serangan yang di lakukan awal pagi semalam (waktu tempatan) telah mengorbankan 48 orang serta 150 orang cedera di LIBYA..
pergolakan ini dilancarkan oleh Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis..dengan alasan mahu membela rakyat LIBYA yang ditindas oleh pemimpinnya sendiri iaitu Muammar Ghadaffi.
Kalau kita dengar motif serangan diadakan oleh Persatuaan Bangsa Bersatu tersebut, automatiknya kita akan merasa ianya bagus..niat murni untuk membantu rakyat LIBYA.
Tapi disini wajar atau tidak serangan yang dilakukan itu?
kalau bersifat untuk membantu..kenapa perlu ada yang menjadi korban dan tercedera..mungkin kah benar kata IRAN bahawa pihak barat mempunyai misi tertentu?? apa salahnya kalau berunding atau berdamai secara aman..sudah semestinya rakyat tidak terkorban mahupun tercedera.
Bukan mahu menolak bantuan negara-negara barat..tetapi negara ISLAM perlu lebih berhati-hati dalam menerima bantuan mereka.
Dalam serangan ini bukan semua negara SETUJU..seperti KAHERAH liga arab itu membantah serangan ini walaupun liga arab itu sendiri menyokong pelaksanaan zon larangan terbang di negara tersebut. IRAN juga turut tidak bersetuju dan memohon rakyat LIBYA supaya tidak tertipu dengan tindakan pihak barat itu.
Di RUSSIA menggesa serangan bersifat membuta-tuli itu dihentikann dan tidak menerima penggunaan RESOLUSI 1973 kerana ia melebihi apa yang sepatutnya. China juga meluahkan rasa kesal keatas operasi ketenteraan yang menyebabkan kematian ramai orang awam.
saya amat setuju dengan pendapat penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar jika benar mereka ingin membantu membebaskan rakyat mengapa mereka tidak bertindak begitu di Palestin dahulu.
Dalam serangan itu, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan keatas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bertindak melumpuhkan pertahanan udara LIBYA.
Belum reda dengan bencana alam ke atas JEPUN...Bumi LIBYA pula bergolak.
Ya Allah semoga kau memelihara keselamatan orang ISLAM di kedua-dua negara itu...dan kau tunjukkanlah jalan yang terbaik bagi mereka menghadapinya. Tabahkanlah hati mereka menerimanya..keatas kau juga lah kami meminta pertolongan...Amin ya rabbal alamin..
berita lebih terperinci HARIAN METRO ONLINE
untuk melihat dengan lebih jelas gambar-gambar serangan di LIBYA ada di sini GAMBAR
No comments:
Post a Comment