Pray For Gaza | Doa Qunut Nazilah

Gaza..bermandi darah dijerkah bom gila
Gaza..sebaris peta ummah yang luka
Gaza..air mata tumpah, disengat derita
Gaza..tulang robek, raung nangis sendu duka


Itu Gaza, Umat Islam yang lain yang ditindas seperti Rohingya, Iraq, Afghanistan, Syria yang
kanak-kanak, wanita, warga tua pula menjadi mangsa alahai syahdu melihatnya. 


Alhamdulillah PM kita akan bekerjasama dengan yang lain untuk menamatkan perang di Gaza ini, moga Allah permudahkan segala urusan mengenainya.

Mari sama-sama kita baca doa Qunut Nazilah untuk saudara-saudara kita disana :

Doa Qunut Nazilah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pernah dibaca oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika pembunuhan para penghafaz-penghafaz Al-Quran.

Doa Qunut Nazilah ini SUNAT dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana, musibah, peperangan, wabak penyakit, kemarau atau sebagainya.


Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber :

p/s : sedih baca terjemahan doa qunut nie T_T 
Ya Allah makbulkanlah doa-doa setiap seorang dari kami ini





38 comments:

Fendy said...

selamatkan gaza...

Lina md. munir said...

Banyak hikmah yang terkandung dalam doa qunut ni...pada yang mahu mengalinya lah. Moga Allah selamatkan tanah Palestin. Allah Huakbar !!

Ayie Abas said...

gaza to night...ayie teringat pd lagu tu...

pd hujung tahun 2009 klu ayie x salah...gaza teruk di serang israel...tapi tetap terus bertahan hingga kini...

semoga serangan israel hujung tahun 2012 kali ini....gaza tetap terus bertahan...dibawah perlindungan Allah berkat doa saudara islam seluruh dunia...

Azhafizah Md Nor said...

merobek hati! sedih =__=
Ya Allah selamatkan umat Islam Islam disana dan lindungi mereka..aminnn

boni kacak said...

amin........ Ya Allah.. perkenankanlah.... dan makbulkanlah doa dan permohonan kami ini......

baby comel said...

Ya Allah, kau lindungi mereka saudara-saudara kami di sana..
Terasa sgt syu bila membaca & dengar berita tentang kezaliman israel ni. Giler apa mereka ni! sampai bla2 pun mereka tetap musuh Islam

Mk Syahir said...

thanks for sharing..InsyaAllah sama-sama kita mendokan kesejahteraan rakyat Gaza dan kehancuran yahudi Laknatullah!

leakedknowledge said...

selamatkan gaza..mulut bercakap lebat. nak boikot mcD kfc pun tak mampu. padahal itu yg paling sng dlakukan..muda-mudi tak kisah. sbb tak berlaku depan hidung diorg. itu muda-mudi skrg.selamatkan gaza.wpon hanya scebis doa :')

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

tirahzairi said...

sama2 lah kita brdoa utk mereka

aiNa yaZiD said...

Pray for Gaza. semoga ALLAH memberikan kekuatan dan melindungi mereka.. amin.

Mummy Adriana said...

Berdoa dan memboikot segala yang ada kaitan dengan ISRAEL...dengan lumpuhnya ekonomi, maka lumpuhla mereka! Allahuakbar

shidaR said...

pray for gaza '-'

azizah :) said...

Takbir! Allahuakbar! moga Allah selamatkanlah saudara Islam kita di sana.. sama2 kita doakan..

-meeSUPERGIRL- said...

hum kesiannya ... semoga Allah SWT memberi perlindungan kepada mereka :")

ayut said...

pray for Gaza......

Hazmin Hamudin said...

Semoga Allah melindungi saudara kita yang sedang kesusahan di sana. Amin..

Aida Omar said...

@Fendy amin..

Aida Omar said...

@Lina md. munir betul bukan peperangan je bala apa pun boleh baca :) amin..

Aida Omar said...

@Ayie Abas ala aida tak pernah dengar lah pulak.. betul2.. walaupun lama tapi mereka tetap kental bangun. Amin.. moga2 ayie.

Aida Omar said...

@Azhafizah Md Nor betul tu fiza.. amin ya rabb.. moga2

Aida Omar said...

@boni kacak amin Ya Rabb..

Aida Omar said...

@baby comel Amin.. kan? mereka paling zalim didunia.. suka2 menyerang orang. Pasti ada balasannya..

Aida Omar said...

@Mk Syahir welcome syahir :) In Shaa Allah.. amin..

Aida Omar said...

@leakedknowledge betul kalau jadi dekat diri sendiri baru nak terlompat mungkin.. doa saja yg mampu kita lakukan.. itu juga senjata paling kukuh kita :(

Aida Omar said...

@saifudin :)

Aida Omar said...

@tirahzairi mari.. moga makbul doa2 kita :)

Aida Omar said...

@aiNa yaZiD yes! amin ya rabb..

Aida Omar said...

@Mummy Adriana Allahuakbar..

Aida Omar said...

@shidaR :) mari beramai2 pray for gaza..

Aida Omar said...

@azizah :) amin.. mari jijah sama2 doakan.

Aida Omar said...

@-meeSUPERGIRL- sangat kesian.. amin..

Aida Omar said...

@ayut yeah!! pray for gaza :)

Aida Omar said...

@Hazmin Hamudin amin ya rabb...

~aLyA aIsYah~ said...

salam kalau saudari berminat untuk dapatkan shawl labuh.. boleh la jenguk di http://loveprettyhawa.blogspot.com/ spread the love of islam by tellling other gurl hijab that cover our chest is the best! gud job dear love ur post =)

Aida Omar said...

@~aLyA aIsYah~ thankz dear.. nanti aida terjah sana, mesti cantik2 shawl nya :)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

1 hari islam akan menang..

Aida Omar said...

@Nurul Husna Mohd Hassan Yeah betul tu dear.. satu hari nanti Islam tetap menang :) menang didunia dan akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar