HOOIII!!! BUNYI APA TU?? MASYAALLAH...
Diari Si Froggie
April 14, 2011
0 Comments
SITUASI 1
Suatu malam yang hening, hujan renyai-renyai turun..suasana sunyi sepi, ketika itu hanya kedengaran bunyi air hujan yang menimpa tanah, hujan turun seakan-akan menangisi pemergian orang tersayang..
Mak Munah terjaga dari tidur kerana mendengar bunyi yang aneh..bunyinya sekejap kuat sekejap perlahan..sayup kedengaran. Mak Munah tidak sedap hati dia cuba merapatkan badannya disisi suaminya..semakin dekat dia dengan suaminya semakin kuat pula bunyi itu. Bunyi ini ikut aku kah kata Mak Munah dalam hati..tapi bunyi itu macam dekat dengan suaminya Pak Mat Tempe.