May 26, 2012

MEREKA YANG AWESOME (1)

May 26, 2012 58 Comments

Entry kali nie khas untuk mengenang jasa korang yang tak pernah putus-putus singgah dan follow blog aida yang tak seberapa nie, nak buat contest dan giveaway belum ada modal lagi.. InsyaAllah dimasa akan datang bila ada rezeki lebih aida teringin jugak nak buat. Buat masa ini, ini sahaja yang mampu aida berikan. 


kat bawah nie antara rakan follower blog aida yang masih aktif berblog, yang tak aktif tu harap maaflah eh blog korang tak dapat dimasukkan dalam list nie. Nanti kawan baru nak mai tak dapat kunjungan balas pulak kan. Ok korang, korang yang nak kenal boleh la follow blog mereka jugak, lepas dah follow korang, korang tinggalkan lah jejak dengan ayat macam nie
"Singgah dari blog diarisifroggie"
boleh? haha.. (tetiba promote blog sendiri) 

http://www.jejakaterhangat.com/
http://sha-myheart.blogspot.com/
http://keluargablogger.blogspot.com/
http://arazua.blogspot.com/
http://opanaz.blogspot.com/
http://merentasiman.blogspot.com/
http://loveneddy.blogspot.com/
http://firdaushumphrey.blogspot.com/
http://coretanhatimila.blogspot.com/
http://temoyopurp.blogspot.com/
http://kuahdalca.blogspot.com/
http://acuyuhan.blogspot.com/
http://hanahiarimu.blogspot.com/
http://akudanchenta.blogspot.com/
http://blogger-blog-tutorial.blogspot.com/
http://www.luqaz.com/
http://www.lyssasecret.com/ (Retis)
http://penyurock.blogspot.com/
http://sleepingdaydreamer.blogspot.com/
http://shahniz89.blogspot.com/
http://nellykyu.blogspot.com/
http://miyraforever.blogspot.com/
http://lisa-love-life.blogspot.com/
http://jurnal-fikir.blogspot.com/
http://josrevalution.blogspot.com/
http://zareliqaafiqa.blogspot.com/
http://www.shidah2020.com/
http://akuhanyarajadrama.blogspot.com/
http://kutooobamboo.blogspot.com/
http://kisahmissxyz.blogspot.com/

30 blog dulu eh? yang lain akan menyusul kemudian. 


May 24, 2012

HINA SANGGAT KE BENDERA MALAYSIA?

May 24, 2012 45 Comments

Allahyarham Mohamed Hamzah pencipta bendera Malaysia yang kini digelar Jalur Gemilang pada tahun 1947. Tak ramai yang tahu mengenainya bukan? Beliau berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor. Beliau menamatkan zaman persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan berbakat dalam bidang seni lukis. Hasil rekaan beliau telah menarik perhatian pemerintah ketika itu dan seterusnya dijulang menjadi rekaan pada bendera tanah melayu pada tahun 1947. Beliau meninggal pada 19 Februari 1993. 

Aida nak tanya korang, apa korang rasa bila ada yang kata bendera negara kita nie bendera ciplak? yang mengata tu adalah rakyat Malaysia sendiri. 
"Sah-sah pencipta bendera Malaysia ini dulu tiru design bendera Amerika, Jalur Gemilang yang kita bangga-banggakan ini sebenarnya dipandang rendah oleh orang luar sebab tiru bendera Amerika, nampak sangat dekat bangsa luar yang orang melayu ni tak reti nak reka benda"
"Cuba tengok bendera Malaysia letak sebelah bendera Amerika, betapa kerdilnya rasa negaraku Malaysia, nak kibar pun malu"
"kena usulkan tukar bendera, rasa terhina pulak pakai bendera British ini"
sepatutnya 
"Aku tak kisah pun design atau asal usul dari mana, bangga je aku kibarkan bendera Malaysia nie walaupun diluar negara"
Sejarah dah tinggal sejarah, sejarah mengajar kita untuk lebih maju kehadapan dan tidak mengulanginya. Sejarah juga tidak boleh diubah kerana masa tidak akan pernah berputar kembali. Makanya apa yang ada dihadapan sekarang adalah penentu masa akan datang kita. Jika korang, korang, dan korang asyik mencungkil sejarah yang lama, korang sudah tentu tertinggal di belakang tetapi sejarah juga tidak harus kita lupakan :)

p/s : Semangat patriotik tetiba menjelma hari nie...aku pun tak tahu mana silapnya. ahakz. Risau melihat keadaan orang melayu yang bertengkar sana sini dengan hal yang langsung tak memajukan negara, agama dan diri sendiri. 

May 22, 2012

MIMALAND DALAM KENANGAN

May 22, 2012 41 Comments
Siapa pernah dengar tentang Mimaland? apa yang ada di Mimaland? Kenapa dia ditutup? Ha.. banyak soalannya, bagi yang tak tahu atau kurang tahu (yang tahu mohon buat-buat tak tahu). Mimaland nie sebenarnya satu pusat rekreasi paling popular pada tahun 1971, tempat tumpuan orang ramai untuk melepaskan tekanan dan bersantai bersama keluarga (dulu mak abah kita pun dating kat Mimaland). 

Nama Mimaland diambil dari singkatan Malaysia In Miniature Land, kawasan seluas lebih kurang 300 ekar terletak di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur dibuat secara beberapa peringkat iaitu peringkat pertama pada tahun 1970 mengandungi 24 buah motel, 5 buah chalet, sebuah kolam renang, dan taman haiwan prasejarah yang dipenuhi replika dinasour bersaiz besar.

May 20, 2012

TUTORIAL : AYAT (STATUS) BERGERAK DI SIDEBAR

May 20, 2012 22 Comments

Kalau tengok tajuk tu aida tak tahu lah kalau korang faham ke tak. Haha.. puas memikir dah tu. So tak nak bagi korang pening-pening aida PS dan tempek je gambar kan senang. 

Ok dalam kotak yang aida dah highlight kan warna merah tu lah contohnya, dalam PS tu memang lah tak bergerak kan.. haha. Kalau nak tengok yang bergerak pi tengok kat sidebar aida tu. Ok kali nie aida nak ajar korang semua macam mana nak buat benda nie. 

Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript

Korang pastekan code dibawah nie dalam HTML/JavaScript tu
<center style="text-align: center;"><span class="Apple-style-span" style="color: #437C17; font-family: Verdana, 'times new roman', serif;"><b>TAJUK STATUS KORANG</b></span></center><div style="Background-image:url(http://www.glitter-graphics.com/images/empty.gif); repeat; padding -moz-border-radius: 20px 20px 20px 20px;-webkit-border-radius: 20px 20px 20px 20px;: 5px; border:1px solid #437C17;"><center><marquee>AYAT STATUS KORANG</marquee></center></div>

Contoh bergambar :


Yang aida highlightkan merah tu korang tukar ayat korang, ikut lah korang nak letak ayat apa pun. Ok? yang #437C17 tu korang tukar pada code warna yang sesuai boleh tengok code warna kat SINI.

Dah rasa puas hati tekan je SAVE dan PREVIEW 

Selesai sudah Status bergerak korang :)



May 12, 2012

AKIBAT SALAH EJAAN

May 12, 2012 50 Comments

Asyik entry serius je kan? kali nie nak tempek entry santai pulak. Moga hujung minggu nie 
korang-korang semua ceria disamping orang tercinta. 


bahaya kalau makan sambal nie mahu jadi iblis kita nanti
( ada info kata dekat Indonesia orang panggil ikan bilis sebagai ikan iblis )


Ye kami sangat memerlukan alam SUMULAJADI



khas untuk yang masih dara.. mungkin


angin kencing pun ade??



baiklah lepas nie jangan tampar poster dah tau?




huish ini betul-betul tak reti eja nie..
P/S : ini dinamakan entry hilang idea :P

Sumber : Google Images

May 8, 2012

10 TEMPAT YANG TIDAK DAPAT DILIHAT DI GOOGLE MAPS

May 08, 2012 32 Comments

Lepas korang baca pasal 10 tempat nie mesti korang tertanya-tanya perlu ke? dan kenapa? 
tempat-tempat nie dikaburkan eh?

1. The Royal Palace Residence, Belanda

Juga dikenali sebagai Koninklijk Paleis Amsterdam iaitu tempat keluarga diraja Belanda

Link Google Maps : SINI

2. Buffalo Niagra International Airport

Sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps dan apabila di zoom didapati tidak jelas  dan sukar untuk dilihat

Google Maps : SINI

May 3, 2012

9 PEDANG RASULULLAH SAW

May 03, 2012 33 Comments

Tuan blog dah kembali :) 

Tak ramai yang tahu rupa dan sejarah pedang kepunyaan Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w, termasuklah tuan blog nie. :P mari kita lihat gambar pedang berserta sejarahnya.

 1. 'Ma'thur Al-Fijar'
Pedang ini dimiliki sebelum Rasulullah SAW menerima wahyu pertama di Makkah, pedang ini diberi oleh ayahanda beliau dan dibawa bersama sewaktu berhijrah dari Makkah ke Madinah. Akhirnya pedang ini diberi kepada Ali Bin Abi Thalib bersama peralatan perang yang lain. 

Tempat : Muzium Topkapi, Istanbul
Bentuk : Blade 
Panjang : 99 cm
Pemegang pedang : Dari emas berbentuk 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus dan mempunyai ukiran arab berbunyi Abdallah bin Abd al-Mutalib.

2. Al-Adb
Al-Adb beerti memotong atau tajam. Pedang ini dikirim ke para sahabat Rasulullah SAW sesaat sebelum Perang Badar. Rasulullah menggunakan pedang ini ketika Perang Uhud, pedang ini jugak digunakan sahabat Rasulullah SAW sebagai bukti kesetiaan mereka kepada Rasulullah SAW. 
Tempat : Masjid Husain, Kairo Mesir
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me