May 24, 2012

HINA SANGGAT KE BENDERA MALAYSIA?


Allahyarham Mohamed Hamzah pencipta bendera Malaysia yang kini digelar Jalur Gemilang pada tahun 1947. Tak ramai yang tahu mengenainya bukan? Beliau berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor. Beliau menamatkan zaman persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan berbakat dalam bidang seni lukis. Hasil rekaan beliau telah menarik perhatian pemerintah ketika itu dan seterusnya dijulang menjadi rekaan pada bendera tanah melayu pada tahun 1947. Beliau meninggal pada 19 Februari 1993. 

Aida nak tanya korang, apa korang rasa bila ada yang kata bendera negara kita nie bendera ciplak? yang mengata tu adalah rakyat Malaysia sendiri. 
"Sah-sah pencipta bendera Malaysia ini dulu tiru design bendera Amerika, Jalur Gemilang yang kita bangga-banggakan ini sebenarnya dipandang rendah oleh orang luar sebab tiru bendera Amerika, nampak sangat dekat bangsa luar yang orang melayu ni tak reti nak reka benda"
"Cuba tengok bendera Malaysia letak sebelah bendera Amerika, betapa kerdilnya rasa negaraku Malaysia, nak kibar pun malu"
"kena usulkan tukar bendera, rasa terhina pulak pakai bendera British ini"
sepatutnya 
"Aku tak kisah pun design atau asal usul dari mana, bangga je aku kibarkan bendera Malaysia nie walaupun diluar negara"
Sejarah dah tinggal sejarah, sejarah mengajar kita untuk lebih maju kehadapan dan tidak mengulanginya. Sejarah juga tidak boleh diubah kerana masa tidak akan pernah berputar kembali. Makanya apa yang ada dihadapan sekarang adalah penentu masa akan datang kita. Jika korang, korang, dan korang asyik mencungkil sejarah yang lama, korang sudah tentu tertinggal di belakang tetapi sejarah juga tidak harus kita lupakan :)

p/s : Semangat patriotik tetiba menjelma hari nie...aku pun tak tahu mana silapnya. ahakz. Risau melihat keadaan orang melayu yang bertengkar sana sini dengan hal yang langsung tak memajukan negara, agama dan diri sendiri. 

45 comments:

Eintan Nurfuzie said...

betul tu aida...cik en pun dh mula takut..macam2 rusuhan dah ada sekrang.. org dulu perjuangkan kemerdekaan tp kita skrg macam nk bagi... xtau nk ckp..
sape lagi yang nk bangga dgn negara kita klu x rakyatnya sendri..even apa pun rupe bendara kita...yg pentg semangat tu..bukan pada rupe warna dan design..x gitu cik aida?

yusuflaili(Goku) said...

dah tak ada kerja lain nak dibuat..buatlah kerja kutuk orang inilah orang kita.

✿INA AINAA✿ said...

buat ape nk bermegahkan negara lain...kita megahkan negara kita sudah..negara lain tak de pun nak megahkan sgt negara lain malah mereka kagum menjadi rakyat pd negara mereka... asihhh.... I love to be Malaysian

Anonymous said...

yg paling sedih tu sbb mereka2 tu rakyat malaysia sendiri..cuba lah yg dok kutuk2 tu reka lah sikit ,,n apa sumbangan diorang dlm negara haishh emo

Unknown said...

Masalanya orang yang kutuk tu henggat dia bagus sangat ke??? Cakap dengan dia kalau Amerika ke British ke lebih baik drp negara tercinta kita Malaysia ni: Dua je akak nak cakap:

1-Kalau tak suka duk Malaysia sila la angkat kaki pindah jer duk kat Amerika tu atau kat British tu..

2-Kalau Malaysia ni tak best... habis asal lak ramai Indonesian, Bangladesh, Philipino punya rakyat berpusu-pusu nak menetap siap tipu2 lagi nak jadi rakyat sini tak cenggitu..

Alahai.. ini lah manusia... Allah beri yg terbaik pun masih tak puas hati lumrah dunia camni ler...

iAmCekbolat said...

takde sivik punye org.. -_-"

Unknown said...

buat malu la duk malaysia tapi tak banggakan tanah air sendiri.. baik campak je ke negara lain..huhuhu

Anonymous said...

tiru tang mane?? takde pun....

zafira othman. said...

nak bendera baru. nak warna pink !! *merusuh suh tukar warna bendera

gnesop said...

bendara adalah simbol
yg penting semangat patriotik terhadap negara :)

shameel Iskandar said...

negara kita tanggungjawab kit, jadi bendera perlu dihormati dan perlu kita bangga sbb ia adalah jati diri negara kita

ayut said...

betulla tu..dengan sejarah kita belajar untuk lebih ke hadapan.
Ala..standard kot setiap benda nk bt kna ada rujukan.tapi lpas tu pandai-pandai kita nak bina identiti sndrik.Malaysia dh buktikan dh kejayaan yg boleh dibanggakan..tau nak kondem je tak kemana jawab nnt kang :)

nhdaughter said...

ish2...geram plk haisyhh kat org yg ckp cm2 @@

aswadz said...

moga2 masa hari kebangsaan nnt, semangat patriotik tu makin bertambah.

Ayie Abas said...

bagi ayie bendera malaysia lagi cantik dari bendera USA....

x timbul soal ciplak sbb ternyata bendera malaysia mempunya makna dan maksud yg tersendiri dan jelas.

sejarah mencatatkan ia dipilih dari sekian byk pilihan2 yg lain.

The Lady Closet said...

part mana yang tiru tu??hai. menjatuhkan je la tahu masyarakat kite la ni..sedih :'(

nurul hidayah said...

mmg pon......owg selalu kate malaysia ciplak bendera dr usa

Amirah said...

hummm, org yg pendek akal mmg kebanyakan fikir cmtu. otak mereka sempit. maka terdorong-lah na pk then buat benda2 yg merosakkan martabat negara. haihhh

tirahzairi said...

cantek pe bndera malaysia....merah gitu....i loike taw

Shida Radzuan said...

aida tiap2 hari de smgat mcm ni pon xpe..hehe..bagus lg ade la..hehe :)

caliph shuriken said...

klau cmtu baik diorg pindah luar negara skrg jgak kn...

Diari Si Froggie said...

@eintan nurfuzie Betul sangat dah tu cik ein.. nampaknya mereka2 nie sangat berlemak sekarang.. huhu

Diari Si Froggie said...

@yusuflaili(Goku) setuju sangat dengan ayat yusuf.. org kita selalu macam nie.. kutuk mengutuk tu dah jadi amalan wajib dah..

Diari Si Froggie said...

@✿Lady Ainaa✿ yeah!!! tahu tak pe.. rakyat negara kita je agak rendah sikit pemikirannya.. huhu.. Love Malaysian :)

Diari Si Froggie said...

@sis92 kan.. sedih sgt2 sebab tak pandai nak menghargai jasa orang.. dia org nie tak meletakkan diri dia orang pada keadaan.. sebab tu jadi lagu nie..

Diari Si Froggie said...

@PariPariPutih hahaha.. aida setuju dah tu, dua2 yg akak cakapkan tu.. kan senang...

Diari Si Froggie said...

@CekbOlat-bOlat ha kan cikbolat dah marah.. :P

Diari Si Froggie said...

@azizah :) kita campak dia kat negara africa or afghanistan biar dia tahu betapa damai dan aman serta bahagianya di Malaysia..hehe

Diari Si Froggie said...

@Rapunzeel Cikilolo haha.. ntah la depa nie rapunzel..

Diari Si Froggie said...

@zafira othman. haha.. pink? alahai.. sian pada kaum adam.. tertelan ayaq liuq depa.. :P

Diari Si Froggie said...

@gnesop poseng yeah!! hidup Malaysia.. hehe

Diari Si Froggie said...

@shameel Iskandar betul tu shameel.. kita patutnya meninggikan maruah bendera kita bukannya menjatuhkan lagi..

Diari Si Froggie said...

@ayut betul2... sebagai bahan rujukan.. agaknya depa nie kurang ilmu sejarah kot.. :P

Diari Si Froggie said...

@miza kimbum kan? aida lagi geram.. grrrrr... :P

Diari Si Froggie said...

@Ayie Abas setuju dengan ayie.. maksudnya pun sangat tepat untuk negara kita nie.. hanya org yg kurang memahami je yg jadi macam nie..

Diari Si Froggie said...

@The Lady Closet part reka bentuk, warna kot.. ntah la lady rakyat kita gini la bila nak maju ntah..

Diari Si Froggie said...

@Siti Nurul Hidayah ha kan? ape da itu org..

Diari Si Froggie said...

@WNA haha.. betul..betul..otak mereka sempit tak luas.. :)

Diari Si Froggie said...

@tirahzairi hihi..cantik dan menawan u tahu.. i sayangkan bendera Malaysia..

Diari Si Froggie said...

@shida'R sebenarnya hari2 ada shida cuma tak tunjuk.. nie tertunjuk pulak dah. hehe

Diari Si Froggie said...

@caliph shuriken haha caliph.. dia org pandai cakap je.. :P

Badrina Ibtisam said...

Betul2!! Suka sgt entry ni. Tk tau ape nk jadi dgn ssetengah org melayu skrg ni

Diari Si Froggie said...

@Badrina Ibtisam thankz badrina.. tula kadang2 bila fikir rasa malu jugak kan. :)

Unknown said...

yg nie no komen isu sensitif gak nie...agak2 kalu tukar bendera malaysia camne lak jd?

Anonymous said...

Benar,sejarah tetap sejarah tidak boleh di ubah.tidak perlu di pertikaikan.kita hanya perlu memikirkan bagaimana menjaga keamanan negara yang dibayar mahal dengan pengorbanan nenek moyang kita dahulu.mengkucar-kacirkan negara hanya kerana rasa tidak puas hati hanya akan menyusahkan generasi kini dan akan datang.

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me