7 KEISTIMEWAAN SANG LELAKI

1. Lelaki punya meja kerja bersepah.
  • Lelaki ini memang seorang yang BEKERJA KERAS.
   Perempuan punya meja kerja bersepah.
  • Perempuan ini memang PEMALAS tengok lah mejanya. 
2. Lelaki tidak ada di meja kerja.
  • Bekerja di luar kawasan lah 2..bagus nye!!
    Perempuan tidak ada di meja kerja.
  • Sah2 lah 'mengular'..ntah2 pegi midvelly..karok ke ape, x pon tgk wayang. trok tol!!
3. Lelaki sedang berbual bersama kawan di meja kerja.
  • Ada projek besar agaknye 2...xpon cite pasai bisnes baru menambahkan pendapatan.
    Perempuan sedang berbual bersama kawan di meja kerja.
  • Hoi!! suda2 lah 'ngumpat' 2..banyak keje berfaedah laen yang bole dibuat. Menambah dosa je keje.
4. Lelaki berpakaian kemas dan kelihatan 'macho' di pejabat.
  • Smart tol brader nie ea..pandai die jaga penampilan untung dapat brader nie.
    Perempuan berpakaian kemas dan kelihatan 'cute' di pejabat.
  • Eleh! gedik ah 2..perasan lawa..muke mcm 2 sape yg nk..saje ah 2 nk nunjuk2.
5. Lelaki dinaikkan pangkat.
  • Haruslah orang rajin seperti dia..
   Perempuan dinaikkan pangkat.
  • Bodek bos boleh la..
6. Lelaki bagi arahan.
  • Baik!! akan diikuti
    Perempuan bagi arahan.
  • Bising macam mak nenek...
7. Lelaki tido atas meja kerja.
  • Sian die keje 24 jam agaknya smpai tertido dibuatnye..
    Perempuan tido atas meja kerja.
  • Dasar perempuan btol lah..orang soh wat keje die boleh tido plak.

Hahaha...perempuan asyik negatif je erk? ape saje perempuan buat pasti di 'boikot'..

Perempuan2 jangan mara, sabar ea..ini hari, hari lelaki...esok hari, hari perempuan pulak...
siap lah lelaki oiiii....

APA KATA HATIKU?

Hatiku berkata perempuan ke lelaki ke masing2 ada sifat keunikannye. Setiap dari mereka mempunyai fungsi yang berlainan. Bersyukurlah...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar