SITUASI 1
Hati masing-masing dah terpaut, sangat ramah, sangat mesra bersama. Tak ada istilah malu-malu kuda ataupun segan-segan unta lagi dah. Mana ada dia, ada lah anda umpama ada kaki adalah cagu. Merancang ke jinjang pelamin bila dua-dua dah otai nanti, berangan-angan mahukan anak seiras Shah Rukh Khan atau Lisa Surihani.
tetapi??
keluarga sebelah pihak tidak merestuinya sebab anda bukan berasal dari kaum kerabatnya. Seperti orang minyak perlu berkahwin dengan orang minyak juga. Nampaknya dengan berat hati anda terpaksa akur dan pergi meninggalkannya bersama kenangan yang gila indah.
SITUASI 2
Setelah terpaksa berpisah dengannya atas sebab keluarga tak merestui, anda terpikat untuk kali ke 2 dengan si dia pula, yang nampaknya tersangatlah romantik tahap tinggi, setinggi menara condong. Anda sangat seronok bersamanya, anda merasa dia lah kawan, teman, dan kekasih paling cool abad ini. Rupanya tidak lah sehensem Farid Kamil, tapi sangat manis macam lolypop bagi anda. Kemana sahaja anda mahu pergi, sidia tidak segan silu tak tahu ikhlas ke tak menghantar anda. Setiap hari hidup anda diceriakan dengan lawak dan jenakanya yang gempak, serta membuatkan anda tergelak sampai mengalirkan air mata.
tetapi??
belum sempat anda luahkan sayang anda, dia pergi selamanya meninggalkan anda terkontang kanting sendirian. Meninggalkan seribu rasa dan perasaan yang sangat dalam di hati anda. Sumpah anda tidak tahu itu hari terakhirnya, kalau lah anda tahu sudah pasti anda tidak rela melepaskannya pergi.
SITUASI 3
Perasaan sedih belum terhapus lagi, muncul pula hero / heroin malaya putih gebu ala tebu dalam hidup anda, dia lah yang membelai anda, memberi kata semangat untuk bangun dan bangkit dari lamunan anda. Andai anda bersedih dia lah yang rajin membeli kan something yang membuatkan anda ketawa mahupun tersenyum. Dia menjaga anda umpama menatang emas dalam dulang.
tetapi??
semua itu tak lama, kata-kata semangat dan puji-pujiannya bertukar jadi kata-kata makian serta berbaur fitnah. Anda dibuat seolah-olah sampah busuk yang tak berharga lagi.
sampaikan kelibat anda dihadapanya dikatakan membawa sial
SITUASI 4
Anda menangis, meraung, melalak macam anjing sekalipun dia langsung tidak pedulikan anda, berakhir sudah episod anda dengan hero / heroin malaya putih gebu ala tebu itu. Kini anda mempunyai calon lagi yang suka menyemak disebelah anda, bermanja-manjaan dengan anda. Perangainya manja macam baby gajah berbulu mata lebat. Bila anda menguris sedikit perasaan nya, mula lah dia buat mimik muka paling hensem / cun didunia yang semangnya membuatkan anda menyampah. Tapi anda seorang yang sabar anda pula menjaganya bagai anak monyet bergantungan dengan mama nya.
tetapi??
dah banyak anda habiskan tenaga, perasaan segalanya, dia hilang tak muncul-muncul. Lari tinggalkan anda terkial-kial macam orang hilang akal. Sedar-sedar dia sudah berpunya, dengan bekas nya dulu.
SITUASI 5
Anda sekali lagi diberi peluang untuk berteman, kali ini orangnya manis masin-masin sedikit, hari-hari anda sentiasa ditemani nya, sebelum / selepas makan, mandi, tidur. Dia tak bosan menemani anda, langsung tak menampakkan bosan.
tetapi??
dalam diam dia pasang sana sini, bersepah-sepah. Bila kantoi katanya itu bukan serius, saja main-main dengan budak itu, budak ini. Sudah la begitu, minta duit pada anda setiap bulan, belanja cikaro, nataro, makaro sekeliling pinggang. Akhirnya anda minta putus, lepas putus saja..relationship di Facebook nya je seminggu sekali bertukar.
2 comments:
sedih nye..kerana xsama taraf trpaksa mninggalkannya.
@fadh leyanie Mcm pernah je nie? cecite2? hik4
Post a Comment