April 12, 2011

SESUNGGUHNYA MATI ITU PASTI

Apabila orang terdekat kita ditimpa kematian, kita tersedar sejenak apa itu kematian? takut dan tidak bersedia dengan kematian kerana mengenangkan dosa yang terlalu banyak untuk kita tebus..ketika itu ianya telah menjentik sekeping hati milik kita untuk tersedar yang dunia ini hanya sementara.

Tetapi kemudiannya kita semakin lupa dan semakin mengejar hal duniawi semula..

ketahuilah apabila seseorang itu semakin hampir dengan kematian, maka terbahagilah dia kepada 5 bahagian :

1. segala harta yang dikumpulnya adalah untuk warisnya
2. amalan dan kebajikannya menjadi bekalan disana
3. setiap inci nyawanya kini untuk malaikat maut
4. daging ditubuhnya akan dijadikan makanan untuk ulat-ulat
5. tulang temulangnya untuk tanah
Apabila tercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit 3 kali :

1. Hai anak Adam, adakah kau tinggalkan dunia atau dunia tinggalkan kau?
2. Hai anak Adam, adakah kau yang himpunkan dunia atau dunia yang himpunkan kau?
3. Hai anak Adam, adakah kau bunuh dunia atau dunia yang membunuh kau?

Apabila dihantar ke tempat mandi terdengar lagi suara dari langit 3 kali :

1. Hai anak Adam, dimanakah badanmu yang dahulunya gagah dan kuat? mengapa kini menjadi lemah?
2. Hai anak Adam, dimanakah lidahmu yang dahulunya petah bercakap? mengapa kini kau diam?
3. Hai anak Adam, dimanakah kekasih kau? mengapa kini rakan kau yang menjadi mulia?

Apabila dibawa ke kain kafan maka terdengar lagi suara dari langit 3 kali :

1. Hai anak Adam, kau akan melalui perjalanan yang panjang dan tidak berbekal
2. Hai anak Adam, kau akan keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali lagi
3. Hai anak Adam, kau akan menempuhi perjalanan yang panjang ini berseorangan 

Apabila mayat akan dibawa ke kubur maka terdengar lagi suara dari langit 3 kali :

1. Hai anak Adam, amat beruntunglah kau jika kau menjadi salah seorang yang rajin bertaubat
2. Hai anak Adam, amat beruntunglah kau jika amalan kau baik
3. Hai anak Adam, amat beruntunglah kau jika sahabat-sahabat kau diredhai Allah s.w.t

Apabila mayat dimasukkan ke liang lahad berseru sekali lagi suara dari langit 3 kali :

1. Hai anak Adam, kini segala amalan dan kebajikan kau akan kau lihat 
2. Hai anak Adam, jika amalan dan kebajikan kau baik, maka ianya akan kelihatan sungguh baik
3. Hai anak Adam, jika amalan dan kebajikan kau buruk, semoga Allah s.w.t mengampuni kau dan 
    memelihara kau dari seksaannya.

Sesungguhnya Annas Bin Malik r.a berkata :

bahawa setiap hari bumi berkata

- wahai anak Adam, kini kamu bebas berjalan diatasku, sehingga nanti kamu akan dimasukkan ke dalam 
   perut ku.
- wahai anak Adam, kini kamu berbuat maksiat dan dosa diatasku, sehingga nanti kamu akan diseksa didalam 
   perutku.
- wahai anak Adam, kini kamu bergelak ketawa diatasku, sehingga nanti kamu menangis didalam perutku. 


* sedarlah kita bahawa mati itu pasti, cuma bila? bagaimana? kita tidak mengetahuinya. 

wallahu'alam..yang buruk itu datangnya dari kita, dan yang mulia itu datangnya dari Allah s.w.t yang maha esa.

No comments:

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me