Islam Mengajar Umatnya Bersangka Baik


Salam Jumaat kawan-kawan semua, semoga hari Jumaat kali ini membawa 1001 kebaikan. 

Islam mengajar kita sebagai umatnya supaya sentiasa bersangka baik sesama saudara seIslamnya bukan sahaja bersangka baik dengan segala apa yang diberikan Allah SWT buat kita, dengan bersangka baik juga kita dapat menjauhkan perasaan dengki, iri hati, sakit hati, dendam, dan meninggi diri. 

Syeikh Abdulkadir Al Jailani pernah memberikan tips bersangka baik iaitu :





Click Entry Penuh Click Sini untuk info seterusnya..




Nabi Muhammad SAW sangat menitik beratkan sifat bersangka baik ini, oleh kerana sifat Nabi Muhammad SAW inilah setiap kali baginda mengeluarkan kata-kata, kata-kata itu dapat memberi kesan yang mendalam. Nabi Muhammad SAW sentiasa bersangka baik sama ada dengan orang yang sememangnya baik dan juga kurang baik akhlaknya.


Cuba korang hayati ayat dibawah ini :

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar maka beerti kamu telah membuka aibnya. Dan jika hal itu salah beerti kamu telah memfitnahnya" 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
(Surah al-Hujuraat, ayat 12)

ingatlah Islam melarang keras umatnya dari membuka aib orang lain dan memfitnah iaitu lebih kejam dari perbuatan membunuh.

Agak-agak apa yang korang fahamkan? bila kita bersangka buruk automatik kita akan cuba mengintip cuba mencari kesalahan orang tu, dah jumpa kesalahan orang tu yang kita sendiri pun tak tahu betul ke tak kita akan mula menyebarkan dari seorang kepada dua orang, disitu kita dah dapat DOSA FREE + kesalahan yang kita cari tu ntah betul ntah tidak ( JATUH KEPADA PERBUATAN FITNAH ) umpama memakan daging saudaranya yang telah mati. Nauzubillahiminzalik.. 

Ingatlah segala apa yang kamu lakukan yang kamu niatkan Allah maha mengetahui, tak tertinggal juga malaikat yang dikiri kanan kamu yang sentiasa mencatit segala perbuatan kamu. 

P/s : Lagi-lagi zaman sekarang nie banyak betul orang yang suka bersangka buruk, celik je mata dari tidur terus cari kesalahan orang lain. Kalau guna ayat yang baik-baik tak pe lah jugak.. nie seakan-akan mengejek mengutuk pula. Tak sedar ke korang kutuk ejek tu pun saudara Islam korang jugak. haih. Jauhkanlah kita semua dari melakukan perbuatan sebegini. 
Kredit :
Images/info



64 comments:

Shakira Pathi said...

suka entry ni, sangat bermanfaat :')

Aretikz said...

Demikian ajaran Islam.. the way of life.. dengan bersangka baik.. akan merendahkan sifat ego kita.. ^^

~Emaa Hasnah (^_^)~ said...

salam ziarah n follow =)

Sally Yatiey said...

Salam Jumaat.
Nice sharing :) Sangat bermanfaat.

zafira othman said...

nak cuci hati bukan sng, tpi akan senang bila igt Allah. :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

bila kita bersangka baik.. kita yg dpt untung.

nabila said...

nabila baru alami situasi ni dengan kawan. Nabila try think positive,but at last,nabila tersungkur jugak. Tapi Allah tunjuk jalan dekat nabila. Alhamdulillah,everything dah settle. ;) . nice entry.

BeLLa said...

betul2

paripariputih said...

masih dalam peroses memperbaiki diri dari setiap sudut ==

Ayie Abas said...

salam aida :)

entry hari jumaat terbaikkk...sgt2 bermanfaat menambah pengetahuan...:)

terima kasih aida...:D

Lady said...

entry baik dihari baik

sabella mohamad said...

bella suka sangat dengan entry ni kak . zaman sekarang dah susah kut nak cari org yg masih amalkan 'bersangka baik' ni . lebih2 lagi kalau dah cemburu menguasai diri . silap2 , boleh ter-fitnah dekat sesape . astaghfirullah

Paly said...

bermanfaat ni...nak share :)

Misz Fazie said...

indahnya Islam :)

puteri kasih said...

kita perlu sentiasa bersangka baik kan :)

deno said...

betul... entry yg baik :) thanks for sharing^^

Cikgu Bada said...

betul aida..tak baik klu bersangka buruk kepada sesama manusia

Yana Sakura said...

nice sharing =)

dlm usaha untuk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik..

bersangka baik itu penting supaya sebuah ukhwah yg terjalin itu terpelihara :)

Khairul Zamri said...

yg nombor satu tu cam tuan belog je.. hehe

MawardiYunus said...

suka datang blog ni sebab entrynya penuh dengan manfaat :)

Ibnuismaini Ismail said...

Sangka buruk pastu tulis kt FB or blog... memburukkan keadaan. bahaya2.

baby comel said...

Ye, bersangka baiklah kerana hati kita takkan sakit..
Sharing yg baik ni Aida.. Thanks

LoveBug said...

walau macam mana pun bersangka baiklah walau apa pun niat dia pada kita. niat sebenar seseorang tu, hanya diri dia sendiri yang tahu. tak rugi bersangka baik.

NIA SI DRUMSTICK said...

Astafirullahalazim..mogs dijauhkn dr buat bnda2 gini..

Amanina said...

yg selalu bersangka buruk dekat orang tu yang tak boleh dipercayai sebenarnya.

nice entry sis! :)

sa mic said...

cik lisa sokong, hehe

Diana Azis said...

