Al Quran : (7) Al A’raaf : Ayat 187
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (QS 7:187)
Tanda-tanda kiamat kecil
1. PENAKLUKAN BAITUL MAQDIS
>> “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
2. MEMUTUSKAN PERSAUDARAAN DAN BERSIKAP BURUK DENGAN JIRAN
>> “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)
3. ZINA BERLELUASA
>> “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)
4. ALAT-ALAT MUZIK MENJADI KEGILAAN
>> Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyiwanita” ( HR Ibnu Majah)
5. MENGUCAPKAN SALAM KEPADA ORANG YANG DIKENALI SAHAJA
>> “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)
6. WANITA BERPAKAIAN TETAPI HAKIKATNYA BERTELANJANG
>> “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”
7. BANYAK DUSTA DAN TIDAK MENYAMPAIKAN BERITA DENGAN TEPAT
>> “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)
8. ORANG HINA MENDAPAT TEMPAT TERMULIA
>> “Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh orang yang bodoh dan hina. Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)
9. BANYAK SAKSI PALSU
>> “Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)
10. MENGHIASKAN MASJID DAN MEMBANGGAKANNYA
>> “Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid”( H.R Nasai)
sedarkah kita bahawa tanda-tanda kiamat kecil ini sudah wujud di persekitaran kita??
percayalah bahawa kiamat itu akan muncul ketika semua manusia sedang leka dengan hal dunia..
Bumi kini telah semakin uzur..tidak mampu lagi bertahan dengan kerosakkan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri..
massive 8.9/9.0 magnitude earthquake hit the Pacific Ocean nearby Northeastern Japan at around 2:46pm on March 11 (JST) causing damage with blackouts, fire and tsunami
ayat quran [hud; 11:3]
Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya,nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan.Dan Dia akan memberikan kurnia-Nya kepada setiap orang yang berbuat baik.Dan jika kamu berpaling,maka sungguh,aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (Kiamat)
MasyaAllah!!
Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui...
secara kebetulan pula tragedi TSUNAMI yang melanda JEPUN baru-baru ini berlaku pada tarikh 11/3/2011 sama dengan bilangan surah Hud itu...
tiada yang dapat menghalang kekuasaan Allah S.W.T...
kemana kita mahu melarikan diri apabila bencana seperti ini menimpa..air bagai mengejar kita dari belakang..rakus untuk menjamah kita. Air yang tenang kini menjadi ganas menerpa ke arah manusia yang lalai dan leka..biarpun perenang hebat di dunia belum tentu dapat melawan arus air sedemikian..Teknologi yang canggih juga kini tidak mampu berfungsi malah di bawa arus begitu sahaja..disana disini api marak membakar apa sahaja yang berada dilaluannya. Kereta dan rumah umpama mainan..sekali harung semua nya hilang...bandar yang berteknologi tinggi dan mempunyai rakyat yang berdisiplin tinggi ini musnah secara keseluruhannya.
Ya Allah jika itu yang kau berikan kepada kami dalam bentuk bencana alam, kami redha dengan ketentuan mu..kerana kami tahu sesungguhnya apa sahaja yang kau berikan kepada kami itu yang terbaik untuk kami dan ini juga adalah sebagai tanda peringatan kepada umat mu yang lemah dan hina serta lalai ini..tetapi janganlah kau mematikan kami selain kau mematikan kami dalam islam dan keimanan. Sesungguhnya kekuasaan mu itu tiada tandingan. Dan kiamat itu pasti datang tanpa kami sedar. Ya Allah Ya Tuhanku kau berikan lah kesedaran kepada kami..semoga kami sentiasa berada dijalan yang lurus dengan keredhaanmu..Amin ya Rabbal Alamin...
Semoga kita sentiasa dalam keinsafan...
March 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Get this tabber widget
No comments:
Post a Comment