Hari ini saya telah ke Kuala Lumpur iaitu bandar yang tak pernah sunyi itu..bagi yang tak pernah pergi mmg tak tahu lah keadaan Kuala Lumpur nie. Tadi saya just jalan di Plaza GM, Jalan TAR dan sekitarnya.
Orang di situ macam-macam ragam, macam-macam bau pon ada gak..hanyir, hangit, masam, masin, huh! kalau wat perfume belum tentu 'LAKU' agaknya.
Muka?? memang pelbagai muka lah, ada yang macam cina, india, melayu. maksud saya contohnya orang melayu muka macam cina, orang melayu muka macam india, orang melayu muka macam melayu...eh memang lah melayu muka cam melayu. Apa-apa pun di situ nampak lah 1 MALAYSIA nya.
Perangai plak lagi macam-macam, ada yang panas baran...bila kita jalan lambat sikit or berhenti sekejap secara tetiba mula lah ada yang mengeluarkan bunyi 'hoi!!' 'isshhhh' 'huh!' or ada yang sound tempek je 'agak lah nk berhenti pon' x pon 'gile lembab jalan cam kura-kura'. ada yang masam, kite senyum macam nk tertanggal gusi die orang buat 'bodoh' je..ada yang xboleh ditanya, bila kita tanya dia orang dah naik angin macam gajah naik minyak..terutamanya 'si jurujual'.
Budak-budak remaja plak..MasyaAllah merata-rata ada, ha budak-budak remaja plak lain aktivitinya tau, die org nie suke berpeleseran di tangga2 shopping complex, tepi2 jalan, stesen bas, train or tempat yang mereka rase sesuai untuk melepak. Bukan ada keje pon..just lepak2 bual2 kosong, hisap rokok, terkinja sane terkinja sini. Menyemak ade lagi...
Yang atas jalan raya plak, sibuk memanjang... Pon sane Pon sini... Tin sane Tin sini... bunyi hon bersepah2.. pencemaran bunyi tol dibuatnye. Asap kenderaan berkepul2 sane sini..melayang ke udara..yang manusia kt bawah tukang sedut, pokok pon dh x larat nk tapis asap2 tu.
Yang tu dengan mata kasar kalau mata halus ha cite nye lain plak..
Masuk satu kedai yang jual manik-manik kristal dan rantai-rantai kristal...sume cantik-cantik rambang mata dibuatnya. So pas dh pilih rantai mane yg sweet n smart bile pakai, scr automatiknye kita akan try, test, tgk utk pastikan ianya btol2 sesuai. Baru nak masuk kat leher ade suara tibe2 je tego 'xboleh cuba yea rantai tu, tkot putus kang susah plak nak bayar' errkkkk!! tercekek saya mendengarnya. Tawar sudah hati ini untuk membelinya.
Semasa saya jalan-jalan untuk ke destinasi seterusnya..saya di tegur oleh emak yang menyuruh saya memandang kebawah. Saya pon pandang lah rupanya ada satu handset disitu, saya pon ambillah dan tunjukkan kepada dua orang perempuan disitu. Belum sempat cakap apa-apa salah seorang perempuan itu terus menyambar handset ditgn saya, dan melihat saya penuh curiga..aikkk! jgn fikir saya yang ambil sdah lah.
Sepanjang itu dapat lah saya menyaksikan SHOW FREE..pakwe n makwe, ahli nyah2 sedunia sedang berlangsung. Ah..paham2 sajalah. kalau tgk lama2 pon x lalu. Terasa malu...
Yang paling saya tak tahan tu dalam toilet di bangunan 'TUT' (harus dirahsiakan) budak-budak remaja yang saya agak berasal dari Indonesia kerana cara bercakap nya ala-ala Indonesia...sedang menulis didinding toilet terbabit. Antara ayatnya MALINGSIAL...PENG CLAIM BUDAYA KAMI...MALINGSIAL PEMALAS..MALAYSIA MALING NO 1. Yang membuatkan saya tergelak dan tersenyum..mereka mengutuk MALAYSIA tapi mereka masih ada di MALAYSIA. Maybe ini dinamakan budak-budak mahu membesar..
Nak naik bas plak, pemandu bas tu asyik nak berlumba..kononnya xnak bg kawan dia potong bas 'buruk' dia tu..so disebabkan die nak berlumba die xsedar penumpangnya dh terlepas port utk berhenti..dua kali lah penumpangnya itu membunyikan loceng tanda 'memprotes' tindakan si pemandu. Tapi sebaliknya plak yang berlaku..pemandu bas menyalahkan si penumpang dgn alasan LAMBAT MEMBUNYIKAN LOCENG...
Hahahaha...ini lah kota raya ku kota Kuala Lumpur
Macam lagu KOTARAYA KU...
*Melalui pemerhatian saya, tidak semua yang saya senarai kan diatas berperangai begitu. Cuma SEGELINTIR sahaja yang mengamalkan sikap TIDAK MATANG.
Apa-apa pun saya BANGGA dengan MALAYSIA!!
Nak diikutkan hati saya memang LANGSUNG x berminat nak ke Kuala Lumpur nie..ntah apa yang best pon xtau lah. Maybe kalau ade kepentingan baru lah terasa best kot. Ngeh3 =P
February 27, 2011
APABILA MATA MELIHAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Get this tabber widget
No comments:
Post a Comment