December 28, 2012

Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com

December 28, 2012 45 Comments

Ada apa eh dengan blog Mksyahir.com? nie ha owner dia Syahir ada buat Hyper Contest memang besar besaran sungguh lah contest dia. Sponsor dia pun awesome habis. Rugi lah siapa tak menjoinkan diri. Meh lah ramai-ramai join lekas-lekas. 

Kalau nak tahu contest nie juga ada melibatkan sumbangan 
BANTU PALESTIN.. Alhamdulillah semoga dirahmati Allah SWT atas segala usaha. 


Kutukan, Kritikan :

Anak meon jadi drebar
naik kereta ke sungai kertas
cuba besarkan ruangan sidebar
supaya nampak lebih jelas

Buah kelapa jatuh atas kepala brader
brader rasa nak pengsan dan pening
kalau boleh tukar lah header 
header yang nampak lebih happening

Pujian :

Pergi sekolah belajar membaca
guru comel lagi kelakar
Entry sengal tak terkira
ada identiti sendiri empunya cerita

Angin lalu sekali imbas
berlari laju macam kuda
loading blog laju dan pantas
walaupun line daku slow nak gila

secara peribadinya gua suka tema hitam blog lu.. 
hitam itu menawan serupa macam lu syahir 
(nampak tak ayat 'bodek' kat situ)

"Hyper Contest - Ada Apa Dengan Blog Mksyahir.com" ini telah disponsor oleh blogger-blogger awesome broframestone.comhyebro.combabyaimacomel.blogspot.commizruha.comarjunapopkorn.blogspot.comzestpurple.blogspot.comfuh.mywww.yanty.mybelognanabyte.blogspot.comdenaihati.comkhaiartzfar.blogspot.comciktom.comphat.myqueachmad.com dan di adili oleh benashaari.com dan mksyahir.com

Lihat Syarat-syarat dan Hadiah-hadiahnya boleh click SINI
p/s : Join contest nie bukan sebab nak dapat hadiah yang memang awesome habis tu, sebab utamanya nak support kawan-kawan lagi-lagi Syahir kawan seperjuangan tu. :) kalau dapat hadiah pun ok jugak :P

December 26, 2012

Etika Dalam Perang Menurut Islam

December 26, 2012 76 Comments

Zaman sekarang ramai umat Islam yang kurang atau salah kefahaman mengenai perang dalam Islam, disebabkan kesalahan itu Islam mudah di cop sebagai PENGGANAS


Antara peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW ialah 

1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Azhab/Khandak
5. Perang Bani Quraizoh
6. Perang Al-Hudaibiyah
7. Perang Khaibar
8. Perang Mu'tah
9. Perang Al-Fath
10. Perang Hunain
11. Perang Tabuk

dan lain-lain lagi

Tahu kisah kesemua perang-perang ini? sebab-sebabnya? bila berlakunya? yang tu mohon korang google/cari bukunya sendiri. hik hik 


Tekan Entry Penuh Click Sini untuk melihat apa etika dalam perang menurut Islam

December 20, 2012

10 Gambar Ilusi Yang Menarik

December 20, 2012 82 Comments

Dah lama kot tak post info-info menarik, asyik post pasal personal je kan bosan pulak korang nanti. :) Pada blogger yang tag GA, Segmen, Contest buat masa nie aida tak join lagi tapi InsyaAllah akan datang aida akan join. Maaf ea nak bagi laluan entry-entry berinfo pulak. 

Jom cuci mata dengan gambar ilusi yang menarik dan comel nie


Nampak tak apa yang aida nampak? bukan anting-anting kat telinga lembu nie tau dan bukan juga mata lembu yang seakan juling tu :P



cak! hai saya anjing saya sedang membaca buku.

