Assalammualaikum & Selamat sejahtera
'MAAF JIKA ENTRI SAYA KALI INI MENYENTUH HUJUNG TANGKAI HATI SESIAPA, SAYA TAK BERNIAT NAK BERKASAR CUMA SEKADAR BERKONGSI KERENAH MANUSIA'
Setiap kali berblogwalking pasti berjumpa berbagai-bagai kerenah penulisan, gaya penyampaian, jalan cerita, bahasa, dalam sesuatu blog tersebut. Blogwalking ini seronok sebenarnya bagi aida lah, sebab dalam waktu itu lah kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan mengenali sahabat baru dari pelbagai perangai.
kalau dari segi gaya penulisan itu kadang-kadang buat aida baca 2-3 kali sebelum nak tinggalkan comment..takut gak kang tersalah comment ke kan..tak pasal-pasal.
ha..korang paham tak apa maksudnya? haha..nak baca pun terbelit lidah nie ha, kalau betul lah nak jadi orang putih spelling bagai kan..aida rasa baik korang buat entri tu dari A-Z guna English terus. Paling koman pun orang yang 'kurang pandai' akan cuba memahami apa yang korang sampai kan tu, lama-lama dia pasti pandai. macam aida lah tu contoh terdekat..haha. Cuba korang campurkan
bahasa english + BM + Tamil + Arab apa jadi nanti?
bahasa english + BM + Tamil + Arab apa jadi nanti?
amek..pelat plak dah, elok-elok rasa feel jiwang korang tu nak melekat kat orang yang membaca nya, secara tetiba orang tu tawar hati nak membaca apa ntah lagi nak tangkap feel..
nie plak ciri-ciri orang kedekut ruang..jimat sungguh depa nie haih!! yang nie pun salah satu masalah untuk menyebut dan memahami..maaf lah aida memang tak pandai short form nie..kalau ada pun lebih kurang sahaja..tak sehebat macam nie la..sampai tak paham. haha..
lagi satu kan kalau nak citer pasal life korang boleh, tapi pelbagai kan lah cerita tu, selitkan unsur-unsur humor ke, unsur-unsur ganas ke, pedas ke, tak pun pengajaran dari cerita korang tu..sekurang-kurangnya boleh tukar-tukar mood kejap sedih, lepas itu ketawa, tiba-tiba insaf pula dan sedih balik. Confirm tak bosan baca..macam blog tubelawak memang sempoi membacanya. Aida tak jadi masalah semua aida baca cerita pasal keluarga ke, suami ke, anak ke, bapak, emak, kakak, abang, bf, gf semua aida sapu, baca dan comment.. memang minat membaca agaknya.
tapi kan jangan pula korang masukkan mood-mood segala lepas itu menjadikan cerita korang itu panjang menjela-jela dekat 4-10 muka surat..dari atas ke bawah tak tamat-tamat juga. Naik juling biji mata membacanya. Kebanyakkan pembaca baru perenggan satu dah scroll ke bawah baca bahagian last cerita itu dan comment..jalan cerita tengah-tengah siapa nak baca?? kalau ada gambar tak apa juga..sedap gak nak baca nya kan..sambil-sambil cuci mata. Macam contoh blog wancikgumuzik.
sudah la kan sikit-sikit, kang tak ada orang nak baca pula sedih aida dibuatnya..yela panjang sangat 3 hari baru habis siapa nak baca..lepas itu muka korang mula lah macam telor kat bawah nie kan? kan?
apa-apa pun saja kongsi-kongsi pengalaman.
apa-apa pun saja kongsi-kongsi pengalaman.
43 comments:
btul2...cik en pun klu short font sgt pun conpom hilang mud nk membacanye yunk..pas 2 klu entry teralu panjang pun jrg cik en nk baca...huhu..kan pe...cik en sibuk..blogwalking pun x brapa sempat..klu cete panjang mengurai..susah cik en nk baca..ayat plak terbelit..alamtnya tutup trus...huhu
Ong Gedek Gedek.... hahahahah.
Saye dari Indonesia, malah klo baca blog Malaysia harus berkali-kali biar tidak salah arti ('coz the difference in language ^^).. But that's ok, coz I like reading something new. I like to make friend all over the world. ^^
Peace
FZHLR
Hahaha..macam mana nak tarik reader tu penting..hehe..ask them to want more..
hai ^_^
sumpah, tak paham ayat yg dlm kotak ke 3 tu. Bab pelat? urmm, boleh tahan lagi..sebb masih boleh paham, cuma memg menyampah kalau baca entry2 yg lidah pendek ni,hahahaha. tapi memg betul, awal2 dulu lana tercari2 arah tujuan blog ni mcmna..dri semua segi, design,entry,cra menulis, semua2.. tapi skrg, bila masa mematangkan (poyot), sedikit sebnyk lana mula bljr kenal kekuatan lana dalam dunia blog ni.
