April 14, 2011

HOOIII!!! BUNYI APA TU?? MASYAALLAH...

SITUASI 1

Suatu malam yang hening, hujan renyai-renyai turun..suasana sunyi sepi, ketika itu hanya kedengaran bunyi air hujan yang menimpa tanah, hujan turun seakan-akan menangisi pemergian orang tersayang..

Mak Munah terjaga dari tidur kerana mendengar bunyi yang aneh..bunyinya sekejap kuat sekejap perlahan..sayup kedengaran. Mak Munah tidak sedap hati dia cuba merapatkan badannya disisi suaminya..semakin dekat dia dengan suaminya semakin kuat pula bunyi itu. Bunyi ini ikut aku kah kata Mak Munah dalam hati..tapi bunyi itu macam dekat dengan suaminya Pak Mat Tempe.

La...rupanya Pak Mat Tempe berdengkur...bunyinya MasyaAllah macam jet pejuang bakal terhempas.

SITUASI 2

Dalam bas..korang pernah tidur tak sementara nak sampai ke destinasi korang. Mesti pernah kan? 
Paling ciput pun 2-3 minit terlelap..cuba bayangkan kalau korang jenis berdengkur macam Pak Mat Tempe tadi..mesti malu kan? kalau bunyi macam suara Siti Nurhaliza nyanyi lagu Cindai tak apa juga..ini bunyi macam gorilla hilang anak..

SITUASI 3

Dalam bilik kuliah..ha ini lagi masyuk! lagi-lagi kalau ada class time pagi-pagi..muka stok tak mandi memang bersepah la..cover dengan minyak wangi..tahi mata bersepai pun tak larat nak kutip. Bila pensyarah dok membebel kat depan korang kat belakang tidur..kalau tidur senyap sopan tak apa lah..kalau berdengkur?? tak ke KANTOI!!

SITUASI 4

Dalam hospital..ditakdirkan korang kena jaga ahli keluarga terdekat, atau korang sendiri dimasukkan ke hospital..(saya tak doakan erk? contoh sahaja) sekali korang tidur berdengkur..bangunan hospital boleh retak seribu. Memang membahayakan pesakit lain korang nie, elok-elok depa nak sihat terus jadi tak sihat.

so bunyi apa? bunyi dengkuran...(jawapan kepada title entri)

selalunya orang yang berdengkur ini tidak sedar dia berdengkur..(memangla kan dah dia tidur macam mana nak dengar) kecuali orang memberitahunya..jangan diangap ini tidak serius, berdengkur boleh mengakibatkan 'KEMATIAN'.

usaha tidak salahkan so kalau korang rasa korang tidur berdengkur korang boleh guna pakai tips ini 

  1. Merubah posisi tidur dari terlentang kepada posisi yang sesuai dan selesa
  2. Turunkan 10% berat badan
  3. Hindari alkohol dan ubat penenang
  4. Guna ubat yang ada dipasaran
  5. Beli buku E-BOOK tentang mengatasi masalah berdengkur (E-BOOK)

Hidup aman tanpa dengkuran...


No comments:

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me