November 27, 2012

Cepat Rebut 20 Domain Percuma Dot My Dengan Sertai GA

November 27, 2012 32 Comments

Ha cepat-cepat siapa nak dapat Domain free? meh jemput join GA nie.

DOMAIN DOT MY

Tarikh tutup GA hari nie 27 November 2012 jam 11.15pm
pasal tu lah Aida suruh cepat sebab nak tutup dah pun GA nie :P sebenarnya GA nie dah berlangsung seminggu yang lepas terlambat pulak nak promote. ngeng!


Nak tengok syarat-syaratnya mohon click banner kat atas nie eh..

Sekarang baru ada 13 peserta dia ada 20 domain free kalau korang join awal peluang nak menang salah satu domain masih cerah lagi. So apa lagi cepat-cepat lah join sebelum pukul 11.15 malam nie.

p/s : Aida sendiri pernah menang Domain dot com dari Khairul nie :) duduk je diam-diam dia sendiri pasangkan.. oh terimas Khairul ^^



November 24, 2012

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih

November 24, 2012 102 Comments
Di jemput secara ekslusifnya oleh tuan punya owner Segmen iaitu
Emas Putih memang orangnya putih lagi comel :)


Syarat dia cukup simple lagi senang 

1. Buat entry bertajuk Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih
2. Letak Banner macam dekat atas tu dalam entry dan linkkan ke entry Segmen
3. Like Page (Emas Putih [dot] com)
4. Dan letak link entry nie dekat ruangan komen entry Segmen

Due date : 26 November 2012 / 11.59pm

Siap ada hadiah lagi

RM10 topup untuk 3 blogger bertuah by random

So tunggu apa lagi jom lah join sama-sama

psstt nak dapat domain percuma tak? jom join GA nie Dot My




November 22, 2012

BANTU PALESTIN : HENTIKAN KEGANASAN BEBASKAN PALESTIN

November 22, 2012 54 Comments
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

 -We Will Not Go Down by Michael Hearts-

Alhamdulillah gencatan senjata telah bermula tepat pukul 3 pagi tadi waktu Malaysia dan pukul 9 malam waktu Palestin, walaupun mungkin untuk seketika tetapi aida yakin ianya amat bermakna untuk mereka. Sehinggakan mereka meraikan gencatan itu di sepanjang jalan di Gaza dengan melaungkan kalimah ALLAHU AKHBAR


dan mengikut sumber hari ini di Palestin terutamanya di Gaza merupakan hari cuti umum sempena kemenangan HAMAS, berjuang di awal Muharam menang dihari khamis hari yang sangat mulia. 

"Thank you Egypt, Thank you international community, it was because of you Gaza siege is crumbling (President Mesir Mohamad Morsi)"

"Kami mahu menyatukan bangsa-bangsa arab dan menuju kearah perpaduan yang sebenar. Sesungguhnya AGAMA ISLAM tidak akan mudah dipermainkan 
jika Umatnya bersatu (Pemimpin HAMAS Khaled Masha'al)"

wajah 3 pemimpin Israel yang terpaksa mengaku KALAH 
(padan muka hampa :P)

November 21, 2012

Usul Malaysia Di Parlimen : Malaysia Kecam Serangan Israel Ke Atas Gaza

November 21, 2012 38 Comments
Berikut ketetapan-ketetapan usul mengecam serangan Israel ke atas wilayah Gaza yang telah dibincangkan di Parlimen pagi tadi :

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang melibatkan wanita, kanak-kanak, orang tua, kehilangan harta benda serta kemusnahan infrastruktur. Mengesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin  di Gaza dan Tebing Barat

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serangan dengan gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi memantau proses gencatan senjata.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas (Uniting For Peace) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawab.


4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat menyambung semula usaha proses damai dan mematuhi pelbagai resolusi yang ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

November 18, 2012

Segmen : Up kan Followers Dengan Mendadak

November 18, 2012 64 Comments
Masih dalam mood memenuhi tag GA, Segmen, Contest 
kawan-kawan blogger :)
Untuk segmen kali nie aida telah ditag oleh Blogger Arrien

Nak tahu dengan lebih lanjut syarat-syaratnya boleh click Banner comel lottew kat atas nie

Bilangan Followers aida sekarang (sayang sangat-sangat kat depa nie haih)

Target : 10,000 ok tak? haha. aida target 100 follower mungkin, kalau dapat 10 pun dah bersyukur rasa :)

Semua syarat-syarat owner dah aida lakukan dengan jayanya

Owner Segmen nie iaitu Ain sebenarnya nak membantu blogger-blogger baru yang nak tambah follower, bagus jugak niat owner nie. Bantu sesama blogger kan. So aida nak tag rakan SEMUA blogger baru aida untuk join segmen nie.

Tarikh Tutup Segmen : 21 November 2012


p/s : Selagi punyai kudrat untuk memenuhi permintaan korang, selagi itu akan aida cuba sedaya upaya itu sahaja yang mampu untuk menghargai jasa kalian semua :)

November 17, 2012

Pray For Gaza | Doa Qunut Nazilah

November 17, 2012 37 Comments
Gaza..bermandi darah dijerkah bom gila
Gaza..sebaris peta ummah yang luka
Gaza..air mata tumpah, disengat derita
Gaza..tulang robek, raung nangis sendu duka


Itu Gaza, Umat Islam yang lain yang ditindas seperti Rohingya, Iraq, Afghanistan, Syria yang
kanak-kanak, wanita, warga tua pula menjadi mangsa alahai syahdu melihatnya. 


Alhamdulillah PM kita akan bekerjasama dengan yang lain untuk menamatkan perang di Gaza ini, moga Allah permudahkan segala urusan mengenainya.

Mari sama-sama kita baca doa Qunut Nazilah untuk saudara-saudara kita disana :

Doa Qunut Nazilah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pernah dibaca oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika pembunuhan para penghafaz-penghafaz Al-Quran.

Doa Qunut Nazilah ini SUNAT dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana, musibah, peperangan, wabak penyakit, kemarau atau sebagainya.


Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber :

p/s : sedih baca terjemahan doa qunut nie T_T 
Ya Allah makbulkanlah doa-doa setiap seorang dari kami ini





November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 H

November 14, 2012 44 Comments

Dah baca doa Akhir Tahun dan Awal Tahun? Kalau dah moga apa yang kita doakan akan dimakbulkan Allah. Kalau belum masih boleh dibaca lagi, doa tidak ada masa yang diperuntukkan doalah selagi kita bernafas cuma lebih afdal kalau ikut waktu yang diberikan :)
1433 H baru sahaja pergi meninggalkan kita kini 1434 H pula datang mendampingi. Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari yang penting buat Umat Islam memperingatinya kerana ia adalah satu sejarah Islam dimana Nabi Muhammad S.A.W Nabi junjungan kita melakukan penghijrahan dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ini telah memberi impak yang sangat besar dari sudut dakwah dan syiar Islam. 

November 13, 2012

We are all always pray for you Razin dan Razif

November 13, 2012 35 Comments
Entry luahan perasaan :P


Penempatan sementara Razin dan Razif di Penjara Roumieh

Kelu lidah nak berkata-kata apa ntah lagi nak menuduh siapa yang salah, dimana silapnya.
Berita yang diterbitkan oleh utusan.com itu telah menjadi satu harapan besar buat insan yang pernah mengenali Razin. Harapan supaya dia dapat dibebaskan dan kes itu digugurkan.

November 9, 2012

RIP Lilo Si Tupai Yang Jinak

November 09, 2012 49 Comments

9 November 2012 bangun pagi nie rasa sangat bersemangat, semangat dan bersyukur Allah masih kurniakan satu nikmat besar buat aida, iaitu Nyawa. Seperti pagi-pagi yang lepas sebelum memulakan kerja aida akan habiskan masa bersama dua binatang peliharaan tersayang nie tupai dan kucing. 

Pagi nie lepas bagi makan dekat putih kucing kesayangan aida, aida perasan tupai aida Lilo tak melompat macam hari-hari biasa dia buat, selalu pagi-pagi pantang lalu depan sangkar dia, dia mesti melompat mintak makan. Pagi nie dia diam je. Tak terlintas pulak dalam hati, dia diam tu dia dah mati ingat tak bangun lagi.

Lilo dengan buah rambutannya

Lilo nie abah aida yang jumpa masa pecahkan tiang depan rumah, elok je dia dua beradik duduk dalam tiang tu time tu dia dengan adik dia (Ciki) kecik lagi. Kami pun bela lah dia sampai dia boleh pegang makanan sendiri selama nie dia makan minum bersuap. Mula-mula dulu dia memang takut dengan kita asal pegang je dia nak melompat nak gigit. 

November 7, 2012

Segmen Silence Day Of Wednesday

November 07, 2012 37 Comments
Silence Day Of Wednesday #1


"Bisu atau diam tak semestinya tiada perasaan"


"Segmen dianjur khas oleh Silence Blogz.com dengan pesanan khas"

Lepas segmen pun still kan lah guna ayat Silence Day Of Wednesday untuk Wordless Wednesday korang :) tapi aida lagi lari tajuk guna ayat Rabu Yang Bisu menggantikan WW ha cemana tu? 

P/s : Segmen BFF aida juga nie :)

November 5, 2012

First GA By Tirah Zairi

November 05, 2012 66 Comments

Mood yang sama join GA ^^ kali nie aida join GA dari seorang blogger yang cute plus comel dan digelar sebagai Gadis Rerama oleh Korn.. eh terbocor rahsia pulak :P Tirah Zairi antara blogger BFF aida, dah 2 kali kami berjumpa dan dah 2 kali juga kami dating dalam train. 

Slurrppp!! minum tak ajak

Dijemput sendiri oleh Tirah dan telah ditag pula oleh pakcik Aswadz maka dengan hati yang girang lagi semangat aida pun lekas-lekas menempatkan diri dalam GA ini. 

Syarat-syarat yang sangat mudah lagi senang 

a) Buat entry bertajuk "First GA By Tirah Zairi"
b) Letakkan slogan "Bukan.Retis.Fofular" mengikut kreativiti sendiri. Biasa-biasa pun diterima (tak paksa)
c) Slogan tadi mestilah dibacklinkkan ke entry GA ini
d) Tag Blogger lain paling banyak 1, nak tag lebih pun ok.
e) Letakkan link entry anda pada komen entry GA beliau.
f) Terbuka kepada semua blogger.

Aku adalah blogger biasa. Blogger yang hanya akan update dan blogwalking bila ada masa terluang, Nuffnang pun tak sudi nak bagi aku earning apa ntah lagi iklan-iklan yang lain. Agaknya kalau aku tanya kat blogger lain kau kenal tak blog Diari Si Froggie? sah-sah dia kata tak kenal siapa tu. See.. bertapa biasanya aku. Sekali lagi aku nak bagi tahu yang 

AKU

Klik lip lap atas nie untuk terus ke GA Tirah

MAHUPUN ARTIS TETAPI AKU HANYA BLOGGER BIASA YANG SEDANG-SEDANG SAJA

Dia tidak cantik mak
Dia tidak jelek mak
Yang sedang-sedang saja
Yang penting dia setia (cewah)

Jeng jeng jeng aida nak tag 

Mama PPP (jangan marah mama :P)


November 4, 2012

Contest : Saya Sayang Kamoo Sahabat

November 04, 2012 92 Comments

Mood nak join Segmen/contest/GA support kengkawan pulak, lama dah list jemputan/tag tersimpan dalam lappy. Pada yang tag tapi aida tak join tu maaf lah ea mungkin terlepas pandang atau pun tarikhnya terlepas atau.. atau syaratnya terlalu panjang menjela (orang pemalas memang cenggini). Apa-apa pun aida nak berterima kasih sebab ramai yang sudi jemput aida join. Terimas..terimas..

CONTEST : SAYA SAYANG KAMOO SAHABAT (kamoo ayat kampungnya ialah kamu :P)
yang telah di tag oleh Nurul. Thankz sayam. 

Segala syarat-syarat, cara penyertaan, cara pemilihan pemenang, sampailah ke hadiah korang boleh click banner owner contest dekat bawah nie :

Blog beliau hijau ok.. i loike. 

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me