September 27, 2012

Misteri Kisah Villa Nabila


Villa Nabila.. ada sesiapa yang pernah terbaca kisah disebalik villa tersebut? dimana letaknya villa itu, kenapa ianya dinamakan Villa Nabila? Kenapa ianya ditinggalkan tidak bertuan? Misteri apa yang menyelebunginya? Banyak persoalan yang masih belum terungkai. Mari kita sama-sama berkongsi cerita mengenainya. 

Sedang bosan-bosan tergerak hati nak google kisah misteri, google pun waktu siang tak berani nak google waktu malam kang ada yang semput berpeluh-peluh dalam selimut kang :P So dalam banyak-banyak kisah misteri tu kisah Villa nie jugak yang buat aida tertarik nak share dengan korang semua. Mungkin ada yang pernah terbaca pasal kisah villa tu kan.

Pemandangan Villa Nabila dari jauh

Kisah Villa nie banyak versi, almaklumlah mulut orang kan. 
Antara kisah-kisah disebalik misterinya :

Versi 1 : Terdapat satu keluarga yang kaya raya dan hidup bahagia. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, tinggallah anak tunggalnya bernama Nabila. Nabila tinggal bersama orang gajinya. Disebabkan Nabila bakal mewarisi harta kekayaan ibu bapanya, orang gaji tersebut nekad membunuh dan mayat Nabila telah disimen dalam salah satu kawasan villa tersebut. 

Versi 2 : Keluarga Nabila yang kaya raya ini telah dirompak dan semuanya dibunuh dengan kejam. Banglo itu dibiarkan kosong sejak rompakan dan pembunuhan tersebut berlaku.

Versi 3 : Keluarga Nabila telah dirompak dan Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam pada salah satu dinding dalam Villa itu.

Jalan masuk ke Villa Nabila

Versi 4 : Keluarga Nabila adalah keluarga kaya yang sangat bahagia, tetapi pada suatu hari secara tiba-tiba bapa Nabila mengamuk lalu membunuh seluruh ahli keluarganya dan menembak dirinya sendiri.

Versi 5 : Villa ini dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Sebelum membina Villa ini si suami berjanji akan membahagikan tanah tersebut kepada 6 orang adik beradiknya, tetapi si suami itu mungkir janji lalu mengundang kemarahan 6 orang adiknya itu. Mereka mengupah wakil membunuh anak tunggal si suami iaitu Nabila dan isterinya kerana enggan membahagikan tanah tersebut. Akhirnya si suami juga turut dibunuh dan Villa itu terbiar selama 70 tahun. 

Versi 6 : Versi terakhir. Menurut cerita orang dahulu Villa tersebut kepunyaan seorang Dato' berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato' nya dilucutkan, kemudian dia berpindah dari Villa tersebut dan hingga kini Villa itu terbiar. 

Pemandangan dari tingkat bawah Villa Nabila

Sebuah kolam tinggal ditingkat 1 Villa tersebut

Bahagian dapur

Aida try google lagi kisah villa nie and then jumpa satu gambar yang dikatakan Villa nie pada zaman gemilangnya, tak tahulah kesahihan gambar tu tapi kalau sekali tengok macam sama je rupa, dan kawasannya, dua kali tengok macam lain je. hiks!. Cuba korang pulak nilaikan sama atau tak?


Gambar Villa Nabila yang lama ditinggalkan

Gambar yang dikatakan Villa Nabila sewaktu zaman gemilangnya

Kalau tengok pada gambar-gambar Villa nie memang besar gila kot, memang kaya sungguh pemiliknya. Kalau korang rajin google pasal Villa nie korang akan jumpa satu lagi gambar Villa yang dikatakan juga sebagaiVilla Nabila.

  Gambar lain yang juga dikatakan sebagai Villa Nabila
Pening tak? haha.. memang banyak versi cerita pasal Villa Nabila nie. Baru-baru nie ada yang kata Villa nie dah selamat dirobohkan. Sahih atau tak, tak ada sorang pun tahu. Yang tahu hanyalah tuan punya Villa dan yang DIATAS sana. Apa-apa pun rumah, bangunan, kawasan yang ditinggalkan lama tidak berpenghuni tak mustahil ada 'tuan' yang mengambilnya.
Kalau korang nak tengok lebih banyak lagi gambar tentang Villa Nabila ini boleh terus ke blog :
1. Abg Mazidul - Villa Nabila Exposed
2. Abg Mazidul - Villa Nabila Tercemar
3. Nizarazu - Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru (Versi lain)
P/s : Kadang-kadang seronok juga baca kisah misteri nie, nak ketawa pun ada. Macam mana pun 'makhluk' itu juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT dan dia juga berkongsi satu kehidupan dengan kita. 
Sumber :
1. Gambar : Blog Abg Mazidul
2. Blog Amirez : Rujukan
3. Gambar & Kisah : Blog Nizarazu
4. Gambar : Blog Telor Power
5. Google Images

42 comments:

unsecretostory said...

first time tawu cerita pasal Villa Nabila nie . Ouhh , mcam2 versi ada ek .

ayut said...

bru tahu jugak..kat johor plak tu..huhuhu.sape pminat tegar kisah misteri ni kompem tahu :)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam..dtg skodeng. act sy tak pernah dgr tntg villa nie, especially sy pun org johor.hehe..peliknye..

afzalsukasuki said...

baru tau ni.katne tempatnya ni?dengar nama pon dah seram.isk3

Zyra Roxx said...

versi ke-8 keluarga nabila ni memang kaya raya, rumah sana sini byknya, harta jagn ckplah byknya. tapi pada suatu hari ayahnya berkenalan dgn sorg lelaki yg tak dikenali dan terkena buatan org tersebut. Ayahnya kemudian dibunuh dan disemenkan. Kecewa dgn apa yg terjadi nabila dan ibunya mati secra misterius. ayahnya itu tak lain tak bukan adalah dato mazlan yg dibunuh mona fandey,

kahkah! pndai tak gua reka ceghita? :p

fifie said...

Besar gila villa nie, bahagian dapur pun dah macam living hall. Sayang terbiar macam tu je. Tapi nak google seram lah pulakl,

Unknown said...

misteri2

Unknown said...

1st time tahu pasal vila nabila ni...
macam versi ada~~

amranaiman said...

kat ne ni? nabilla tu bkn ank penyanyi amy search? kan..hhehe kat ne ni kat ne?

boni kacak said...

villa nabila? first time dengar tentang ni...

cuba search jugak "rumah berhantu di zoo negara"

Unknown said...

first time dengar ni yang..menarik gak citernya..ehehe

Shida Radzuan said...

wahh kali ptama dgr ni aida..nnt smbung citer dekat fone ye huhuh..

tirahzairi said...

pernah gak baca....hihi

aswadz said...

aku mmg bc entri2 bermisteri yg mcm nih. btw, kalo btol mayat nabila kena tanam dlm dinding, ada org jumpa x tulang2 dia?

♥♥CiK LaLa's♥♥ said...

Salam Singgah sini..
tertarik pulak nk bace entry villa nabila ni sbb 1st time dgr pasal villa nabila ni..huhu
ermm yg mane 1 story yg betul ye pasal villa ni..huhu
menjadi tanda tanye..:)

mujagirl92 said...

rasanya first time dengar pasal vila ni,, biasanya kalau ckap pasal vila terus berhantu,, huhu,, i follow you,,, :D

Anonymous said...

villa nabila ? tak pernah dengar, cerita-2 ni betul kee ? hihih

Nurul Husna Mohd Hassan said...

saya baru tahu lepas baca entry ni. seramnya tengok villa ni..

Unknown said...

penah jugak terbaca pasal villa nabila ni.. =)

Pwincess said...

Sebelum ni tak pernah tau pun. Huuuu. Seram je rupa villa tu.

Zul De Alexis said...

zul baru pertama kali dengar pasal nie kak...seram gak..

thomas said...

Seram juga tempat ni,
biasalah dalam banyak2 rumah tinggal pasti ada ceritanya.

Anonymous said...

penah dengar jugak sal villa ni but x excited sgt nak tau.. huhu.. tpi sebab tgh bosan2 ni,, teringin lak nak tau sal villa ni..

-meeSUPERGIRL- said...

mcm2 pulak cte pulak .. yg mane satu ntah yg sahih kan .. msti org kmpung tu yg dah duk lme kat situ tahu asal usul ...

TS said...

whoiishhh...seraaamm..hihi

Everything's Everythings said...

takut plak nk dgr cerita villa ni haha ;P

Unknown said...

xpenah dgr pum pasal nie... byk versi tu ade... besar jgk villa tue kan

caliph shuriken said...

pnah baca citer ni.. mmg banyak versi...

Diari Si Froggie said...

@unsecretostory aida pun.. hehe. Tula banyak pulak versinya.

Diari Si Froggie said...

@unsecretostory aida pun.. hehe. Tula banyak pulak versinya.

Diari Si Froggie said...

@ayut ada yg siap pi sana terjah live2 gitu.. memang peminat habislah kan ayut.. haha.

Diari Si Froggie said...

@ayut ada yg siap pi sana terjah live2 gitu.. memang peminat habislah kan ayut.. haha.

Diari Si Froggie said...

@Khumaera Ismail aka Mariam Ismail hehe.. mai2 skodeng. agaknya cerita dah lama kot, johor pun agak besar disitu. hehe

Diari Si Froggie said...

@afzalsukasuki meremang tak segala bulu? dekat jb afzal.. hampir2 di danga bay.

Diari Si Froggie said...

@Zyra Roxx kah3.. kemain lu kan zyra siap reka cerita versi 8.. paling tak tahan tang mona fandey tu.

Diari Si Froggie said...

@fifie itulah pasal.. kaya sungguh kan org empunya nie.. haha.. siang2 nanti google :P

Diari Si Froggie said...

@nadzirah sofia misterious :P

Mya Abdullah said...

First time baca,seram gak nie :D

Diari Si Froggie said...

@amy mya hehe jangan termimpi tau :P

Anonymous said...

villa ini belom dirobohkan , dan cerita yang betol seluruh ahli keluarganya dirompak dan dibunuh lalu disimen .. hanya mayat nabila saja tidak dijumpai

seribupilihan said...

aha..best jugak baca kisah misteri nie..takpe la kita ambil tahu je..wlupon kita tak tau kisah sebenarnya,allah maha tahu..:-)

Unknown said...

sy nk kongsi cerite psal villa nabila ni...crite skrg ade mcm2 siri,tp sbnar2nye crite ni sy ade penamatnye,,,..di sebab kan adik kandung saya pernah dirasok di villa nabila dan sudah 8 kali berubat tp xpulih2 sperti mnusia lain..dy ingin mencerita kan sesuatu psl villa nabila...bru dy dpt pulih dan sembuh seperti mnusia lain..

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me