September 27, 2012

Misteri Kisah Villa Nabila

September 27, 2012 43 Comments

Villa Nabila.. ada sesiapa yang pernah terbaca kisah disebalik villa tersebut? dimana letaknya villa itu, kenapa ianya dinamakan Villa Nabila? Kenapa ianya ditinggalkan tidak bertuan? Misteri apa yang menyelebunginya? Banyak persoalan yang masih belum terungkai. Mari kita sama-sama berkongsi cerita mengenainya. 

Sedang bosan-bosan tergerak hati nak google kisah misteri, google pun waktu siang tak berani nak google waktu malam kang ada yang semput berpeluh-peluh dalam selimut kang :P So dalam banyak-banyak kisah misteri tu kisah Villa nie jugak yang buat aida tertarik nak share dengan korang semua. Mungkin ada yang pernah terbaca pasal kisah villa tu kan.

Pemandangan Villa Nabila dari jauh

Kisah Villa nie banyak versi, almaklumlah mulut orang kan. 
Antara kisah-kisah disebalik misterinya :

September 24, 2012

Zyraroxx : Follower Datang Bertubi-tubi

September 24, 2012 88 Comments



Banner

Tengok bertubi-tubi tau? ingat menembak je boleh bertubi-tubi. :P

Syarat utama :

a) Buat entry bertajuk 'Zyraroxx : Follower datang bertubi-tubi'
b) Letak banner diatas pada entry korang
c) Letak bilangan Follower korang masa sebelum join segmen nie
d) Letak link entry korang bawah entry INI
e) Follow blog Zyraroxx dan buah hatinya Shawn
f) Like Page beliau di SINI
g) Jemput follow dan terjah semua blogger yang join di SINI

Jumlah follower Diari Si Froggie sebelum join segmen nie :


Tarik tutup : 30/9/2012

Tag :


P/s : Aida jemput semua follower aida join segmen Zyraroxx nie.. mai2. 


September 23, 2012

10 Burger Paling Unik

September 23, 2012 53 Comments
Setelah beberapa minggu asyik update entry perihal peribadi, kali nie aida cuba ubah angin kalau tak bosan korang semua nanti. Hehe. :) Kali nie nak post entry pasal makanan pulak, nak kasi perut korang meronta-ronta :P
Siapa tahu apa itu burger? kalau tak tahu tu memang tak boleh nak kata apa lah. Majoriti mesti tahu dan pernah makan burger. Hari ini aida nak post tentang burger yang unik dan juga mampu melaparkan perut korang. Aida sendiri pun terasa lapar time update entry nie. Huh! terseksa batin.
1. The Burger Pumpkin
Apa itu pumpkin? bukan napkin ek.. iaitu dalam bahasa mudahnya ialah labu. 

Memang sesuai dengan bentuk dia yang bulat macam labu tu

September 21, 2012

Rahim Jatuh | Prolapse Rahim

September 21, 2012 73 Comments
Minggu lepas aida agak sibuk sedikit, kalau ikutkan minggu ini pun sibuk jugak cuma tak sesibuk minggu lepaslah (apa punya ayat daa..) Mungkin lepas nie aida hanya akan online 2 minggu sekali bergantung pada keadaan. Kalau korang perasan aida online agak kerap tu kira tengah free lah tu. hehe..
Berbalik pada niat yang asal, korang yang add FB aida mesti dah tahu yang mak aida telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Actuallynya mak aida dimasukkan ke Hospital pada petang Rabu (12/09/2012), hari Jumaat (14/09/2012) 7.15 pagi lagi mak aida dah kena operate. Operatenya makan masa jugak dalam 4 jam macam tu. Pukul 10.40 pagi mak aida selamat dioperate. Alhamdulillah..
Mak aida dibawa ke dewan bedah
Lebih kurang 7 hari berkampung dihospital, ulang alik ke sana pagi, petang, siang, malam. Agak memenatkan jugak la. hehe.. nurse/doktor/pesakit kat situ pun macam keluarga dah dibuatnya, macam-macam perangai Aida tengok, tercuit jugaklah hati sikit. 

September 20, 2012

No Terrorism In Islam

September 20, 2012 32 Comments

Mengapa mereka cop Agama kesayanganku ini sebagai Agama Keganasan? Adakah mereka silap memahami? atau mereka kurang memahami? atau juga mereka langsung tidak memahami? 

Sebenarnya mereka sangat takut dengan Agama ku, kaum-kaum ku, lebih-lebih lagi Tuhanku Allah SWT. Mereka takut dengan ayat-ayat Al-Quran yang 100% kebenarannya. 

Quran (3:151) : " Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah Neraka dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim"


Mereka yang mencetuskan keganasan dahulu, mungkin korang semua perasan dan mungkin juga korang langsung tak perasan akan hal itu. Mereka ganas, mereka perang sana sini.. mereka perangi orang lemah orang yang guna pedang, guna tombak guna senapang, jalan kaki. tetapi mereka? mereka guna alatan kimia, gunakan kenderaan moden, punyai tahap keselamatan yang tinggi. Mereka atau orang lemah yang ganas? 

September 13, 2012

I Miss u | Good Bye

September 13, 2012 38 Comments

Maaf..Maaf..Maaf mungkin dalam masa sebulan nie aida tak dapat blogwalking, follow, join GA, Segmen, Contest, bertegur sapa dengan korang semua.. sebab? aktiviti terlalu padat bulan nie, dan mempunyai sedikit masalah peribadi dan kekurangan masa. InsyaAllah jika aida online nanti aida akan cuba follow, blogwalking dan join GA, Segmen, Contest, etc dan bertegur sapa dengan korang. Kalau ada apa-apa inform aida dekat twitter aida still boleh reply tweet. 

Rindu korang semua.. jaga diri memasing baik-baik ok :)




September 5, 2012

RABU YANG BISU #28

September 05, 2012 54 Comments



Amaran : Mohon mata anda tumpu pada belah kanan sahaja dan abaikan belah kiri
takut-takut tekaknya agak mengembang nanti :P
(Click pada gambar untuk penglihatan yang lebih jelas)

Motif entry sebenarnya nak wish :

p/s : Nak bagi korang jeles 'retis' datang sembang, dan follow aida oih! :P

niat asal : nak bakar semangat kawan-kawan bahawasanya berblogging itu best ^^

September 4, 2012

Segmen : Follow Blog Kamu

September 04, 2012 52 Comments

Join Segmen yang telah ditag oleh Kazen

Click pada Banner sempoi untuk melihat syarat-syarat segmen

Hadiah yang disediakan :

Top Referrel  - Contact Lens x  3 orang
Blogger yang dapat Follower teramai - Bag x1 Winner

Follower Aida setakat entry ini di post :


untuk segmen ini memerlukan aida tag seorang rakan, tapi aida gatal-gatal nak tag 3 orang.. hik3.



September 1, 2012

7 Kes Pembunuhan Kejam Di Malaysia

September 01, 2012 89 Comments

Di Malaysia 7 kes ini telah direkodkan yang paling kejam cara pembunuhannya, dan ianya pernah mengemparkan seluruh negara dimana semua media memaparkan kisah pembunuhan ini. Mungkin korang semua pernah mengikuti kes pembunuhan ini. 

1. Pembunuhan Datuk Mazlan Idris 


 

Tarikh Pembunuhan : 18 Julai 1993 (10-12 malam)

Mangsa, Datuk Mazlan Idris ADUN Batu Talam, telah meminta bantuan Mona Fandey supaya kerjaya politiknya menunjukkan peningkatan. Semasa operasi 'pembersihan' dijalankan, mangsa telah diarahkan baring pada lantai bilik mandi sementara bahagian bawah kepalanya diletakkan seketul batu 
(kepala sedikit mendongak supaya memudahkan aktiviti memenggal kepala dijalankan) sambil mata mangsa ditutup dengan kain. Mona Fandey mengarahkan pembantunya Juraimi Hassan memenggal kepala mangsa dengan kapak dan mayat mangsa dikerat kepada beberapa bahagian sebelum ditanam distor rumah milik Mona Fandey. Suspek Mona Fandey, suaminya Afandi dan pembantunya Juraimi Hassan dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah.
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me