February 19, 2013

Misteri Hospital Lama Lady Templer Cheras


Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Hospital ini memberi rawatan khas kepada pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering. Ianya juga merupakan hospital pertama di Malaysia yang mengadakan pembedahan jantung. 


Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan sebidang tanah seluas 20.3 hektar di Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Di Peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri dari pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray, dan pembantu jururawat. Hospital ini mula menerima pesakit pada Ogos 1955 kebanyakkan pesakit yang diterima adalah pesakit yang tidak sembuh walaupun sudah diberi perubatan oleh hospital lain.


Walaubagaimanapun hospital lady templer ini telah ditutup pada tahun 1985 dan hanya sebahagiannya sahaja dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Rumah mayat hospital ini juga pernah menempatkan mayat-mayat mangsa tragedi 13 Mei 1969.

Batu asas Lady Templer Hospital

Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital tinggal Lady Templer


Kini hospital ini telah dirobohkan dan kawasan itu juga sedang dalam pembinaan, bina apa tak pasti nampak macam kondominium tak pun hospital nie dibangunkan semula. Sejak penutupan hospital ini banyak kisah misteri telah berlaku. Antaranya kelibat perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang. Kalau korang nak baca kisah-kisah misteri yang pernah terjadi pada orang yang pergi hospital nie boleh baca kat link bawah nie :






Abam Mazidul pernah pergi tapak hospital nie, aida pun ada baca kisah pekerja buruh pembinaan yang duduk kat tapak hospital kat blog abam Mazidul jugak. Pekerja tu kata pernah jumpa perempuan rambut panjang terapung dekat pokok, dengar suara orang menangis, mengerang, ada yang pernah terserempak dengan mayat tanpa kepala. 

Kredit Picture : Mazidulakmal.com
(Gambar terbaru bangunan yang sedang dalam pembinaan ditapak asal Hospital Lady Templer)

Nak tahu cerita lebih lanjut boleh baca sendiri dekat blog abam Mazidul 

Tak banyak sangat info pasal hospital nie, dapat pun banyak versi sangat tak tahu nak ambil yang mana.. sebenarnya makin lama baca makin takut jadinya :P korang search je keywords 'Hospital Lady Templer' dekat Google konpem banyak versi keluar. 


p/s : hospital yang beroperasi pun kadang-kadang ada.. nie kan pula hospital tinggal


Kredit :
2. Picture & info : Mazidulakmal.com




78 comments:

Kaki Kencing said...

jum wat seekers kt kwsn ni..hihi

thomas said...

Kalau dibina condo kat tempat mcm ni pasti ada banyak masaalah.

Unknown said...

Bangunan yg baru tu walaupun baru, tapi perghhh... menyeramkan harap maklong ==

Unknown said...

oo baru tahu ni.. tp tetap bangunan tinggal penuh dgn misteri kan..

♥ Vna ♥ said...

eeeerkk seram!

saya dulu masa remaja pernahlah sekali dua drive sampai ke sini..saje nak tengok² tapi pergi masa siang la...kejap je pun lepas tu balik..takut nak duduk lama² uhuhuuu

hurmmm rasa macam tak berani pulak nak duduk kat kondo tu...

fyna said...

errr... nape fyna rasa macam seram je? deng!!

MyFreeMinded said...

Oh no no no.. no more cite2 seram, sejak anak saya yang ke 3 tu sakit disebabkan menda alah yang misteri2 ni, saya memang jadi penakut.

seribupilihan said...

tempat cam nie memang sering berlaku..lebih2 lg kat hospital..tak kira hospital baru atau lama..semua ada kisah hantu nie..lebih2 lg kat bilik mayat..kat tempat simpanan organ..macam2 kisah dengar..orang yg keje kat hospital mesti dah kalis dgn kisah2 seram nie..

Unknown said...

salam aida :)

sayang tempat yg telah lama beroperasi spt itu akhirnya ditutup dan terbiar begitu saja...sepatutnya semakin berkembang menjadi lebih besar.

Athirah said...

erkk,, krek krek, tak mo la baca aida,, seram, nanti ada yang tak tido malam,,huhu

Cappuccino Lover said...

serem nyer!

Anonymous said...

macam2 misteri yg ada di dunia ni kan?

Unknown said...

haha betul2.. hospital yg digunakan pn penuh misteri, inikan pulak hosp tgl.. ishh seram sojuk..

Dayang Deno said...

erk! seram2

INNANIE ARIFFIN said...

ALAAA CUAK LAHHH BACA PASAL HOSPITAL. BELAKANG KOLEJ KITA HOSPITAL AND MEMANG ADA LINK NAK KE HOSPITAL!

Cikgu Jaja™ said...

aida, boleh la buat production misteri blog aida..hehe..

seram okay baca..huihui

mrpolie said...

baru tau pasal sepital ni...

puteri kasih said...

menarik entri ni..kebiasannya memang semua bangunan yang terbiar ni agak bermisteri kan apatah lagi sebuah hospital seperti ni..hehe

aswadz said...

mesti tmpt simpan mayat tu yg paling angker.

hana hadi said...

segala bagunan yang lama2 mesti ada ada meisteri yang menyaramkan. bertambah seram bila tengok gambar pokok besar pastu keadaan bagunan yang rendah2 macam tu.hehe

Gary Asip said...

perghh... seram giler... diorang nak bina kondo ke?.. saper la berani duk situ... huhuhu..

Unknown said...

scary je entry aida ni

meremang da larikkk

Mawardi yunus said...

woah giler seram... habis la xleh tdo dh malam nie

NIA SI DRUMSTICK said...

alaaaa..cta seram plak mlm2..huhuhu..nak bace tak ..nak bace tak..
dah habis bace dh pon.hahaha

AM said...

Tertanya-tanya, kenapa hospital nie ditutup? Ada ke orang yang nak duduk kat kondominium tue nanti? Hmm.

Baca entri nie pada pukul 3.40 pagi, baru ada feel. Kejap lagi selubung selimut lah. Hahaha! :D

Dikbee said...

serammmmnyer... pasni kalau dah naik kondo tu mmg tak mau beli la...takut...

haney said...

tengok gamba pon da mcm seram -__-

Unknown said...

smlm nk bw blog aida tp takut...nasib dah up entry baru sian2 gini...seremmmm mak ;p

Cikgu Badar said...

berhantu ke

Diari Si Froggie said...

@Kaki Kencing Jom.. aida duduk luar jela ok. kekeke. :P

Diari Si Froggie said...

@thomas itu lah.. belum bina lagi pun dah ada macam2 masalah. :)

Diari Si Froggie said...

@paripariputih harap maklong.. haha. tahu tak pe kak seram je tengoknya.

Diari Si Froggie said...

@azizah :) bangunan tu dah tak ada dah jijah dia dah robohkan ganti dengan bangunan baru ala2 kondo tu ha..

Diari Si Froggie said...

@♥ Wina ♥ ea ke? siang2 pun dah takut nie.. belum malam lagi kan? kalau aida memang tak berani kot dengar pulak citer buruh tu.. huuu..

Diari Si Froggie said...

@fyna haha.. deng! menghayati barangkali tu. :P

Diari Si Froggie said...

@myfreeminded eh ea ke? anak akak kena penyakit misteri? sekarang dah sihat? hope segalanya sihat.

Diari Si Froggie said...

@seribupilihan kan? selalunya pasal hospital nie memang ada kisahnya. Betul atau tidak tu tak pasti lah pulak..

Diari Si Froggie said...

@Ayie Abas Wasalam.. itu lah tapi sekarang sedang dinaiktaraf rasanya ayie. :)

Diari Si Froggie said...

@trah zain haha.. baca jugak baca!!! :P

Diari Si Froggie said...

@Lady Jaja kalau jaja baca memalam mesti seram.. :P

Diari Si Froggie said...

@Kathy Rbain itu lah.. dah memang wujud benda alah tu.. jadi macam2 misteri terjadi kan kak. hehe.

Diari Si Froggie said...

@Mar Haini Abdul Rahim kan? ini kan pula yang tinggal memang sah2 lah seram. hehe.

Diari Si Froggie said...

@deno hehe.. :)

Diari Si Froggie said...

@Innanie | Ariffin atoto.. tak semua hospital seram.. hospital nie je seram sikit. hehe..

