April 13, 2011

JANGAN BERPUTUS ASA DAN JANGAN PANDAI MACAM KERENGGA

Cita-cita nak jadi ahli Animal Planet, cuma Animal Planet je yang tak mahu terima si polan nie..so si polan nie terpaksa lah wat kajian sendiri. Di pagi yang indah lagi bising dek bunyi radio bengkel kereta sebelah rumah, si polan nie memulakan kajiannya iaitu perihal kerengga atau bak kata anak buah si polan nie 'serengga' ok... 

mengikut penelitian si polan..kerengga ini sangat-sangat lah rajin, bukan rajin berjalan je..tapi rajin mengumpat..mana tak nya asal jumpa kawan je kerengga nie berhenti dan bisik-bisik lagi tu..mereka nie mengamalkan latihan ala-ala tentera kalau berjalan sentiasa dalam baris..panjang mana pun barisan tu mereka tetap berbaris pergi dan balik..kalau yang depan sekali pusing roundabout 10 kali yang belakang-belakang nanti pun follow 10 kali...lebuhraya mereka nie memang sesak..macam si polan nie kata setiap kali mereka bertemu mereka mesti nak mengumpat..jalan yang mereka lalui bukan calang-calang jalan tau..banyak onak dan duri, turun naik bukit, redah sampah, redah unggun api..redah sungai, redah laut..(nampak tipu)

si polan tetap sabar menunggu..sehingga tiba satu halangan..kerengga ini mula berkumpul dan mengumpat lagi sesama sendiri..kelihatan macam something berlaku..mesyuarat tergempak agaknya..mereka agak kelam kabut..barisan tadi dah berterabur...masing-masing jalan tak tentu hala..kekiri kekanan..ada yang jatuh kebawah gaung, ada yang terkial-kial kena pijak kena sekeh barangkali..nak berperang ke mereka nie agak si polan..


rupanya mereka nak ke seberang sana..ruang antara halangan terlalu jauh, tak tercapai dek badannya yang kerempeng itu..mereka cuba bertindih-tindih dengan harapan dapat membina jambatan gantung untuk kesana..malangnya ada yang terjatuh kegaung yang dalamnya hanya lebih kurang tinggi jari kelengking manusia..sangat dalam dan berbahaya kepada kerengga..

lama si polan menunggu...ntah bila lah kerengga nie nak berjaya keseberang sana, yang jatuh ke gaung tadi dah selamat sampai ke seberang..dah siap menari-nari bagai depan mereka yang tengah bertungkus-lumus nak kesana. Si polan mula berfikir apa salahnya kalau kerengga-kerengga ini turun ke gaung itu dan naik semula ke seberang sana dengan meniti atas daun-daun kering sepertimana kawan-kawan mereka yang jatuh tadi..

nampaknya si polan sudah mengerti kerengga mungkin tidak pernah atau tidak mengenal erti berputus asa..mereka akan cuba dan terus mencuba walaupun benda itu mustahil untuk berjaya..tak dinafikan bahawa mereka-mereka ini tidak mempunyai akal yang sesempurna manusia..tapi kadang-kadang juga mereka lebih pandai dari manusia.

p/s : walaupun kamu tidak pernah berputus asa dengan sebarang cabaran tetapi kamu tidak menggunakan akal mu untuk memikirkan jalan yang harus kamu ikuti supaya cabaran itu dapat diselesaikan..


ada ciri-ciri muka pengkaji kerengga tak?? 

No comments:

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me