Tekan Entry Penuh Click Sini untuk melihat lebih banyak gambar 

December 17, 2012

Birthday Boy : Owner www.fizgraphic.com

December 17, 2012 43 Comments

Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Apit 
Selamat Hari Jadi

Sory Apit, Aida lambat wish sehari lewat. Aida kan suka jadi orang terakhir, kata orang jadi orang terakhir nie murah rezeki (padahal memang serba serbi lambat)


P/s : Tua dah kawan-kawan aku la nie, tinggal aku je la yang masih 'MUDA' lagi. Hish.. syukur Alhamdulillah. :P


December 13, 2012

Larangan Keras Membuka Aib orang dalam Islam

December 13, 2012 49 Comments

Membuka aib orang lain adalah satu perbuatan yang sangat-sangat keji dan tercela apa ntah lagi membuka aib saudara Islamnya sendiri. 


Anda buka aib orang Allah sendiri akan buka aib anda, walau dirumah sekalipun. 
Ayat tersebut saja sudah menampakkan bahawa membuka aib orang amatlah dilarang keras dalam Islam.



Kata Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh HR Ahmad setiap orang mempunyai keaiban dan tidak seorang pun terlepas dari melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang itu adalah orang yang bertaubat. 

*click Entry Penuh Click Sini untuk entry penuh

December 6, 2012

Blog Review : 5 Blog Bertuah Giveaway Dot My

December 06, 2012 53 Comments

Seperti yang telah dijanjikan kepada semua peserta Giveaway Dot My aida akan review 5 blog bertuah yang telah dipilih oleh Kazen, Shida dan juga Uzu, makanya dengan kata sepakat itu telah meletakkan 5 blog bertuah ini untuk direview :

1. Cik Fie
2. Nisa Shahrien
3. Shasha Yacob
4. Nurhanim
5. Hazirah Muslim

Tahniah buat mereka berlima dan tahniah juga buat 3 blog yang berjaya mendapatkan 3 Domain Dot My serta blog yang direview oleh Shida dan juga Uzu.

1. Cik Fie


Aida suka header simple blog Cik Fie nie dengan mutiara kata berunsurkan Islamik tu, lagi-lagi ada tulisan khat Bismillah :) Sebenarnya Cik Fie nie lagi retis dari Aida follower dia je 3K rasa macam tak layak je nak review dia kan? hehe.. Tak silap Aida lah Cik Fie nie mula berblogging pada 29 Februari 2011 kiranya Cik Fie sudah setahun 9 bulan bertapak dalam dunia blogging. Majoriti entry Cik Fie juga berunsurkan Islamik i loike. :) Dan Cik Fie nie juga baru sahaja berdomain dot com. Tahniah dear. So apa lagi mai pakat terjah Cik Fie :)

2. Nisa Shahrien


Aiyoo chocolate telan air liur sat.. Blog nie first time aida pi aida terus terpikat dengan background warna peach putih ala-ala pink, cantik pulak warna tu. Blog milik Nisa Shahrien nie mempunyai 126 follower dan start berblogging pada 1 December 2011 genap setahun usia blog dia. Tahniah dear :) Majoriti entry Nisa Shahrien mengenai kisah peribadi, dan pengalaman beliau sendiri, bagi aida blog Nisa Shahrien sangat-sangat simple, santai, tiada unsur yang berat paling syok entry dia ala-ala pantun gitu. Teruskan berblogging dear. So apa lagi mai pakat terjah Nisa Shahrien :)



opss.. ok ok i dont touch ur Superman :P haha.. happy pulak masuk blog Shasha nie, dengan warna background yang soft menenangkan hati je rasa :) Blog biru laut ini mempunyai 470 Follower dan mula berblogging pada 1 Februari 2012.. Newbie lagi tapi dah punya follower yang ramai. Good Jobs dear. :) Entry juga berkisarkan peribadi dan pengalaman sendiri. Mengikut maklumat yang ditulis Shasha dia baru berumur 16 tahun comel pulak. Tak percaya? meh rami-ramai pakat terjah Shasha Yacob :)



Kemain ekslusif header dia kan? masuk-masuk je blog Nurhanim nie terus rasa nak goyang kepala pasal ada lagu best :P kalau bukak blog Nurhanim saja tak pe lagi lah. hehe. Blog Nurhanim mempunyai 233 Follower dan mula berblogging pada 1 December 2012, pun newbie juga tapi dah ada blog yang cantik. Entry Nurhanim pun berkisahkan peribadi, pengalaman sendiri dan Nurhanim juga seorang yang rajin menyertai GA, Segmen, Contest memang terbaik :) Nurhanim baru berumur 14 tahun bakal menghadapi PMR untuk tahun depan. So apa lagi mai pakat terjah blog Nurhanim :)