Tq for sharing the best info..sokong entry ni tapi itu la, kalau dengan Allah pun begitu sukar untuk kita bersangka baik, apatah lagi manusia. Masih cuba untuk memperbaiki diri :)

sis92 said...

sedang kamu jauh dari sesuatu, maka kembalilah kepada ajaran agamamu-islam

terima kasih atas doanya :')

lynn kamarul said...

gud job aida. perkongsian yg baik

shameel Iskandar said...

Terima kasih Aida di atas entry yg selayaknya saya namakan sebagai tazkirah atau santapan rohani.

seribupilihan said...

nice sharing..bersangka buruk nie boleh bawa kpd mengumpat dan fitnah..elakkan dr menambah dosa kering nie..sia2 je amalan baik yg dibuat selama nie sekiranya kita mempunyai sikap ni..allah menghitung segala perbuatan dan amalan kita

Dik bee said...

Semoga kita semua dijauhkan dari sifat berprasangka buruk...InsyaAllah..

#nice entry

Aida Omar said...

@Shakira Pathi terima kasih Shakira Pathi.. Harap bermanfaat untuk semua juga :)

Aida Omar said...

@Aretikz Islam itu indah :) terima kasih Aretikz atas komennya.. betul tu bersangka baik dapat merendahkan sifat ego kita :)

Aida Omar said...

@~Emaa Hasnah (^_^)~ Terima Kasih Emaa sudi datang dan follow :) aida terjah sana pula..

Aida Omar said...

@Sally Yatiey salam jumaat juga.. hehe. terima kasih Sally :)

Aida Omar said...

@zafira othman betul2 itu gua sejutu sama kak pira.. jangan ingat Allah time susah je kan :)

Aida Omar said...

@Leeza dayasari [santai leeza] betul.. kita dapat untung hati pun tenang :)

Aida Omar said...

@nabila ea ke nabila? kita nie manusia biasa tak lari dari buat salah kan.. tapi kalau berjaya menahan diri dari buat benda tu pun dah bagus.. :) Alhamdulillah dah selesai semuanya ea..

Aida Omar said...

@BeLLa :)

Aida Omar said...

@paripariputih semoga berjaya kak.. hehe. sama2 lah kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik dunia dan akhirat :)

Aida Omar said...

@Ayie Abas wasalam ayie.. terima kasih ayie.. Alhamdulillah moga bermanfaat untuk semua orang juga.. sama2 :)

Aida Omar said...

@Lady terima kasih Lady :)

Aida Omar said...

@sabella mohamad Terima kasih sabella.. betul2.. zaman sekarang memang payah nak jumpa.. ada pun dalam 10 tu 4 orang je kot.. moga kita dijauhkan dari sikap begini.. InsyaAllah :)

Aida Omar said...

@Paly sila2 :) Terima kasih Paly

Aida Omar said...

@Misz Fazie sangat2 indah Misz Fazie.. :)

Aida Omar said...

@puteri kasih betul tu Puteri :)

Aida Omar said...

@deno terima kasih Deno.. moga deno sihat2 sahaja :)

Aida Omar said...

@Cikgu Bada betul tu cikgu bada tak baik.. jangan amalkan. hehe. :)

Aida Omar said...

@Yana Sakura terima kasih Yana Sakura.. :) InsyaAllah samalah dengan Aida.. betul2.. tak lah timbul perselisihan faham kan :)

Aida Omar said...

@Khairul Zamri no 1? yang mana tu? memandai jelah kazen nie.. :)

Aida Omar said...

@MawardiYunus terima kasih Mawardi.. pujian dihargai nie bertambah semangat aida :) hehe.. Alhamdulillah..

Aida Omar said...

@Ibnuismaini Ismail kebanyakkan sekarang macam tu lah.. benda buruk disebarkan benda baik tak mahu tunjuk ajarkan..

Aida Omar said...

@baby comel itu lah Baby Comel bila kita bersangka baik tak lah kita sakit hati kan.. :) Sama2 baby comel.

Aida Omar said...

@LoveBug betul tu mek.. itu dia dengan Allah je yang tahu.. yang buruk kita tutup yang baik kita contohi :)

Aida Omar said...

@NIA SI DRUMSTICK Amin.. moga2 dijauhkan dari kita semua.. InsyaAllah.. :)

Aida Omar said...

@Amanina kak setuju dengan ayat amanina nie.. memang susah nak dipercayai org sebegini.. terima kasih dear :)

Aida Omar said...

@sa mic hehe.. sokong saja cik lisa ea.. :P terima kasih cik lisa :)

Aida Omar said...

@Diana Azis Welcome sis.. mana yang patut share aida share lah sesama kan.. hehe. betul2. kalau dengan Allah pun kita selalu sangka buruk apantah lagi dengan manusia memang jauh lah.. Sama2 lah kita sis menjadi yang lebih baik :)

Aida Omar said...

@sis92 pokoknya ajaran Islam.. setuju dengan sis.. Sama2 sis cepat2 sihat ea :)

Aida Omar said...

@lynn kamarul Terima kasih mama lynn.. :)

Aida Omar said...

@shameel Iskandar sama2 shameel.. tazkirah jumaat ea. hehe.. :)

Aida Omar said...

@seribupilihan betul2 sia2 je amalan baik yang kita buat last2 lebur macam tu je.. yeah! Allah tak akan sedikit pun terlepas pandang. :)

Aida Omar said...

@Dik bee Amin.. moga2.. Terima Kasih Dik Bee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar