Tanggal 6 Mac 2011
Pukul 5.32 petang..
Saya mendapat mesej dari ADIK sayang bahawa abah nya telah tiada.. Innalillah waiinalillah hirojiun...tiada kata yang dapat saya ungkapkan ketika itu. Saya telefon ADIK sayang dengan niat dihati untuk bertanya benarkah berita yang ADIK sayang sampaikan itu. Ya...berita itu memang benar..Salam Takziah dari akak untuk ADIK sayang, semoga roh abah ditempatkan bersama golongan beriman dan dicucuri rahmat..Allah S.W.T sayang kan abah..hari ini abah terpilih oleh Allah S.W.T untuk berdamping dengannya di dunia yang kekal. InsyaAllah abah BAHAGIA di sana ADIK sayang..
Akak faham apa yang ADIK sayang rasa sekarang, kehilangan orang tercinta..bukan mudah untuk ADIK sayang menghadapinya bukan senang untuk menghapuskan rasa sedih di hati, tabah kan lah hati wahai ADIK sayang..hapuskan air mata mu itu..jangan lah ADIK sayang menangisi pemergian abah...kalau abah tahu sudah tentu abah juga merasa sedih. ADIK sayang teguh kan hati mu itu untuk menerima segala takdir yang MAHA ESA...
Ingat ADIK sayang hidup ini perlu diteruskan..mahu atau tidak mahu ADIK sayang perlu redha hidup tanpa abah. Mak masih memerlukan ADIK sayang untuk terus kan kehidupan...ADIK sayang masih lagi bertuah kerana mempunyai mak...masih ada lagi tempat untuk bermanja. Tenangkan lah hati mu wahai ADIK sayang..
Setiap yang hidup pasti akan mati..itu sudah tertulis sejak azali. Cuma yang bezanya bila? dan bagaimana caranya? Abah pasti gembira setelah berjumpa dengan ADIK sayang hari itu. Abah juga pasti tenang apabila niatnya dapat dipenuhi. Ya Allah semoga roh abah tenang disana bersama golongan yang beriman.
ADIK sayang, bersabarlah dengan dugaan maha hebat ini, setiap orang pasti merasa. Akak mu ini jua tidak akan terlepas merasa seperti mana ADIK sayang rasa sekarang ini.
Jika ADIK sayang bersedih, akak mu ini juga turut bersedih..ADIK sayang selagi nyawa akak masih ada, selagi itu akak sentiasa ada untuk adik. Luahkan lah apa yang terpendam di hati ADIK sayang...akak tidak akan merasa susah sedikit pun.
Mungkin akak tidak dapat mengantikan tempat abah, orang yang selalu di hati ADIK sayang..tetapi akak boleh jadi teman sejati ADIK sayang bila ADIK sayang memerlukan.
YA ALLAH tabah kanlah hati ADIK sayang
menerima segala dugaan dariMU,
tenangkan lah jiwanya, hapuskanlah kesedihannya..
dan cucuri lah rahmat keatas roh arwah abahnya..
AL-FATIHAH kepada arwah abah ADIK sayang NAZLIA BINTI KAMARUZAMAN
Jadikanlah setiap detik bersama arwah abah sebagai kenangan yang paling indah dalam hidup ADIK sayang..kenangan yang tidak ternilai, yang sangat bermakna....
luahan hati ADIK sayang untuk abah nya
DIA YANG MENCIPTA KITA DAN KEPADA DIA JUA KITA KEMBALI...
March 6, 2011
DIA YANG MENCIPTA KITA DAN KEPADA DIA JUA KITA KEMBALI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Get this tabber widget
No comments:
Post a Comment