Sedap nama pemilik dia Hazirah Muslim, mempunyai 423 Follower dan mula berblogging pada 23 November 2011 setahun dah beliau berblogging. Hazirah Muslim juga rajin join GA, Segmen dan Contest tabik spring :) Rasa aida lah Hazirah Muslim nie pandai edit blogskin, tengok pada blog dia saja dah tahu.. so kalau korang nak mintak tutorial/edit mengenai blogskin mungkin boleh tanya beliau. Blog beliau memang comel, paling aida suka dekat blog beliau tang dashboard tu cute pulak tengok. Tak caya meh pakat terjah blog Hazirah Muslim :)

Kesimpulannya depa berlima memang awesome dan terbaik, Aida doakan mereka akan menjadi blogger yang bagus satu hari nanti. 
In Shaa Allah. 

P/S : Aida memohon jasa baik korang semua yang memang dah baik sejak azali lagi terjah mereka berlima kalau boleh follow mereka sama :) Thankz u all. Pada blog yang direview kalau ada maklumat yang salah inform ea? main pakai skodeng je tu. hehe.. 


December 4, 2012

Giveaway For Follower

December 04, 2012 41 Comments

Aida selalu jadi orang yang lambat dalam sertai GA, Segmen, Contest mahupun lain-lain.. apa boleh buat line internet sekejap laju sekejap perlahan. Sebelum GA gempak nie melabuhkan tirai dia dan sementara line tengah laju ya amat nie aida pun cepat-cepat join. 

Giveaway nie hasil gabungan blogger-blogger retis lagi popular aida sendiri pun segan nak tegur depa nie.. :P jadi disebabkan SEGAN tu jugak aida support depa dengan menjoinkan diri. 


Syarat-syarat :

1. Buat satu entry dan letakkan Banner serta backlinkkan ke entry GA (done)
2. Letakkan link sponsor dalam bloglist follow terus lagi bagus (done)
3. Publish entry dan letakkan link entry di kotak komen entry GA tersebut (done)

Hadiah :

1. dari APIT - DVD TOP Secret Photoshop 1 Set x1 pemenang 
- Review Blog x2 pemenang
2. dari AZHAFIZAH - Keychain Exclusive Azhafizah.com x5 pemenang
3. dari SHIDA'R - Calendar Exclusive Duniashida.com x5 pemenang
4. dari EMAS PUTIH - Topup RM5 x6 pemenang (celcom dan maxis)


Dah ada lebih 100+ plus pesertanya.. meh tambah kan lagi bilangan peserta hadiahnya pun menarik lagi tertarik :)

p/s : DVD TOP Secret Photoshop dari apit aida dah beli.. memang terbaik ilmu dalam tu sangat2 mudah dihadam oleh otak, so pada sesiapa yang berminat dalam bidang Photoshop tapi tak tahu mana nak cari tutorial lengkap boleh join GA nie untung-untung dapat rezeki :)




December 1, 2012

Palestin Diiktiraf Sebagai Negara Oleh PBB : Welcome To Palestine

December 01, 2012 60 Comments

Tiada kata yang boleh diungkapkan melainkan SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, apabila mengetahui bumi Palestin yang acap kali bergolak ini telah diiktiraf sebagai sebuah negara oleh PBB atas undian seluruh dunia yang kelihatan memihak kepada Palestin. 

29 November 2012 yang juga jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari pastinya mempunyai satu nilai sejarah yang paling bermakna buat seluruh Umat Islam didunia terutamanya warga Palestin dan bagi sekutu Zionis ini merupakan kekalahan diplomatik paling memalukan.


