinamakan sebagai Angler Fish kerana cara menangkap mangsa yang sama dengan kaedah memancing, iaitu dengan menggunakan bahagian atas kepalanya yang seakan-akan pancing dan uniknya lagi hujung pancing itu mengeluarkan cahaya yang berjaya menarik mangsa, apabila mangsa datang menyentuh hujung bahagian kepalanya itu ikan ini terus menelan mangsa. 

3. Moray Eel ( Belut Moray )


Sejenis belut ini tinggal dicelah-celah batu karang dan mangsa tidak menyedari akan kehadirannya, dengan itu memudahkan belut ini menyentap mangsa. Belut ini juga boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia jika merasakan dirinya dalam bahaya. Bakteria dicelah-celah giginya mampu memberi impak yang serius pada luka. Lendir di kulitnya juga mempunyai racun dan mempunyai rahang mulut yang sangat kuat.

4. Tiger Fish ( Ikan Macan )


Ikan ini sangat ganas juga dipanggil sebagai predator, dengan giginya yang tersusun berselang-selang dan sirip yang kuat ikan ini mampu memakan mangsa yang lebih besar darinya. Ikan ini juga mempunyai rekod kelajuan berenang yang paling laju dari ikan-ikan yang lain. 

5. Viper Fish


Ikan ini juga dipanggil predator kerana sifatnya yang ganas, hidup dalam lautan dalam mempunyai gigi yang halus dan tersangat tajam seperti taring. 

6. Gulper Eel


Sekali pandang rupanya sangat pelik, mulutnya lebih besar dari badannya. Belut ini juga mampu melahap ikan yang lebih besar darinya. Belut ini juga menghuni lautan dalam dan mempunyai gigi-gigi yang sangat halus. 

7. Snakehead Fish


Ikan ini mempunyai mulut yang besar dan gigi yang sangat tajam dan memakan apa sahaja yang lalu dihadapan matanya. Pernah juga dilaporkan ikan ini menyerang manusia jika terlalu dekat dengan anaknya. Ikan ini juga berkebolehan hidup diatas tanah basah tanpa air yang dalam. 

Takutkan tengok gigi ikan-ikan nie? walaupun saiznya kecil tapi tengok giginya terus jadi ngeri. 

p/s : Allah swt mencipta sesuatu dengan seribu satu keistimewaan
Kredit :



October 13, 2012

Tiada Lagi Ramadan Buat 'Zali'

October 13, 2012 40 Comments
Korang pernah tengok drama raya Masihkah Ada Ramadan tak? aida tengok dari mula sampai habis cerita dia, memang best dengan suasana kampungnya, pelakon dia pulak memang menghayati watak plus pulak 'kecek' ganunya tu ternganga tengok tang part sedih memang sedih gila. Kira drama nie memang jadilah (bagi aidalah bagi yang lain tak pasti lah) 


 Ketepikan watak pelakon lain, aida nak share dengan korang watak anak bongsu dalam cerita nie je. Sebabnya? watak Zali nie memang best, lembut dan beriman orangnya, pelakonnya pun sweet, manis gitu. tapi last-last nanti korang tahulah kenapa aida pilih watak anak bongsu nie T_T

October 10, 2012

Selamat Pengantin Baru

October 10, 2012 66 Comments

Selamat Pengantin Baru buat AfzalSukaSuki (tok ketua GBS) yang selamat disandingkan pada 
7 Oktober 2012 bersamaan 21 Zulkaedah 1433H hari Ahad belah lelaki di Taman Kajang Mewah, moga beliau bersama isteri tersayang (Radhiah Izzati) kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan permata hati pengerat kasih sayang yang soleh dan solehah. 

Kad Kahwin Afzal - cilok dalam event fb beliau



Geng Blogger Sengal


Sesi Menulis ucapan untuk pengantin

Akhir sekali kami semua bergambar bersama mak dan ayah afzal sebelum bersurai

Antara Blogger yang attend kenduri nie ialah : 

Korn 
Farhana Zain
(Tak jumpa tapi tahu dia attend :P)
Zulhilmi Tempoyak
(Datang lambat jadinya tak dapat jumpa)

*Ke ada yang tertinggal, maaflah ea kalau ada yang tertinggal. hiks! 

Kalau diikutkan ini kali kedua kami berjumpa selepas bergathering bersama dulu, cuma ada beberapa blogger sahaja yang first time kami jumpa. Btw korang semua gila-gila ohsemm memang terbaik macam majlis tu korang yang punya kan? haha. 

P/s : Aku paling selekeh kot kat situ macam nak pi pasar je gayanya.. pehulik ape kan janji aku pakai baju dan tutup aurat. ngeh3.. kata penyu akulah awek paling kampung style, nasib kampung style bukan Gangnam Style :P

Kredit Gambar :


October 3, 2012

Back2Basic : Nature Photography (Bengkel Photography) UPDATE!!

October 03, 2012 59 Comments


Kepada blogger-blogger yang berminat untuk mendalami atau mempelajari bidang Photography berkaitan dengan Alam Semulajadi tetapi tidak tahu bagaimana teknik dan asasnya, mungkin event ini adalah salah satu jalan penyelesaian. Event dibawah naungan Sis Hartina Arssid ini membolehkan mereka yang mempunyai minat dalam bidang ini mempelajari teknik dan asas Photography berkaitan dengan Alam Semulajadi mengikut turutan demi turutan yang mudah untuk difahami. 

UPDATE!!

Detail Event

UPDATE!!
Organizing Team

Pada blogger yang berminat boleh melihat event ini di laman Facebook : 
untuk maklumat dan detail yang lengkap
atau boleh juga menghubungi Sis Hartina Arssid yang detailnya seperti diatas.



ha gambar lalat nie aida ambil sendiri.. boleh dikira Photography Alam Semula Jadi jugaklah kan? haha..

P/s : Majulah bidang Photography untuk gambar yang menarik ^^


Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me