Assalammualaikum..
conferm lepas korang baca entri nie, korang akan rasa menyesal kerana terbuang 100% bulu yang ada di badan korang..
cop!! ini entri kalau korang rasa agak kurang sopan maaf ea..bagi saya ini info yang berguna untuk dikongsikan bersama..
1. TANGAN & KAKI
Fungsi bulu tangan & kaki adalah sebagai pemerangkap haba badan
2. BULU KETIAK
Bulu ketiak bertindak sebagai anti-geseran yang menghindarkan kelembapan kulit supaya bakteria yang menyebabkan bau tidak merebak. ( Lagi korang cukur bersih lagi berbau..lepas itu mulalah mengalami radang kulit disekitar ketiak, dan mengalami fobia KETIAK BASAH ) Ada sedikit info, apabila korang cukur licin bulu ketiak korang..luka pada liang roma bulu itu terjadi dan korang dengan confident nya sapu bahan pewangi.. bahan pewangi mengandungi bahan kimia..bahan kimia itu boleh memasuki badan kita melalui luka diliang roma bulu tadi dan menyebabkan kanser serta radang.
p/s : tips ini agak tidak sesuai untuk perempuan yang suka pakai baju OPEN tang ketiak..tak kan nak tayang ketiak berbulu. Bagi orang melayu islam tutuplah aurat.
3. MISAI, JANGGUT, DAN BULU DADA
yang ini fungsinya membezakan antara lelaki dan perempuan..serta melambangkan seseorang lelaki itu sudah mencapai status MACHO nya dengan gilang gemilang..kadang-kadang bulu-bulu ini membuatkan hati wanita terpaut.. (sila tanya pada wanita berdekatan)
4. HIDUNG
bulu hidung ini sebagai penapis kepada habuk, debu dan bakteria dari memasuki hidung korang dan juga ianya berfungsi meningkatkan suhu udara yang disedut.
5. KEMALUAN
memberikan kehangatan, mengurangkan geseran ketika melakukan hubungan, pelindung wilayah sensitif, melambangkan kematangan, dan pengumpulan dari pengeluaran feromon.
6. KEPALA
melindungi kepala korang dari bahang matahari dan hawa dingin..rambut berjumlah tidak kurang dari 100 000 helai dan setiap hari rambut akan gugur dalam 50 - 100 helai untuk memberi ruang pada rambut baru tumbuh.
7. MATA
bulu mata menghalang mata dimasuki habuk, dan debu serta bulu kening dapat mengurangkan peluh atau hujan dari meleleh ke bahagian mata..selain menampakkan kecantikkan semulajadi seseorang serta karekter wajahnya. ( so nak nampak cantik semulajadi jangan cukur bulu mata tau?? )
tapi....
6 comments:
haha..kalo tak potong nti orang kate pengotor lak.. ;p
hahaha , macam macamm
nice entry^^
@Mizz Farah boleh potong tapi jangan botak terus. ekeke..
@Azza Firza hihi..azza jangan macam-macam ya.
@fAtIn aDawiaH bInTi kHaIrUdiN.. tq dear sebab sudi comment dan membaca..hihi.
Post a Comment