September 20, 2012

No Terrorism In Islam


Mengapa mereka cop Agama kesayanganku ini sebagai Agama Keganasan? Adakah mereka silap memahami? atau mereka kurang memahami? atau juga mereka langsung tidak memahami? 

Sebenarnya mereka sangat takut dengan Agama ku, kaum-kaum ku, lebih-lebih lagi Tuhanku Allah SWT. Mereka takut dengan ayat-ayat Al-Quran yang 100% kebenarannya. 

Quran (3:151) : " Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah Neraka dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim"


Mereka yang mencetuskan keganasan dahulu, mungkin korang semua perasan dan mungkin juga korang langsung tak perasan akan hal itu. Mereka ganas, mereka perang sana sini.. mereka perangi orang lemah orang yang guna pedang, guna tombak guna senapang, jalan kaki. tetapi mereka? mereka guna alatan kimia, gunakan kenderaan moden, punyai tahap keselamatan yang tinggi. Mereka atau orang lemah yang ganas? 



Siapa tahan bila ada yang senang-senang meragut nyawa keluarga, jiran, sahabat, rakan-rakan, malah seluruh kaum didepan mata? Negara tanah tumpah darah diceroboh sesuka hati. Masjid tempat beramal, bertafakur dimusnahkan. Sekolah, bahkan rumah dibom. Ada sesiapa yang tahan tanpa berbuat sesuatu? mustahil tiada yang marah, tiada yang berdendam. Orang lemah juga manusia biasa seperti mereka.


Quran (2:191-193) : "Dan perangilah kerana agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir."[191]

Mereka mengatakan Al-Quran mengajar umatnya tentang keganasan, bagiku mereka barangkali tidak membacanya dengan teliti, tidak membaca dengan akal yang sihat, atau mereka hanya membaca separuh dan mula menilai ikut logik akal cetek mereka. Membaca separuh? ya yang itu paling aku setuju. Lihat sahaja ayat diatas. Nampak perkataan BUNUH, PERANG. Ganas? Gerun?

"Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [192] "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim" [193]

Lihat dengan jelas, sambungan ayat ini jika mereka berhenti memerangi kamu, maka berhentilah kamu dan mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi. Siapa kata Islam ganas? tidak mengajar umatnya berdamai? Ini buktinya Allah SWT tidak mahu umatNYA direndah-rendahkan, dimusuhi, diperangi, dan dicaci maki sewenang-wenangnya. 


Aku beruntung terpilih berada dalam Agama Islam, Agama yang indah, Agama yang banyak mengajar erti sebenar kehidupan didunia dan juga diakhirat. Aku juga tidak salahkan agama lain, Islam juga mengajar aku menghormati bangsa dan agama lain. Saling menghormati saling sayang menyayangi saling tolong menolong dan aku juga mengaku kadang-kadang umatku juga melakukan kesilapan dalam sedar dan tanpa sedar. 


Masih ingat cerita tentang Saidina Umar Al-Khattab? Dari seorang yang digeruni ramai, berani menentang Rasulullah SAW akhirnya menjadi salah seorang terpenting dalam Islam hanya kerana mendengar alunan ayat Al-Quran dari adik perempuannya serta juga dengan keizinanNYA. 

Rasa macam emo pulak time taip entry nie :P


Yang kurang dari Aida yang Baik itu dari Allah SWT

p/s : Sifat yang baik dapat melembutkan jiwa yang keras. Kata-kata yang baik dapat melembutkan hati yang sedang membara. 

32 comments:

GOMI JUNG said...

bila dah ramai sangat manusia ,
macam2 la ragam nye ~~~
______________________

ayut said...

No terrorism in Islam!
Islam itu indah... :)

Azza Afdzal said...

i love Islam

Unknown said...

aida bisa melembutkan hti sy.... :p

Unknown said...

i love Islam...

caliph shuriken said...

fitnah berleluasa dlm pelbagai bentuk skrg ni...

boni kacak said...

saya juga sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang islam..

Unknown said...

agree...

Shida Radzuan said...

kalo kazen komen mmg mcm tu...aida juga mlmbutkn hati dan sanubari saya huhuhuh^^ love u aida..hehee kazen jeles xdpt sebut cmni ^_^

Sop said...

islam selalu dikaitkan dgn terroris kerana proganda kafir

Admin said...

syukur dilahirkan sebagai seorang muslim

•NADiERA SUNDARA• said...

=_= kerana nila stitik rosak susu sebelanga.

Eintan Nurfuzie said...

islam yg terbaik..
belajar kenal islam dulu..
baru tau keindahannya
lama x terjah katak cik en ni.. anyway im back!

Cikrosecute said...

Islam Adalah yg terbaik...Kadang2 orang yg salah erti tentang Islam...I LOVE ISLAM..

TiranaAduka said...

islam itu shumul...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kita bertuah sebab dilahirkan sebagai islam :)

Diari Si Froggie said...

@yoon da-hyun hehe.. tula lumrah dunia akhir zaman :)

Diari Si Froggie said...

@ayut yeah! sokong ayut.. :)

Diari Si Froggie said...

@Azza Afdzal i love u.. eh! i love Islam too :)

Diari Si Froggie said...

@Khairul Zamri tudia ayat.. menusuk kalbu :P Alhamdulillah berjaya melembutkan hati orang. huhu

Diari Si Froggie said...

@azizah :) i love Islam too jijah :)

Diari Si Froggie said...

@caliph shuriken betul tu caliph aida sokong.. fitnah dimana2.

Diari Si Froggie said...

@boni kacak bertuah kan boni yg kacak :)

Diari Si Froggie said...

@paripariputih agree too sis :)

Diari Si Froggie said...

@shidaR hahaha.. perasan je eh komen kazen. I love u too shida sayam (habislah kazen jeles :P)

Diari Si Froggie said...

@Sop betul2.. kerana depa habis semua umat Islam dicop teroris :(

Diari Si Froggie said...

@Phat :) Alhamdulillah abg phat.. beruntung sangat2.

Diari Si Froggie said...

@diera_nadiera ulalaaa~ sokong.. habis susu sebelanga rosak. :(

Diari Si Froggie said...

@eintan nurfuzie best ayat cik ein tu.. kenal Islam dulu :) tula rindu cik ein.. cik ein bz eh..

Diari Si Froggie said...

@Che Rosliza Che mat betul tu sis.. salah tanggapan, kadang2 datangnya dari org Islam sendiri jugak. T_T

Diari Si Froggie said...

@TiranaAduka :) hai tirana lama tak nampak dia.

Diari Si Froggie said...

@Nurul Husna Mohd Hassan yeah husna.. sangat bertuah :)

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me