Palestin menang majoriti dengan sokongan 138 negara, 9 membangkang dan 41 negara lagi berkecuali. Sebenarnya kalau nak diikutkan Palestin sepatutnya sejak azali lagi adalah sebuah Negara yang diiktiraf tapi disebabkan zionis nie menganggu gugat dah dia pulak yang diiktirafkan (sejak bila ntah Israel ada negara) 


click Entry Penuh click sini untuk melihat senarai penuh negara-negara yang menyokong, membantah dan berkecuali

November 27, 2012

Cepat Rebut 20 Domain Percuma Dot My Dengan Sertai GA

November 27, 2012 32 Comments

Ha cepat-cepat siapa nak dapat Domain free? meh jemput join GA nie.

DOMAIN DOT MY

Tarikh tutup GA hari nie 27 November 2012 jam 11.15pm
pasal tu lah Aida suruh cepat sebab nak tutup dah pun GA nie :P sebenarnya GA nie dah berlangsung seminggu yang lepas terlambat pulak nak promote. ngeng!


Nak tengok syarat-syaratnya mohon click banner kat atas nie eh..

Sekarang baru ada 13 peserta dia ada 20 domain free kalau korang join awal peluang nak menang salah satu domain masih cerah lagi. So apa lagi cepat-cepat lah join sebelum pukul 11.15 malam nie.

p/s : Aida sendiri pernah menang Domain dot com dari Khairul nie :) duduk je diam-diam dia sendiri pasangkan.. oh terimas Khairul ^^



November 24, 2012

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih

November 24, 2012 102 Comments
Di jemput secara ekslusifnya oleh tuan punya owner Segmen iaitu
Emas Putih memang orangnya putih lagi comel :)


Syarat dia cukup simple lagi senang 

1. Buat entry bertajuk Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih
2. Letak Banner macam dekat atas tu dalam entry dan linkkan ke entry Segmen
3. Like Page (Emas Putih [dot] com)
4. Dan letak link entry nie dekat ruangan komen entry Segmen

Due date : 26 November 2012 / 11.59pm

Siap ada hadiah lagi

RM10 topup untuk 3 blogger bertuah by random

So tunggu apa lagi jom lah join sama-sama

psstt nak dapat domain percuma tak? jom join GA nie Dot My




November 22, 2012

BANTU PALESTIN : HENTIKAN KEGANASAN BEBASKAN PALESTIN

November 22, 2012 54 Comments
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

 -We Will Not Go Down by Michael Hearts-

Alhamdulillah gencatan senjata telah bermula tepat pukul 3 pagi tadi waktu Malaysia dan pukul 9 malam waktu Palestin, walaupun mungkin untuk seketika tetapi aida yakin ianya amat bermakna untuk mereka. Sehinggakan mereka meraikan gencatan itu di sepanjang jalan di Gaza dengan melaungkan kalimah ALLAHU AKHBAR


dan mengikut sumber hari ini di Palestin terutamanya di Gaza merupakan hari cuti umum sempena kemenangan HAMAS, berjuang di awal Muharam menang dihari khamis hari yang sangat mulia. 

"Thank you Egypt, Thank you international community, it was because of you Gaza siege is crumbling (President Mesir Mohamad Morsi)"

"Kami mahu menyatukan bangsa-bangsa arab dan menuju kearah perpaduan yang sebenar. Sesungguhnya AGAMA ISLAM tidak akan mudah dipermainkan 
jika Umatnya bersatu (Pemimpin HAMAS Khaled Masha'al)"

wajah 3 pemimpin Israel yang terpaksa mengaku KALAH 
(padan muka hampa :P)

November 21, 2012

Usul Malaysia Di Parlimen : Malaysia Kecam Serangan Israel Ke Atas Gaza

November 21, 2012 38 Comments
Berikut ketetapan-ketetapan usul mengecam serangan Israel ke atas wilayah Gaza yang telah dibincangkan di Parlimen pagi tadi :

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang melibatkan wanita, kanak-kanak, orang tua, kehilangan harta benda serta kemusnahan infrastruktur. Mengesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin  di Gaza dan Tebing Barat

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serangan dengan gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi memantau proses gencatan senjata.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas (Uniting For Peace) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawab.


4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat menyambung semula usaha proses damai dan mematuhi pelbagai resolusi yang ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me