April 23, 2011

SUNGGUH KECEWA DAN SEDIH

Assalammualaikum.. & Selamat sejahtera

Tadi balik kerja terus kakak saya bawak saya makan nasi ayam mencongkam
memang mencongkam habislah susah nak bangun lepas makan dekat situ
(sebab banyak benar makan nya)
kalau nak rasa nasi ayam yang betul-betul mencongkam ini
restorannya terletak di depan Pasar Besar Gombak
restoran ini pernah masuk program jalan-jalan cari makan
of coz la sedap kan?

jangan cite panjang-panjang
nanti orang malas nak baca aida!!
hik..hik..hik

waktu saya makan tadi, ada dua orang lelaki duduk depan saya
mengikut pemerhatian saya, umur dia orang maybe dalam 23,22,20 tahun macam itu
yang sorang busy dengan hensetnye, yang sorang lagi mengunyah sambil termenung
tengok dari segi pemakaian dan gaya 
nampak macam anak orang kaya

dia orang makan tak lama pun, sekejap aje
ada lah dalam 20 minit macam itu
yang busy dengan henset tadi saya tak kisah sangat
sebab dia makan sampai licin, air pun dia minum sampai kontang
yang saya kisah kawan dia yang makan sambil termenung itu

sebab 

dia makan tak sampai separuh pun,
ayam nya pun masih ada 3 ketul lagi, 
air tembikai setengah gelas
lepas itu bangun terus bayar

dari google

mulalah saya berfikir
agaknya dia hanya tahu makan kerana perut dia lapar
kalau kenyang tinggal
dia tak terfikir ke ramai manusia lain
yang kurang berkemampuan untuk makan
dia yang mampu itu senang-senang buang makanan

bagi saya lah kalau dia tak berupaya untuk makan 
sebab terlalu kenyang
apa salahnya bungkus bawak saja makanan itu balik
tak lah buang macam itu sahaja
tak pun order secara sederhana

entah saya betul-betul kecewa dan sedih dengan orang macam ini
sebab saya tahu masih ramai lagi yang tidak makan
yang tidak berkemampuan

makanan itu rezeki dari Allah s.w.t untuk kita
jadi bersyukurlah dengan pemberiannya itu
jangan menyesal jika suatu hari nanti 
kita pula yang meminta-minta makanan

membazir itu amalan syaitan

korang pernah dengar tak, cerita nasi merayu-rayu dan menangis-nangis sebab korang tak makan dia?





2 comments:

Unknown said...

haha..baru xcited nak baca pasal entry mknan ni..

Diari Si Froggie said...

@l a l a , S h a h e i l a hik2..nampaknya lala shaheila dapat tgk gambarnye je la.. telan air liur sikit..hihi

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me