hahaha..sama la aida.mish pun selalu je naik sakit mata kalau baca entry2 macam ni. ahalai...nice2...:)
wahhhhhhh..!! thanks sbb nama cikgu disebut di sini..
percaya atau tidak, kalau entri panjang berjela pon, kalau pandai menghias kata dan ayat, org pasti akan baca sampai habis sbb nak tahu penghujungnya kan??
tapi kena power sungguh2 lerr kan...
konon2 mcm cite nora elina tuu,,, semua nk tahu ending dia kan??
tahniah di atas entri nih... sokong aida kata sejuta %..!! keep it up..!!
lebih baik diam dari berkata-kata yang tidak baik....
bercakap benarlah walaupun pahit.
haha..betol2..kang silap comment laen pulak jd..haha..mcm2 jenis gaye org tulis sekarang :D
kwong! kwong!! ok ok saye maaf kan walaupun tak menyentuh hujung tangkai hati saye...hehehee :)
Assalamualaikum pembuka bicara, jawablah wahai si anak dara
Pokcik setuju sangat2.. bak kata orang-orang, "Jolok kendi, dapat laksa, kita berbudi, orang berbahasa"
Nota badan : pokciklah blogger baru yang kuat membuang angin di blog orang lain.. polo n dipolo
haha . lwak.. lawak ... nicee~
betul betul. yang lagi saya tak tahan, jenis yang taip macam ni,
"ari ni3w kan, say3w jump3w dy3"
ahh, naik pening baca -.-
blog yang guna penulisan pening ne memang saya akan singgah juga tak lebih dari seminit...haha*dalam hati rasa macam nak hack blog orang yang tulis ayat terbelit2 tu...
btul2 lain org lain cara nyer..sekali salah komen
buruk padah nyer
cewahhhhhh :)
aida si froggie :) woww...betuahnyee i jadi follower u yang ke 700! ekekekeke
+_+...SEDIH BLOG AYIE TAK TERMASUK DLM SENARAI...SIAPALAH AKU DI MATA MU +_+ hahahaha...
Kebanyakkan yang menulis blog ni untuk orang lain baca. seelok eloknya jangan guna singkatan atau 'bahasa terlarang' supaya tidak menyukarkan orang lain untuk membaca dan untuk selingan pula letaklah gambar supaya orang yang membaca itu tidak jemu tetapi janganlah guna gambar lucah ataupun separa lucah untuk menarik perhatian. Lain pula jadinya nanti.
alahhh kalau dah susah sangat nak baca tu..
tak payah baca terus...
banyak blog lain yang senang untuk dibaca...
:)
@eintan nurfuzie betul-betul cik ein..senang2 tutup terus. hihi
@Fzhlr nice to meet u..betul-betul kadang-kadang rasa seronok pula membaca ini..
@Da LovaC yeahhh!!!
@TYNTHA LANA haha..tak paham kan. bagus lana menambahkan ilmu didada kan..good luck ok :)
@najihah sahami sakit mata dan sakit hati..ekeke
@wan_cikgumuzik setuju dgn cikgu juga..hihi. kalau cerita gempak smpai hujung org nak baca..hihi
tq cikgu :)
@Pustaka NurIman :)
@syrupmasin agaknya dah banyak sgt org menulis tu yang kurang idea kot..hihi
@sengat hahaha..sengat juga karang :)
@Pokcik Blogger Baru Waalaikummussalam..hihih. kuat membuang angin erk..ape lah pak cik nie
@amirul.fareast512 gelak pula dia erk..hihih
saya sokong akak aida. kadang2 rase cam pelik ja bunyi nya, bila di mix pelatkan. baik suma bm kan senang. tak susah nak fikir.
@AmalinaNashihin yg tu lagi lah berpinar biji mata..hahah
@muzhack kang baru tahu ea..bahaya nie..aida kena tulis bulat2 bagi muz paham..ehehe
@stellaizz best plak pantun tu..ehehe
@i'm ezza haniza oh yeah..terima kasih kerana sudi menjadi follower bertuah itu :)
@Ayie Abas alolo..jangan majuk ea..ayie tetap di hati :P
@NARDtheNERD senang erk..habis cite..
@anakmuda setuju sangat dengan kamu..lagi pun kita kan bangsa melayu
huhu ...xfaham ..kn tgk btl2 ..
macam mana kalau komen sebab takde shoutmix?hehe acah je :P
nih ayat lorat mana xtaw la hahaa..xpahe teman :P
@hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock harus tgk berkali-kali supaya paham..hihi
@anakecil alahai...ya ampun la kalau cm tu..ekeke
@shida'R teman lagi tak paham..hihi
Post a Comment