September 1, 2012

7 Kes Pembunuhan Kejam Di Malaysia


Di Malaysia 7 kes ini telah direkodkan yang paling kejam cara pembunuhannya, dan ianya pernah mengemparkan seluruh negara dimana semua media memaparkan kisah pembunuhan ini. Mungkin korang semua pernah mengikuti kes pembunuhan ini. 

1. Pembunuhan Datuk Mazlan Idris 


 

Tarikh Pembunuhan : 18 Julai 1993 (10-12 malam)

Mangsa, Datuk Mazlan Idris ADUN Batu Talam, telah meminta bantuan Mona Fandey supaya kerjaya politiknya menunjukkan peningkatan. Semasa operasi 'pembersihan' dijalankan, mangsa telah diarahkan baring pada lantai bilik mandi sementara bahagian bawah kepalanya diletakkan seketul batu 
(kepala sedikit mendongak supaya memudahkan aktiviti memenggal kepala dijalankan) sambil mata mangsa ditutup dengan kain. Mona Fandey mengarahkan pembantunya Juraimi Hassan memenggal kepala mangsa dengan kapak dan mayat mangsa dikerat kepada beberapa bahagian sebelum ditanam distor rumah milik Mona Fandey. Suspek Mona Fandey, suaminya Afandi dan pembantunya Juraimi Hassan dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah.

2. Pembunuhan Canny Ong


Tarikh Pembunuhan : 14 Jun 2003

Canny Ong telah diculik dan diacukan pisau kearahnya dikawasan meletak kenderaan kompleks membeli-belah Bangsar. Mangsa telah dirogol, ditikam dan dicekik sebelum dibuang kedalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya, sehari selepas kejadian suspek datang semula ke tempat tersebut dengan tujuan mahu membakar mayat mangsa. Suspek iaitu Ahmad Najib kemudiannya dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah. 

3. Pembunuhan Noritta Samsuddin 


Tarikh Pembunuhan : 25 Disember 2005

Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan ini telah dibunuh kejam, dan mayatnya ditemui di Kondominium Puncak Prima Galleria Sri Hartamas. Suspek utama sudah diberkas tetapi dibebaskan semula kerana kekurangan bukti. Mangsa juga disyaki dirogol sebelum dibunuh. Sehingga ke hari ini suspek sebenar kes pembunuhan ini masih belum ditemui. 


4. Pembunuhan Altantuya Shariibuu


Tarikh Pembunuhan : 18 Jun 2006

Mayat Altantuya telah diletupkan sehingga menjadi cebisan dan ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam. Altantuya telah ditembak 2 kali dan mayatnya diletupkan dengan bom jenis C-4. Makhamah disini mengambil masa 159 hari untuk menyelesaikan kes ini. Tertuduh yang juga seorang Koperal Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah dihukum gantung sampai mati. 

5. Pembunuhan adik Nurin Jazlin


Tarikh Pembunuhan :  20 Ogos - 17 September 2007

Gadis yang baru berusia lapan tahun itu dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar berhampiran rumahnya dan pada 17 September 2007 mayat gadis ini telah dijumpai dalam sebuah beg. Mangsa mati akibat didera secara seksual yang melampau. Siasatan telah dijalankan hingga ke hari ini tetapi pihak polis masih gagal menjumpai suspek yang membunuhnya.

6. Pembunuhan Sosilawati Lawiya


Tarikh Pembunuhan : 30 Ogos 2010

Jutawan Kosmetik, Sosilawati Lawiya bersama tiga mangsa lain iaitu peguam, penasihat kewangan, dan pemandu beliau telah dibunuh semasa menjalankan urusan jual beli tanah, dimana keempat-empat mangsa dipukul sehingga mati dan mayatnya dibakar. Sehingga ke hari ini kes ini masih berjalan dan suspek juga sudah ditahan dan dikenal pasti.

7. Pembunuhan Adik Nurul Nadirah (Dirang) 


Tarikh Pembunuhan : 1-8 Mac 2012

Dibunuh dan dibakar sehingga rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai. Sebelum itu Dirang dilaporkan hilang setelah keluar ke kedai membeli telur dan mi segera. Suspek kini telah ditahan. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya kalau nak dikebak satu-satu banyak lagi kes pembunuhan kejam.. tapi yang tersenarai nie adalah antara kes berprofil tinggi atau yang masih dalam penyiasatan. Apa-apa pun aida share kan kes-kes ini bukan untuk menghaibkan mana-mana pihak, hanya sekadar mengimbas kembali kes-kes yang pernah menghiasi dada utama akhbar dan pernah juga mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia. 

----------------------------------------------------------------------------------------------

Walaubagaimanapun marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah mangsa yang beragama Islam, semoga arwah tenang disana dan ditempatkan bersama golongan beriman. 

p/s : Suspek yang tidak dapat dikesan, mahupun dilepaskan mungkin didunia ini anda BEBAS sebebas bebasnya tetapi ingat di AKHIRAT sana anda tidak sama sekali akan terlepas.

*Mohon maaf jika entry ini ada menyinggung mana-mana pihak, dan berkemungkinan faktanya mempunyai sedikit kesilapan dan lari dari fakta sebenar kerana entry ini diambil dari beberapa sumber yang lain.

Kredit :
Berita online


88 comments:

Unknown said...

menakutkan.. huhu.. mudah-mudahan kita dijauhkan drpd perkara2 yg x elok dan perkara2 yg x diingini.. huhu

Shida Radzuan said...

bila kenang balik kes2 ni rasa sebak sebab ada diantara kes ni adalah org kita..hurm...duk mlysia pn rsa terancam lg huhu..

LaLa mhdnor said...

Ya Allah, kejam nya manusia yg melakukan semua tu :(

takut baca semua kes2 tu...

Unknown said...

Al-fatihah buat yg beragama Islam... tp polis masih mgatakan indeks jenayag mnurun! huhhhh

caliph shuriken said...

jenayah smakin menjadi2 skrg ni...

Sop said...

kalau ikutkan semakin teruk jenayah negara kita..
makin berani buat perkara kejam
nilai manusia semakin rendah bila dunai semakin maju
dah nak kiamat kan?

Potia Casadelarossa said...

Nauzubillah....

Unknown said...

tgh malam td dh mai blog aida nk bca n3 tp tangguh dlu sbb kekeke meremang bulu hidng nk baca...pagi ni bru ada keberanian...tp tgk wajah mona fendy yg tersenyum lam pic tu, perghhh senyuman yg mnakutkan @_@

krole said...

kejamnya manusia~

Cappuccino Lover said...

sedih bile bace... x tau dh nk ckp ape... ish3

Nurul Husna Mohd Hassan said...

memang kejam! ni yang masuk paper, yang tak masuk paper lagi banyak agaknya.

Tinta Lana said...

Salam aida.

Betul tu aida..kat dunia, mungkin terlepas hukuman..tapi kat akhirat nanti.

Hukuman kat dunia..tiada adilnya.. yg pembunuhan kejam kat luar negara thn lepas tu, pembunuhan ramai smpai 70+ mati pun, pembunuhnya cuma dikenakan penjara seumur hidup. Rasa tak puas hati sangat.

tirahzairi said...

kalau yg pembunuhan wanita tue mesti sbb die nak hapuskan bukti kan...kalau yg adik2 kecik tue masalah keluarga mungkin...kita hnya mmpu buat andaian namun hanya Tuhan yang tahu...semoga mereka yg xbersalah mndpt kebaikan...amiiiin.

ps: cm ustajah plak...hihi

thomas said...

Kejam betul pembunuh2 ini.

Munira Yaakop said...

ya Allah takut..kejam sungguh.nape ada mnusia y sngup wat gini.kite nk bnuh semut pn xsapai hati apatah lg ssama mnusia =(

Unknown said...

dari dulu lagi jenayah dah kejam kan.di tambah2 lagi dgn zaman moden ni lagi la teruk!

Azhafizah MN said...

manusia kejam yang makin hilang keperimanusian..menakutkan!..moga takde manusia bersifat kebinatangan macam ni.

Potia Casadelarossa said...

kurangnya didikan agama

•NADiERA SUNDARA• said...

betul tu..semua kes pembunuhan yg de sume kejam belaka..tp diera plg tkut dgr cerita pembunuhan yg di lakukan oleh mona fendi ngan suami die tu..heee..nauzubillah..kejam sgt..

Nadia Elena said...

malaysia selalu disebut2 sebagai sebuah negara yang aman. tapi hakikatnya, dahsyat wooo.. >,<

Zul De Alexis said...

kejam sgt2..
nape lah depa sanggup buat macam nie...macam tak ada rasa kesian kat insan n manusia yg lain.

CikMunBlogger said...

manakah nilai kemanusiaan manusia kan ? sedangkan harimau pun sayangkan anak kucing . pembunuh takkan terlepas di akhirat nanti .

Unknown said...

zaman sekarang ni, manusia semakin kejam...

GOMI JUNG said...

hello :) im following you . if u dont mind , hit me back ~ thank you :D visit me : appledahyun.blogspot.com

mecha_praline said...

ganas. memang menggemparkan. malah banyak lagi jenayah bunuh yang tidak mendapat publisiti. terbaru masa raya lepas. dua orang gadis mati di bunuh. satu di balakong. gadis dari tawau. kedua gadis dari perak yang di bunuh di pj.

