March 5, 2011

HISH! HISH! BOLEH TAHAN KAH??

Tension, tertekan, sedih, mara, kecewa macam-macam perasaan saya ada sekarang nie..tapi saya seorang yang SELALU HAPPY dan sudah semestinya saya tidak suka akan MASALAH, so macam mane pon besar MASALAH itu saya akan pastikan ia tidak menganggu sedikit pun mood SELALU  HAPPY saya.

Tapi sejak akhir-akhir ini saya sendiri merasakan diri saya agak kurang cergas...HAPPY saya juga sering berjadual tidak seperti biasa iaitu SELALU HAPPY. Kadang-kadang saya seperti perlu kan ruang yang sunyi untuk menenangkan semula mood saya. Ya!! saya tak nafikan apabila saya ada MASALAH dan untuk kembali semula ke mood SELALU HAPPY, saya perlu BERMASAM MUKA utk beberapa minit atau paling lama selama 1 jam..selepas itu InsyaAllah saya akan HAPPY semula.

Hal ini juga telah membuatkan saya selalu merasa BERAT HATI apabila saya ke 'sana' iaitu tempat saya mencari rezeki.

Mungkin jika saya beritahu kalian semua...kalian semua tidak memahaminya, dan mungkin juga kalian akan kata itu hal biasa dalam MENCARI REZEKI. Tapi ia bukan salah kalian kerana kalian mungkin tidak pernah mengalami suasana KETAT sedemikian di tempat kalian mencari rezeki.

Cuma orang yang pernah mengalaminya akan bertindak balas dalam sesi luahan hati itu nanti...

Saya hanya ingin anda bayangkan jika anda mengalami suasana yang agak, mungkin, atau memang serupa dengan suasana tempat mencari rezeki saya, dan apa yang akan anda lakukan??

Bekerja dengan tempoh masa antara pukul 8 pagi hingga 5.30 petang....sabtu setiap minggu anda masih perlu menguruskan pelbagai kerja, dengan limit had waktu dari pukul 8 pagi hingga 1 tgh hari. Dimana jika 'ORANG KUAT' anda masih tidak pulang anda juga perlu menunggu kepulangan beliau...barulah anda sendiri diizinkan meninggalkan pekerjaan anda.

Bagi 'ORANG KUAT'...anda tidak ada kerja jika anda kelihatan duduk termenung walaupun anda sendiri baru beberapa minit berehat untuk menyegarkan mata, badan dan tangan anda, pastinya anda akan diberi TUGASAN baru oleh 'ORANG KUAT' anda. Kerana beliau pernah mengatakan yang anda bekerja MAKAN GAJI bermakna anda perlu bekerja setimpal dengan nilai gaji anda.

Anda susah untuk mengambil cuti tahunan kerana 'ORANG KUAT' anda memerlukan anda setiap ari untuk menyelesaikan kerja2 beliau..anda dilayakkan bercuti secara bergilir-gilir dengan rakan-rakan anda. Jika anda tiada rakan anda ada, dan jika anda tiada rakan anda pula ada. Begitulah..BOLEH anda bayangkan jika rakan anda mengambil cuti seminggu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...dan kerja-kerja rakan anda itu adalah tanggungjawab anda serta kerja anda juga sudah semestinya hak milik kekal anda.

'ORANG KUAT' anda juga memilih KASIH..saudaranya didahulukan. Jika saudaranya datang lewat, dimaafkan, jika saudaranya tidur tidak dikejutkan, jika saudaranya bercuti beliau izinkan, jika saudaranya memerlukan cuti walhal seminggu pun beliau benarkan...kata beliau saudaranya mungkin PENAT, BERPANASAN, TIDAK SIHAT atau KELUARGA memerlukan. Jika anda melaporkan ketidak puasan hati anda tentang hasil kerja saudaranya kepada 'ORANG KUAT', beliau akan mengatakan saudaranya adalah orang lama di jabatan ini..dan anda?? terpaksa akur dengan beliau..

Sedikit kesilapan anda ianya akan dilihat sangat BESAR di mata 'ORANG KUAT' dan kadang kalanya anda dicop sebagai MERUGIKAN pihak jabatan. Padahal kesilapan itu berpunca dari beliau yang sama sekali tidak menyemak semula tugasan yang anda sediakan. Mungkin baginya beliau hanya berhak menurunkan TANDA TANGAN sahaja dan tugasan lain semuanya terletak di BAHU anda. Tidak kah anda sedar yang anda lebih bekerja kuat untuk beliau yang hanya tahu mengoyangkan kaki sahaja. Dari A-Z anda yang mengawalnya. Katanya beliau sudah PENAT untuk memikirkan hal berkaitan kerja ini. Jawapan yang agak melucukan....apa yang beliau susah-susahkan LETAK JAWATAN sajalah. Ramai lagi yang lebih bertanggungjawab.