Diari Si Froggie said...

@Cikgu Jaja™ tudia jaja siap nak buat production misteri.. haha. Rindu jaja.. <3

Diari Si Froggie said...

@mrpolie aida pun baru tahu dengan lebih lanjut selama nie baca gitu2 je.. hehe. :)

Diari Si Froggie said...

@puteri kasih terimas puteri.. :) betul2 rumah yang tinggal lama pun dah misteri ini kan pulak hospital.

Diari Si Froggie said...

@aswadz dengar rumah mayat je dah rasa angker.. keke.

Diari Si Froggie said...

@hana hadi tempat lama ditinggalkan mesti ada dah penunggunya tu.. pokok tu yang buat takut tu kan? hehe.

Diari Si Froggie said...

@Iyraa Cariyno oh terimas dear.. tapi rasanya mesti dah tutup tarikh segmen.. aida baru tengok ha.. :(

Diari Si Froggie said...

@GaRy™ tak tahu lah gary.. tapi kalau tengok macam rupa kondo je. hehe

Diari Si Froggie said...

@Iffah Afeefah mana nak larik?? kejar2.. haha..

Diari Si Froggie said...

@MawardiYunus haha.. abeh le berselimut tutup muka sesak nafas :P

Diari Si Froggie said...

@NIA SI DRUMSTICK haha.. sape suruh nia baca memalam kan dah seram.. :P aik habis dah rupanya baca. haha

Diari Si Froggie said...

@Arol Mubin sebab apa ditutup tu tak pasti.. ada kot yg tak tahu asal usul tempat tu. haha.. tudia pukul 3.40pagi.. haha.. selubung jugak. :P

Diari Si Froggie said...

@Dik bee mana yg dah tahu mahu tak mo beli.. yg tak tahu pakat beli. hehe

Diari Si Froggie said...

@haney baru tengok gambar dah seram kan? kalau pergi tgk depan2 mahu seram bertambah2. :)

Diari Si Froggie said...

@xila dot haha.. alor sian dia eh.. dah up dah entry :)

Diari Si Froggie said...

@Cikgu Bada kata org berhantu cikgu bada. =,='

Unknown said...

Sebenarnya ini kuarters klinik kesihatan cheras...
Alhamdulillah la setakatni tinggal disini...benda kecik2 tu biasala..mana2 pun ada....

Diari Si Froggie said...

@ida haniff ida duduk kat kuarters sana eh? oh kuarters ke ada lagilah klinik kesihatan kat situ. memang ada jugaklah sikit2 ea.. tq info nie ida :)

Anonymous said...

Isteri bekas timbalan perdana menteri tun dr ismail pernah dirawat di hosp nih tau.. Die buat operate pengikatan tube..

Mama Adeeb said...

As salam. Saya bekas pelatih di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras (MPIK) dan sekarang dikenali sbg Institut Perguruan Ilmu Khas.Semasa belajar di sana, klinik inilah tempat saya dptkan rawatan. Saya dan kwn2 terpaksa mendaki bukit mengikut jln belakang, Jln. Tenteram utk ke bhgn hadapan hospital yg dujdkan klinik. Ada waktunya, saya lalu sorg2. Mmg menyeramkan. Terasa spt ada org perhatikan kita semasa lalu di tepi2 bangunan2 hospital. Masa tu, masih tdpt ambulan2 lama, tray dan mcm2. Dr luar , kita blh nampak katil2 di dlm wad.
Jika berjalan short cut menuju ke Taman Midah, kita blh melalui jln tar di kaki bukit. Tdpt byk rmh tbiar...mungkin rmh doktor. Mmg cuak, tp itulah shj jln pintas. Takut2 pun, jln jg. Kalau ada pilihan, mmg x nak lalu jln tu. Sgt menyeramkan.

Anonymous said...

Aku pernah kesana,masa kekecil dulu zaman main basikal. Gi ramai2,time petang lepas asar. Gi dlm 6org mcmtu,masa dkt depan bangunan utama hspital ni,terjumpa bandage yg masih berdarah dkt tanah. Siapa punya bandage tu?hspital ni xde org kot.gha kitorg semua lari. End -farhan blok28-

Langkah Prima said...

Aku penah masuk hospital ni pkl 12 tgh mlm... kitaorg masuk 7 org.... masa tu belajar kat uitm... serammm.. tp xjumpa apa2... bau ubat masih harummm.... katil besi lama... rekod pesakit... dan mcm2 lg...

Langkah Prima said...

Aku penah masuk hospital ni pkl 12 tgh mlm... kitaorg masuk 7 org.... masa tu belajar kat uitm... serammm.. tp xjumpa apa2... bau ubat masih harummm.... katil besi lama... rekod pesakit... dan mcm2 lg...

Unknown said...

woww.. lady tepler .. sya slh sorng penghuni kt sini apa yg Mama Adeeb kt atas tu benar .. sya slalu gunakan jln tu berulang alik gi tmn midah, wktu mlm nk pulng dri tmn midh start dari pondok guard kecil yg usang tu hingga kerumah sya (1km lbh krg) akan ada bau bunga melur ada kalanya bau kemenyan ikut hingga ke pintu rmh, dri mna dtgnya bau tu sya akn mncari2 kiri knn dpn blkng sya toleh, maka sya tk rsa tkut sangat ...

Unknown said...

klu nk tahu.. P. Ramli pernah brlakun kt hosptl ni... dan seangkatan dngn beliau pelakun yg hebat Idris meninggal dunia di hospital ini jgk


dan Filem Adik Manja 80% mereka lakunkn di hosptl ni jgk, antara adegan mereka menari senam di badminton court tu..

Diari Si Froggie said...

@Anonymouswah!! banyak sejarah yang aida sendiri pun tak tahu.. tq share story :)

Diari Si Froggie said...

@Mama Adeebwasalam :) pengalaman bernilai tu mama Adeeb.. bangunan pulak kosong kan seram tu dah tentu. berani jugak lah mama adeeb lalu sorang2 pulak tu. hehe

Diari Si Froggie said...

@Anonymoushahaha.. lari tak cukup tanah tak tu? :P kalau aida pun lari kot tetiba jumpa bandage berdarah walhal tempat tu lama dah tinggal

Diari Si Froggie said...

@Langkah Primaberaninya!! respek.. tang bau ubat masih harum tu seram.

Diari Si Froggie said...

@jiva Jeevanandkiranya tempat nie memang ada penghuninya lah ea Jiva? awak sendiri pun merasainya.. yela tempat lama dah tinggal mesti ada penghuninya kan. kira awak berani jugak lah lalu.

Diari Si Froggie said...

@jiva Jeevanandbanyak orang kenamaan dan terkenal yang dirawat dihospital nie kan? aida pun baru tahu ha.. sampai dalam filem pun hospital nie ada.. :) tq Jiva

Anonymous said...

haha..tahun 2003-2005 dulu blajar kat mpik. sekarang dh jadi ipgm.dari dulu jalan belakang ke taman midah tu memang laluan pelatih. kira short cut la.. aku dgn geng2 dulu pn selalu ikut jalan ni, x kira masa. seram tu biasa la. penah sekali aku lalu berdua dgn member aku kat situ tgh2 malam sebab cari bahan assignment kat cc taman midah. tapi keraskan hati jela. mmg x dinafikan kawasan sekitar hospital tu keras. lecturer pn ramai yg berkongsi pengalaman. tapi dh 3 tahun paling teruk pun setakat bau2 je la.

Protasss said...

Now it not a condo, now it known as hospital rehabilitasi cheras. I work there.

Protasss said...

Now it not a condo, now it known as hospital rehabilitasi cheras. I work there.

Anonymous said...

sy lahir di rumah kuaters hospital ni, membesar 20tahun kat situ, takde apa pon, mlm2 pon jln kaki pg atas sana sb situ ada public phone satu2 nya dekat dgn kotak surat, okay je tade pape, nak pg mana2 main kat atas tu pon tade seram pon, mgkin penghuni kuaters tade la kena kacau, org luar atau pesakit yg dtg klinik atas tu je rasa seram lain macam. so far besar kat area tu org byk ckp seram, sy sendiri rindu suasana kat sana. tp syg nya da kena roboh

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me