June 15, 2011

MALAYSIA DIMANAKAH DIKAU?

Assalammualaikum & Selamat sejahtera

aku disini bukan untuk mencaci warga dunia, tapi aku disini ingin sekali berkongsi tentang negara yang tercinta
ya negara yang aman, damai, dan sentosa..negara mana yang mampu menampung bangsa, agama, dan budaya yang berbeza dalam satu negara? aku bertuah di lahirkan di negara ini, berbanding di negara-negara yang di perangi, di tindas, di kecam atau di agung-agungkan seluruh negara di dunia yang sementara ini.

orang-orang tua yang umurnya masih panjang sehingga ke hari ini mula bercerita tentang perasaan mereka sewaktu negara ini di jajah, di tentang, dan di hina oleh bangsa asing, cara mereka bercerita tak sama perasaannya ketika membaca buku sejarah mahupun belajar sejarah negara ini. 



susahnya kehidupan di masa dahulu, ada suami di bunuh, ada isteri di jadikan hamba, ada anak di tembak hidup-hidup, rumah mereka di bakar, tidur malam sahaja tidak lena. Angkatan tentera negara ini dengan penuh semangat patriotik cintakan negara sanggup bergadai nyawa mempertahankan kubu negara ini bagi mencapai hak kemerdekaan yang kekal, tidak mahu lagi tunduk pada kekuasaan bangsa asing..mahu berdiri megah di bawah jajahan sendiri


kini negara ini sudah merdeka, rakyat nya sudah aman, damai, dan sentosa..tiada lagi peperangan, rusuhan yang berlaku. Tapi di sebabkan kedamaian itu rakyat mudah lupa, sesama sendiri masih boleh bertikam lidah, bermusuhan dan kini ada sesetengah nya sudah mahu menjatuhkan negara sendiri
sanggup mencaci maki negara sendiri, dan menyokong bangsa lain.

MALAYSIA KINI HILANG IDENTITI SENDIRI apabila rakyat nya mula mengagungkan negara lain, negara yang tidak mengamalkan cara keislaman dan kesederhanaan dalam pemerintahan dan kehidupan,
ini tidak akan berlaku jika rakyatnya yang pelbagai bangsa ini bersatu padu dan bersyukur di lahirkan di negara ini walaupun masih mempunyai banyak kelemahan..kelemahan yang mampu di ubah menjadi kelebihan jika ianya di lakukan dengan kerjasama yang jitu.

MALAYSIA DI MANAKAH DIKAU? yang suatu ketika dulu megah di mulut rakyatnya sendiri



2 comments:

Ayie Abas said...

AIDA...AYIE TETAP BERBANGGA SBG ANAK MALAYSIA...DI HATI AYIE MALAYSIA TETAP NEGARA YG TERBAAEEEEKKKKK!

Diari Si Froggie said...

@Ayie Abas memang bebetul semangat nie ayie.. hehe

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me