Jawatan anda menentukan tugasan kerja anda..tetapi bagi 'ORANG KUAT' itu tidak bermakna anda tidak perlu lakukan pekerjaan lain. Anda WAJIB melakukan kerja-kerja pembantu tadbir rendah, pembantu akaun, setiausaha, dan juga membuat kerja-kerja amal apabila 'makcik' cleaner tiada, kadang kala juga anda perlu menurut segala perintah 'ORANG KUAT' kalau haus diberi minum kalau makan diberi makan.

'ORANG KUAT' diwajibkan menghadiri kursus, tetapi beliau menghantar anda pula...kemana beliau pergi?? beliau pergi BERCUTI bersama keluarga. Anda pula yang terpaksa meninggalkan keluarga.

Gaji setiap kali anda bertanya, anda pasti di 'SEMBUR'..mahu gaji awal kerja tak seberapa. Wahai 'ORANG KUAT' tahukah gaji yang kami tanyakan itu untuk anak-anak kami yang sedang kelaparan, rumah sewa kami yang telah DIKUNCI oleh tuan rumah atas kelewatan 'ORANG KUAT' sendiri?? Maklumat gaji telah kami sediakan, tidak perlu susahkan 'ORANG KUAT' mengira bilangan hari, mengira bilangan cuti semuanya telah KAMI SEDIAKAN...'ORANG KUAT' hanya turunkan TANDA TANGAN sahaja. Payah sangat kah?

CLAIM...duit itu dari duit anda sendiri, yang anda telah keluarkan ketika menyertai kursus, OT dan mungkin membeli sesuatu untuk kemudahan jabatan...salahkah anda untuk menuntut semula wang yang anda telah keluarkan? bila anda telah menyerahkan claim tersebut kepada 'ORANG KUAT' beliau boleh bertanya dengan anda...Gaji baru bagi hari itu...tak kan dah habis....cakap nya seperti beliau yang punya jabatan.

Siapa tahan jika anda sering mendengar 'ORANG KUAT' memprotes hasil kerja rakan-rakan anda, yang anda rasakan rakan-rakan anda bertungkus lumus menyiapkan. Kesian melihat muka-muka rakan yang sedang di maki, di hamun sedemikian rupa. Sabar ya wahai rakan-rakan...kerja yang bagus tidak dipandangnya...yang SALAH juga dia nampak. Sikit pun tak pernah mengucapkan terima kasih...malah di 'complain' lagi..itu tak kena ini tak kena..itu salah ini salah..audit form saja pernah lebih 10 kali di audit.

Meja anda tak pernah surut dengan kerja...kerja lama tidak siap, diberi kerja kedua, kerja kedua tidak ready lagi, diberi pula kerja ketiga...katanya ketiga-tiga itu 'URGENT'..bila 'ORANG KUAT' tanya sudah siap?? anda dengan jujurnya dan terpaksa menajawab TIDAK maka secara automatiknya anda akan DISEMBUR dengan beliau...tadah sajalah telinga. 3 kerja sebut memang senang...3 kerja kalau 1 kerja cabang nya ada 10 kalau 3 kerja sudah 30 cabang anda perlu MEMERAHKAN otak anda untuk sehari bekerja. kalau 2 hari?? tak stress kah otak anda? kalau satu kerja anda tangguh 'ORANG KUAT' tidak akan menunggu untuk anda siapkan kerja itu...kerana 'ORANG KUAT' akan sentiasa menambah kerja anda dalam sehari ke sehari..

BOLEH TAHAN KAH ANDA??

mengikut maklumat yang saya sendiri lihat..pekerja-pekerja sebelum ini hanya bertahan selama lebih kurang 3 bulan sahaja...paling lama 4 bulan. Agaknya mereka juga mengalami nasib seperti saya dan tak terlarat nak layan kerenah 'ORANG KUAT'...dengan bangganya saya lah orang paling lama yang boleh bertahan iaitu  selama lebih kurang 7 bulan..

sejak akhir-akhir ini je saya dah TAK BOLEH TAHAN lagi!!!!!!

KHAS UNTUK

HARIMAU BELANG






2 comments:

amirul amir said...

sabar la... hye tu jer yg mampu sy ckp.... x dpt byangkn andai kata sy sndri yg brada di situasi awk.. mybe, perang dunia ketiga akn meletus...... btl kata org,andai kte brmula br ats, kita x tau kesusahn n kpayahn org2 d bwh. yg brtungkus lumus myiapkn tugas2 yg diberi....... smg ALLAH berikn kekuatn n ksbrn yg tggi pd awk aida.....

Diari Si Froggie said...

@Shah haha..tq awak! awk pun selalu bg support kt sy ^_^

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me