OH BAKAL SUAMI SAYA!!

Dia bakal suami saya...rupanya tidaklah sehebat Nabi Yusuf a.s, sifatnya tidaklah sesempurna Nabi Muhammad s.a.w, orangnya sederhana sahaja tetapi berjaya menambat hati saya dengan sifat kesederhanaannya itu.

Ya Allah Ya Tuhanku saya bersyukur kepada mu Ya Allah yang telah menganugerahkan insan sepertinya di sisi hambamu ini..

Ya saya orang yang teramat bertuah kerana mendapat tempat di hatinya..terasa diri ini tidak layak sama sekali berada di sampingnya.



"saya teringin melihat rambut awak tentu lawa kan? tapi saya lebih suka awak bertudung kerana saya tidak sanggup melihat rambut awak yang ikal mayang itu terbakar di akhirat nanti, sudah tentu saya sebagai 'suami' yang melihatnya merasa terlalu sedih sebab itu saya selalu hadiahkan tudung pada awak..''

"saya suka lihat jari jemari awak yang runcing-runcing itu cantik sungguh ciptaaNYA...lagi cantik jika saya tidak menyentuhnya..saya tidak sanggup menambah dosa yang saya sendiri lakukan pada awak, lagipun bila kita kahwin nanti baru lah terasa bahagianya ketika kali pertama awak bersalam dengan saya"

"saya suka lihat mata awak yang bundar itu...dapat menenangkan perasaan saya, kalau boleh saya mahu pandang setiap masa bila kita bertemu. Tapi saya takut jika pandangan mata saya membuatkan nafsu awak bergelora, sekali lagi saya telah menambah dosa pada awak, maka saya seboleh-bolehnya tidak memandang awak. tidak mengapa nanti bila kita sudah berkahwin saya boleh pandang awak sepuas-puasnya."

"saya suka awak berbaju kurung..suka sangat-sangat, awak nampak lebih sopan dan cantik ketika itu, saya risau bila awak kata body awak tak cukup hebat nak pakai baju seksi-seksi..awak...awak janganlah kata begitu, saya lagi tak setuju bila awak pakai baju seksi-seksi terdedah sana terdedah sini..dosa awak!! itu aurat yang perlu ditutupi. tak sanggup saya melihat orang lain memandang awak bertambah-tambah tak sanggup saya bila Allah s.w.t murka pada awak."

"saya hadiah kan telekung buat awak pada hari ulang tahun kelahiran awak, saya merasa sungguh terharu dan seronok bila awak kata telekung itu awak guna bila menghadap NYA..Ya Allah tak dapat saya bayangkan rupa awak ketika itu mesti lebih cantik dan berseri-seri bila memakai telekung pemberian saya. Semoga awak memakainya ketika solat bersama saya nanti ya."

"Hari itu awak menghadapi krisis dengan abah awak..awak cakap abah awak tak memahami awak, tidak awak!! tak ada bapa yang tidak memahami anaknya. awak tahu jika awak berbakti kepada orang tua awak ianya adalah satu bonus untuk awak ke syurga nanti..berbaktilah selagi abah awak masih ada. Kini saya lihat awak semakin hari semakin rapat dengan abah awak..Alhamdulillah.."

"satu malam awak 'call' saya..awak kata, awak rindu saya sangat-sangat sampai tak dapat nak buat kerja dengan betul..mesti solat awak pun tak khusyuk kan? jangan begitu awak..tak apa saya berikan awak Al-Quran dimana jika awak rindu saya awak baca lah Al-Quran ini kerana saya yakin awak akan lebih rindu kan  NYA dari saya dan ianya akan membuatkan awak bertambah tenang."

"awak selalu pesan dengan saya makan jangan lupa, pergi kerja hati-hati, jangan tinggal solat, selalu jaga tata-tertib, macam-macam awak pesan..bila saya jatuh sakit ari itu, saya lihat awak menangis kerana terlalu risaukan saya, awak kata, awak tak sanggup kehilangan saya. Cepat-cepat saya nasihatkan awak, cinta dan sayang Allah s.w.t adalah cinta yang kekal rebutlah cinta dan sayang NYA nescaya DIA tidak akan mengecewakan awak. Saya hanya hambanya yang lemah satu hari nanti pasti akan meninggalkan awak, saya tak suka melihat awak menangis kerana saya. Awak janji dengan saya ya?"

bila saya teringat kembali apa yang dia selalu pesan..hati saya merasa terlalu tenang. Terima kasih awak...saya akan selalu ingat apa yang awak pesan...

bakal suami saya anda sungguh meruntun perasaan saya...

*Alangkah bagusnya kalau semua lelaki begini....


    


2 comments:

Nur Sulastri said...

sangat nice entry ni. rasa nak suruh srmua lelaki baca. haha

Aida Omar said...

@Nur Sulastri hehe.. kalau lah dapat tak lepas dah kot :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar