May 20, 2013

Mood : Offline

May 20, 2013 81 Comments

Kepada semua rakan-rakan blog Diari Si Froggie, Aida nak minta maaf sebab bulan ini Aida akan jarang online blog, FB, Fanpage, Instagram, WeChat, Twitter dengan itu juga semua rangkaian sosial tersebut secara automatik tidak akan terupdate, mana-mana yang dah follow Aida, dah LIKE, komen mahupun terjah. InsyaAllah nanti bila dah online semula semua tu Aida akan balas.. termasuklah yang tag ajak join GA, Segmen, Contest etc.. Maaf..Maaf..dan Maaf :)



Yang merindui
Aida Omar
Owner Diari Si Froggie

May 10, 2013

Tazkirah Jumaat : Hindari Perbuatan Mengumpat

May 10, 2013 74 Comments

Mengumpat atau menceritakan atau menyebut keburukan, kekurangan seseorang kepada orang lain. 

Rasulullah bersabda, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis sahih riwayat Muslim)

Mengumpat boleh berlaku sama ada disedari atau tidak, perbuatan ini akan terjadi apabila kita menyebut kekurangan, keburukan orang lain walaupun tanpa menyebut namanya tetapi maksudnya sahaja orang yang mendengar boleh meneka siapa pelakunya. 



Elakkan perbuatan mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain, kerana ia bukan mustahil untuk orang lain mencari-cari kesalahan kita pula. ALLAH akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan semula kekurangan dan keburukan kita.

Mengumpat juga boleh mendatangkan fitnah. Seorang Muslim diperintahkan oleh ALLAH supaya saling mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri kerana persaudaraan dan ukhwah sesama muslim sebahagian dari perintah ALLAH. Jika memutuskannya maka kita boleh dikatakan telah menginkari perintah ALLAH.

Walaupun orang itu memang terbukti keburukannya, dan kekurangannya kita sama sekali tidak boleh mendedahkannya kepada orang lain, boleh jadi insan tersebut tidak suka keburukan dan kekurangannya diketahui umum. Berdosa kita jika insan tersebut tidak mahu memaafkan perbuatan kita itu, makanya jika keburukan dan kekurangannya sudah terbukti, kita berjumpalah dengan insan itu dan berterus teranglah dengannya.

P/s : Pesanan untuk diri sendiri juga yang kadangkala tidak lari dari melakukan kesilapan. Betapa besarnya dosa mengumpat ini T_T 


Kredit :
Buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah (m/s : 34)




May 9, 2013

100 Pesanan Terakhir Rasulullah

May 09, 2013 45 Comments

Tatkala nyawa di hujung usia
tatkala umat yang akan ditinggalkan 
tidak tahu bagaimanakah nasibnya
tergenang air jernih di kelopak mata
apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan
buat umat yang terkemudian...

Aida baru je beli buku nie.. Best Seller katanya memang tak dinafikan isi kandungan dan gaya penulisan bukunya saja memang best. Mudah faham apa yang nak disampaikan penulisnya Muhd Nasruddin Dasuki.


Antara isi kandungannya :
  • Ikhlas pencuci kekotoran hati
  • Maafkanlah, jauhi marah dan dendam
  • Tutuplah keaiban orang lain
  • Mencari harta biarlah halal
  • Carilah rezeki diawal pagi
  • Segerakan membayar hutang
  • Tingginya darjat wanita solehah
  • pesanan untuk kaum lelaki
  • cara Rasulullah SAW berpakaian
  • Ganjaran solat awal waktu
  • Berdoalah selagi belum dimakbulkan
  • Lima kemuliaan pelihara solat
  • Sabar menghadapi kesakitan
  • Redha dengan ujian Allah
  • Putus asa tanda lemah iman
  • sahabat yang baik ibarat wangian
  • Antara pemimpin dan yang dipimpin
  • Bersikap adil tegakkan kebenaran
itu antaranyalah banyak lagi topik yang best yang boleh kita ikut, sebab nie 100 pesanan terakhir Rasulullah SAW buat kita kalau kita ikut kita dapat pahala.. kalau kita praktikannya dalam kehidupan seharian sudah tentu Allah akan pelihara kita dunia dan akhirat. 