Best Business Brands said...

... Penyiasat Remaja dalam episod 7 Kes Pembunuhan Ajaib di Sekolah. "Tujuh Pengajaiban Sekolah Fudo" merupakan kumpulan sumpahan yang dikatakan ...

Unknown said...

semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan semoga suspek yg masih bebas berjaya diberkas dan mndapat hukuman yg setimpal dgn perbuatan dorang..

Abu Syaukah said...

Al Fatihah untuk yang telah tiada...semoga pembunuhnya mendapat balasan yang setimpal

Aimacomel said...

takut & xsampai hati nk abiskan baca. tua muda tak kira siapa pun boleh jd mangsa kan. berhati-hatilah, jenayah tu ada je dimana-mana..

Mohamad Fathi said...

Dunia makin kejam... =(

mama lynn said...

aida , kes noritta tu akak tahu sgt cos antara yg disoal siasat adalah seorang peg tempat akak bekerja tp mujur bkn dia yg buat

Mia Liana said...

yang ni memang kejam betul... huhuhu tak suka...

Korn Ahmad said...

pembunuhan yang sememangnya kejam dan teramat kejam..

nasib baik korn tampar nyamuk, pastu tenyeh sampai lumat tak termasuk dalam kes kejam jugak.. huhu

Anonymous said...

Kejamnya pembunuh2 ni..
Semoga kita dijauhkan daripada perkara2 sebegini. Menakutkan -.-

Anonymous said...

al fatihah...

Unknown said...

betul tu...tak dapat balasan dunia, balasan akhirat nanti ag dasyat

Zyra Roxx said...

haritu sje gatai revisit kronologi kes mona fandey, serius 2 3 ari asik terfikir mnda tu je, penuh misterius, brrr!

Cikgu Ma said...

masa skolah rendah lagi tau fenomena mona fendy ni...pastu sedar2 dia dah lama mati...

amranaiman said...

no 1 tu serius masa kecik2 dlu tkut dgr.. hhu :P mona wu~~

ayut said...

time baca ni terasa mcm kecut perut..mcmne la blh dyorg tgamak bt.tkut yer...mmg tragis la yg ni.smpi skrg ingt lg kot...

syahirooAhmad said...

polis kene lebih tegas.. laksanakan hukum hudud.. InsyaAllah..semuanya selesai...

Diari Si Froggie said...

@aisya Mmg sangat menakutkan.. amin, moga2 hendaknya..

Diari Si Froggie said...

@shidaR Tula shida.. rasa kesian dangan dekat mangsa2 tu.. lagi2 org kita kan. Lagi maju dunia benda2 cm nie susah nak elak.

Diari Si Froggie said...

@LaLa mhdnor aida yg menaip entry tu pun cuak.. huhu

Diari Si Froggie said...

@Khairul Zamri Susah kot nak ke angka zero kes jenayah nie.. hehe

Diari Si Froggie said...

@caliph shuriken bila iman dah tipis :)

Diari Si Froggie said...

@Sop betul2 abg sop kalau tgk majoriti lebih ganas bertindak.. a'ah dunia dihujung masa :(

Diari Si Froggie said...

@PotiaCasaDelarossa :( nauzubillah..

Diari Si Froggie said...

@leakedknowledge haha.. aida taip malam2 tu pun dah rasa lain dah.. pasal muka si arwah mona tu la. ape2 pun Al-Fatihah buat beliau.

Diari Si Froggie said...

@krole memang kejam dah mengalahkan haiwan..

Diari Si Froggie said...

@Lady Jaja T_T tak pe jaja.. janji jaja baca pun dah ok. hehe

Diari Si Froggie said...

@Nurul Husna Mohd Hassan ha tau tak pe husna.. yg tak masuk bersepah lagi tu. hehe

Diari Si Froggie said...

@Tinta Lana wasalam.. kan? kat dunia boleh lah dia berjimba kat sana.. kalau boleh nak gantung dia sampai mati eh. hehe.. tp seksa jugak tu duduk dalam penjara seumur hidup.

Diari Si Froggie said...

@tirahzairi yup tirah.. betul tu kita pun manusia susah nak buat andaian.. kadang2 suspek nie pun ada masalah juga mungkin.. haha.. ustazah eh? sikit la.

Diari Si Froggie said...

@thomas menakutkan.. hehe

Diari Si Froggie said...

@Nira itulah kenyataannya manusia lebih kejam dari binatang.. huhu..

Diari Si Froggie said...

@azizah :) betul tu jijah.. asas agama tu xde ini lah jadinya..

Diari Si Froggie said...

@Azhafizah Md Nor amin.. moga satu masa nanti indeks jenayah ini akan berkurang

Diari Si Froggie said...

@PotiaCasaDelarossa paling tepat.. kurangnya didikan agama.. :)

Diari Si Froggie said...

@diera_nadiera ulalaaa~ kes lagenda tu kot. aida ingat nak share kes dia. tapi tak jadi la lagi pun dia dah 'tenang' disana.. haha. (takut)

Diari Si Froggie said...

@Nadia Elena aman dari segi lain mungkin Nadia.. dari segi jenayah susah nak aman. hehe

Diari Si Froggie said...

@Zul De Alexis nafsu, kurang agama tu la jadinya.. mohon jgn terjebak eh adik hensem.. hahaha

Diari Si Froggie said...

@CikMunBlogger nilai tu dah makin pupus kot.. tula manusia mengalahkan binatang sekarang nie..

Diari Si Froggie said...

@boni kacak kejam sebab kehidupan makin tertekan.. huhu. mental punya kes.

Diari Si Froggie said...

@yoon da-hyun thankz dear.. :)

Diari Si Froggie said...

@mecha_praline betul sebenarnya banyak lagi jenayah yg kejam berlaku, moga kita di jauhkan.. ea ke? Innalillah.. kesian mereka jadi mangsa.

Diari Si Froggie said...

@Best Business Brands nie sambungan pembunuhan ke? hehehe.. boleh baca nanti nie :)

Diari Si Froggie said...

@aisya SENSEI amin.. moga2 Aisya.. :)

Diari Si Froggie said...

@Abu Syaukah Filmanzil amin.. moga2 hendaknya..

Diari Si Froggie said...

@babycomel betul2.. jenayah ada dimana2 dan bila2 masa.. beringat la kita.

Diari Si Froggie said...

@Crew Fathi :( sedihkan mengenangkannya..

Diari Si Froggie said...

@lynn kamarul ea yeke kak? nasib baik dia pun tak kena tahan just soal siasat je.. sampai skrg tak tahu ape jadi kes tu..

Diari Si Froggie said...

@Mia Liana hehe.. tak suka eh sis? aida pun.. :)

Diari Si Froggie said...

@KorN sangat2 kejam terlampau.. itu kan korn namanya pembunuh sopan.. hahaha. nasib tak ada akta bunuh nyamuk kan :P

Diari Si Froggie said...

@Sally Yatiey amin.. moga2, sally jaga diri :)

Diari Si Froggie said...

@Kathy Rbain al-fatihah

Diari Si Froggie said...

@nadzirah sofia yeah!! tapi depa lupa tu semua.. tak ingat yg seksaan disana lagi maha hebatnya.

Diari Si Froggie said...

@Zyra Roxx ada full kes dia kan? aida 2 hari berturut2 dok baca kes dia dari awal sampai sudah.. serius mmg menyeramkan.. huhu

Diari Si Froggie said...

@Cikgu Ma kan cikgu Ma.. time tu meletup2.. org semua pakat pi rumah tempat dia membunuh tu..

Diari Si Froggie said...

@♥ Nana BamBam ♥ ok nana nanti aida singgah sana :)

Diari Si Froggie said...

@amranaiman haha.. punya lama dah kan kes dia.. tahu xpe misteri kot cerita dia..

Diari Si Froggie said...

@ayut yg baca pun rasa dah tragis nie kan pembunuh tu.. haiyaa! time tu terlupa sikit tragis nya.. hehe

Diari Si Froggie said...

@syahirooAhmad sebat buntut pun ada yg buat lagi nie ha.. kalau hukum hudud ntah sedar ke tak tahu lah..huhu

Annamariana1989 said...

kejam sangat pmbunuh2 di atas ni...skrg nak g mana2 pon dah takut...

Diari Si Froggie said...

@ANNA MARIANA betul tu sis anna.. dunia makin kejam, rumah sendiri pun boleh terjadi benda2 nie semua. :(

Unknown said...

Kejamnyerr diorang ni.
Apa nak jadi laa dgn dunia sekarang.
Hmm,

Badrina Ibtisam said...

Al-Fatihah..

Sedih pulak kan. Harapnya kita djauhkn drpd prkara semcm itu.. InsyaAllah.

Anonymous said...

memang sadis brutal dan tak berperikemanusiaan langsung.memang tak ada rasa sedikit perikemanusiaan pd org yg membuat kekejaman tu.kerana wang mereka snggup membuat apa saja.hanya Allah saja yg membalas perbuatan laknat tu

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me