February 19, 2012

10 RUPA SEMULAJADI HAIWAN YANG PELIK


Time jalan-jalan cari bahan nak buat entri tertarik pula dengan info mengenai rupa paras semulajadi haiwan yang tak pernah langsung Aida tengok, Pelik ada, gerun ada, unik ada, comey ada, nak tergelak pun ada. Tak baik kan Aida gelak sebab nie semua ciptaan Allah. SubhanAllah! 

1. Hatchetfish

Ikan penghuni jurang ini sangat kecil sebesar 12 cm, tidak berbahaya, Ikan ini ditemui di perairan tropika seluruh dunia (tak pasti Malaysia ada atau tidak spesis ikan nie). Ikan ini memakan makhluk-makhluk yang lebih kecil darinya seperti copepoda (sejenis crustaceae)

Sejenis Copepoda yang dimakan oleh Hatchetfish

Rupa ikan Hatchetfish

2. Kelawar Hidung Jantung

Terdapat di hutan hujan Filipina, kelawar ini adalah haiwan yang paling pupus dan memiliki wajah yang teraneh, telinganya dilitupi bintik kuning, mata berwarna oren dan hidung yang mirip dengan jantung. Kelawar ini memakan buah ara, buah-buahan yang lain dan kadangkala memakan serangga.

Buah Ara

Rupa kelawar hidung jantung

3. Axolotl

Spesis yang hanya boleh didapati di Danau Xochimilco, Mexico. Ianya dikenali sebagai Monster air, Axolotl jenis salamender ini mempunyai wajah yang unik kerana memiliki rambut merah yang merupakan insang. Malangnya spesis ini pupus akibat dari pencemaran air dan juga manusia yang memburunya untuk menjadikannya makanan. 


4. Aye Aye

Aye Aye ini ditemui di Madagascar dan hampir pupus dibunuh kerana penduduk disana mempercayai haiwan ini membawa sial dengan rupanya yang hodoh. Aye Aye ini memiliki telinga besar seperti kelawar dan mata yang kuning. Haiwan ini juga menjadi sumber inspirasi dalam filem Gremlins

Watak utama dalam filem GREMLINS

Rupa sebenar Aye Aye

5. Monyet hidung penyek

Hanya ditemui di China, Tibet dan Vietnam. Haiwan ini tinggal di gunung dengan ketinggian hingga 4000m dimana haiwan ini sukakan cuaca sejuk pergunungan. Haiwan ini juga sedang terancam dan mengalami kehilangan habitatnya.


6. Tikus Tanah Hidung Bintang

Ditemui di Kanada dan Utara Amerika Syarikat. Hidungnya dipenuhi daging yang bentuknya mirip bintang, hidung ini ditutupi dengan reseptor sensor yang berkemampuan mengesan daya sentuhan kerana penglihatan haiwan ini sangat terbatas. Haiwan ini juga merupakan perenang, penyelam dan penggali yang hebat. Haiwan ini memakan cacing, belatung (ulat yang memakan mayat), dan apa saja haiwan berlendir di tanah.

Belatung ulat yang duduk didalam tanah

Rupa Tikus tanah hidung bintang

7. Tikus Mondok Telanjang

Tikus ini tidak mempunyai bulu, berwarna pink dan mempunyai mata hitam yang bercahaya dan dua gigi tertonjol keluar yang tumbuh dibibirnya seperti anjing laut, gigi ini sangat kuat dan ianya berupaya mengerat batu.


8. Tokek Daun

Mempunyai corak mata yang unik dan mengerunkan, apabila ianya membuka mulut rupanya seperti sedang tersenyum lebar. Terdapat di hutan hujan Malagasi.


9. Potoo

Didapati di Mexico, Amerika Tengah, dan Selatan, mempunyai paruh yang pendek dan mata yang besar berwarna kuning,  bulunya yang seakan kulit kayu ini membolehkannya menyamar dengan baik. Burung ini memakan serangga terbang dan kelawar serta ianya juga seekor pemangsa yang rakus. 


10. Ikan Hidung Merah

Ditemui di Galapagos perairan Amerika Tengah. Mempunyai bentuk hidung yang runcing dan kelihatan terlalu banyak memakai lipstik. Ikan ini adalah perenang paling lambat dan lebih suka menyeret dirinya di dasar laut menggunakan siripnya. 


Ada yang teringin nak jadikan mereka haiwan peliharaan korang tak?

P/s : Kesian haiwan-haiwan ini sudah semakin pupus kerana manusia :(

Lagi gambar dan entri menarik SINI

*Info : Carian Google



29 comments:

~ FaRaH izzAtY ~ said...

the 1st onem seriuously menakotkan o.o yg ketiga tuh comel :D yg last sekali tuh pelik je rupenye . hidung tnggi :<

tirahzairi said...

eee...scary la tgk...unik pon ade...hehe

Unknown said...

eee gerun je tgk..

emylase. said...

huhu yg haiwan dlmu comel cite gremlins tu comel ^^

INA_Noorlina said...

kiut :)

Unknown said...

eh mule2 tgk looks scary...due kali tgk rase nak gelak! funny :)

CikTeddyCorner said...

bru kenal muke klawar..hehe


pss::maaf cik lame x singgah sni..busy la katakan..jgn marah aw!hehe

Syamira said...

geli la tngok tikus mondok telanjang tu. .hehe

iAmCekbolat said...

kahkahkah.. lwak betoii hidung jantung ! hahahaha

Ayie Abas said...

abg ayie suka dgn monyet hidung penyek tu...sbb rambut dia ada remos kat depan... :D

pic no 3. Axolotl tu pelik betul laa...x sangka betul2 ada haiwan cam tuh.

suha said...

katak tetap yg tercomel kan?hehe
ensem tol katak kat atas tu..pheewiit

zareliqa afiqa said...

eee~ rupa kelawar hidung jantung tuh! huhu =.='

Unknown said...

Tq, Nice info here :)

Blog Keperawatan said...

Memang benar-benar yang bentuknya jarang sekali kita temukan...
Salam persahabatan dari Indonesia

huda jamil said...

muke hatchetfish sgt menyedihkan. subhanallah :)

Azhafizah MN said...

sangat pelik..menarik!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

tgk cam comel jer suma
hahha:)

Cik tikah said...

macam comel tpi scary [pu ada. kuasa Allah kan :)

Jobless Girl said...

Menakutkanlah ikan ikan tu..

mama lynn said...

entri yang best... ni klu org mengandung tgk sure amit amit...

ShahzCudin said...

hah! unik2 rupa masing2..

Unknown said...

nk bela ler semua..kui3

fyna said...

err....memang pelik.tak sanggup nak jadikan as a pet..
^^;

Unknown said...

wohhhh...seram n ngeriii tgk raut wajah dey all..

Shida Radzuan said...

yg tikus tanah hidung bintang tu scary hahhaa... ^_^

inche hlovate said...

siyes tak pernah tengok semua binatang tu..unik2!! hihi

Zulkifly Omar said...

pelik kan.. eii xpernah tengok nih...

aswadz said...

gambar ikan yg 1st tu, mcm muka topeng pun ada. kan kan?

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me