InsyaAllah aida akan share kan nanti apa yang ditulis dalam buku nie, tapi aida suggestkan beli lah buku nie memang terbaik tak rugi langsung harganya RM 18 berbaloi kot dengan ilmu yang ditulis. :)

P/s : Banyak membaca banyak dapat ilmu, luas pengetahuan dan dapat menilai apa yang betul dan apa yang tidak dengan baik bukan mengikut emosi dan nafsu.




May 6, 2013

Keputusan PRU Ke-13

May 06, 2013 57 Comments

Ramai yang dah tahu kot kan Barisan Nasional masih kekal sebagai kerajaan Malaysia untuk PRU Ke-13, Tahniah buat Barisan Nasional kerana dengan IzinNYA dan kepercayaan rakyat, anda menang sekali lagi. Hope apa yang terjadi menjadi pengajaran buat Barisan Nasional untuk terus mengorak langkah dalam memajukan negara dari segala segi aspek dunia dan akhirat. 



Barisan Nasional 133 kerusi
DAP 38 kerusi
PKR 30 kerusi
Pas 21 kerusi
Bebas 0 kerusi

KEPUTUSAN DUN/NEGERI

Barisan Nasional

Negeri Sembilan - BN (22) PR (14)
Melaka - BN (21) PR (7)
Johor - BN (36) PR (16)
Sabah - BN (45) PR (10) Star (1)
Perlis - BN (13) PR (2)
Perak - BN (13) PR (2)
Terengganu - BN (17) PR (15)
Kedah - BN (21) PR (13)

Pakatan Rakyat

Penang - PR (30) BN (10)
Kelantan - PR (33) BN (12)
Selangor - PR (44) BN (12)

Tahniah juga buat Pakatan Rakyat kerana berjaya mengekalkan tiga negeri dibawah pemerintahan anda, yang nie aida harap sangat depa tunaikan manifesto PRU ke-13. hehe.. tempat aida gombak Azmin Ali menang lagi ^^ majoriti 4,734. 


Paling mengejutkan DAP banyak kaut kerusi di parlimen.. bukan nak racist ke hape tapi cuba kita renung-renungkan semula. Kalau PKR atau PAS kaut kerusi banyak itu ok sangatlah boleh diterima Aida pun suka. Tapi DAP? humai.. sikit-sikit esok lusa terus sapu bersih mungkin T_T

memang ada orang kata status MELAYU tak bawak ke syurga.. itu betul. Tapi ingat MELAYU itu majoritinya orang ISLAM. Kalau MELAYU ditindas automatik ISLAM juga turut ditindas. 


P/s : Pembangkang itu bagus supaya pihak yang menang jalannya sentiasa lurus, bila bengkok cepat-cepat boleh dibetulkan.. Bangkang dengan cara yang boleh memajukan negara bukan menjatuhkan negara. Sebaik-baik kerajaan adalah kerajaan Allah, ini kerajaan manusia sudah tentu banyak silapnya. :) apa pun wahai bangsaku wahai saudara seIslamku hentikanlah persengketaan bersatulah demi kesucian agama kita ISLAM.
Maaf kalau ada yang silap fakta mahupun kata tersinggung hati, ini hanya pendapat noobs kerana sayangkan agama, bangsa dan negara :)

TAHNIAH BN TAHNIAH PR TAHNIAH MALAYSIA

May 4, 2013

Selamat Mengundi PRU-13

May 04, 2013 17 Comments


Buat seluruh rakyat Malaysia tunaikan kewajiban anda untuk mengundi esok, kemajuan negara, agama, bangsa berada di tangan anda. Undi dengan bijak jangan undi mengikut kata orang, mengikut emosi mahupun nafsu. 

Parti mana yang menang nanti harap dapat terus menunaikan janji, menjaga kesucian Islam sebagai agama rasmi, mengekalkan keistimewaan orang melayu, memajukan negara, memupuk semangat kesejahteraan dan perpaduan sesama kaum dan juga keamanan negara.

Lepas nie boleh mintak maaf dekat insan yang kita dah terbuka aib dia, tercaci dia termaki dia almaklumlah dosa sesama manusia wajib kita mohon maaf padanya kalau tak sangkut 'disana' nanti :)

P/s : Pesanan khas dari seorang rakyat biasa yang mendoakan Malaysia sentiasa maju dalam pelbagai aspek dunia dan akhirat. 




Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me