June 23, 2012

GUNKANJINMA|GHOST TOWN - BANDAR LENYAP




Gunkanjinma atau nama biasanya Hashima Island dikenali sebagai Pulau Kapal kerana bentuk pulaunya bersamaan dengan bentuk sebuah kapal perang. Pulau ini terletak 15 kilometer dari Nagasaki, Jepun dan pulau ini antara 505 pulau tidak berpenghuni di Nagasaki. 


Pulau ini dibina sekitar tahun 1887 hingga 1974 satu populasi manusia seramai lebih kurang 5259 ribu menghuni pulau ini iaitu kira-kira 835 orang menghuni setiap hektar. Pulau ini asalnya dibawah kelolaan Takashima dan kemudian telah diambil alih oleh Syarikat Mitsubishi pada tahun 1890.


Pulau ini sangat kaya dengan sumber arang batu, dari banyak-banyak pulau di Jepun pulau ini yang paling maju kerana mempunyai sistem kemudahan seperti radio, kabel, dan dewan pawagam moden disamping kemudahan-kemudahan yang lain. Sehingga pada tahun 1960 sumber arang batu di Jepun telah ditukar kepada sumber minyak tanah, pada masa itu banyak tempat memproses arang batu ditutup tidak terkecuali pulau kapal ini. 



Dan akhirnya pada tahun 1974 pihak Syarikat Mitsubishi telah menutup sepenuhnya pulau ini, dan mengarahkan semua penduduk pulau ini berpindah


Stairway to hell 

Selepas penutupannya pihak Syarikat Mitsubishi melarang sesiapa pun meneroka pulau ini, selama lebih kurang 35 tahun akhirnya pada 22 April 2009 pulau ini telah dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin melihatnya



Pada tahun 2003 pulau ini telah dijadikan setting untuk filem Battle Royal II dan sebuah game Killer7



Cerita penuh mengenai pengalaman Gakuranman melawat pulau ini ada di SINI dan video mengenainya ada di SINI 

Rujukan :
3. Google Image
P/s : Tiada yang kekal didunia ini melainkan amalan yang baik :)

47 comments:

Unknown said...

oh ye ker? battle royale 2 buat kt stu? no wonder la...tp battle royale 2 xsyok spt yg awalnya :P

http://encikcopypaste.blogspot.com/

fadh leyanie said...

ramai jugak yg menghuni pulau tu,tengok bangunan dia mmg menakutkan..scary mak..

caliph shuriken said...

lokasi yg sesuai utk wt movie zombie, erkk...

ibnuismaini said...

bubuh efek kabus2 sekeliling pulau nampak seram.

tirahzairi said...

wahhh...suka tgk pulau...tp...kalo pulau tue lenyap...hilang la...eh..

Unknown said...

memang padan la pulau ni di tutup..emm menakutkan je.. lagipon pulau jauh kot dengan bandar.. macam tengah2 laut dalam je..

Unknown said...

menarikkan binaan dekat pulau tu...nama pulau tapi tengok penuh dengan bngunan2... itulah jepun bijak mmbina teknologi dan bandar serta peradaban mereka tersendiri :)

Anonymous said...

awesomeee.
teringin nak photoshoot kat situuu,
wehuuuu

Unknown said...

walaupun nmpk scary tapi ada something yg marik kat situ..huhu.. :D

CikTeddyCorner said...

nak duk sini la..hiks

kak aida..rindu!

AM said...

Teringin nak pergi Pulau Kapal nie. Senibina bangunannya menarik! Tapi sayang dah ditutup. Kalau masih ada penduduk, mesti lagi best pulau nie. :)

aswadz said...

jom geng GBS, wat tour kat sini. kita camping. hehehe...

thomas said...

tempat yg best utk photoshoot

Adam Haiqal said...

tidak dijelaskan kenapa pulau ni dah tiada penduduk ye?

Ayie Abas said...

entry terbaik..aida...

punya nilai maklumat... ^__^

knpa syarikat mitsubishi mengarahkan penduduk kosongkan bandar tu?

bandar tu x selamat pasal apa?

x ke rugi biarkan saja aset2 pulau tu terbiar begitu saja?....ermmm

ayie tertanya2 sendiri...???

Nurul Husna Mohd Hassan said...

sayangnya dah takde penghuni..

Unknown said...

pulau buatan ke? mcm creepy je.. scary..

Azhafizah MN said...

ramai jugak ye dok pulau tu.kira padat jugak penduduknya.

Korn Ahmad said...

5ribu org dok kat pulau besar tu? mcm padat sgt2 jer......

eyqa said...

nape dh x de pnduduk?

dimas geel said...

wah itu bagus banget kalo di berdayakan lagi ya. sayang sekali tidak difungsikan seperti itu.

event ngeblog: menulis di blog dapet android, ikutan yuk!

Shida Radzuan said...

kalo GBS wat campg kat sini silap2 ngn korang2 lenyap ..hehee..

bagus story ni aida..xpyah nk google dah baca sni da de info :)

Eintan Nurfuzie said...

mm.. baru tau pulau ni wujud..

Diari Si Froggie said...

@leakedknowledge tu kira ok la copy paste pernah tgk.. aida langsung tak pernah tgk cerita tu. haha.. :P

Diari Si Froggie said...

@fadh leyanie tula bersesak2 kot.. huhu. memang scary marry :P

Diari Si Froggie said...

@caliph shuriken erkk.. haha.. cadangan yang bagus tu nanti aida usulkan pada pembuat movie eh.. :P haha

Diari Si Froggie said...

@Ibnuismaini Ismail tula kalau pandai edit memang akan nampak seram buat cover movie seram pun dah ok :)

Diari Si Froggie said...

@tirahzairi memang suka tgk pulau.. tapi kalau pulau gini banyak kali fikir gak kot. hehe.. bukan hilang tirah cuma pulau nie ditinggalkan :)

Diari Si Froggie said...

@azizah :) sebab dia sangat bernas ditinggalkan tapi tu la macam rugi je.. kalau buat pusat peranginan pun ok. :) memang tgh2 laut kot jijah.

Diari Si Froggie said...

@Kazen memang menarik pulau cinonet tu pun depa dapat buat satu bandar dan peradaban sendiri..

Diari Si Froggie said...

@chemay jom sambil photoshoot sambil bercuti ahakz..

Diari Si Froggie said...

@Diana Azis apakah something tu? misterius..

Diari Si Froggie said...

@O CIKTEDDY jom cik teddy kita buat bandar sendiri. haha.. auwww.. lama kot tak borak dengan cik teddy kan? kan?

Diari Si Froggie said...

@Arol Mubin jom kita buat konvoi ke pulau nie.. try bermalam 3 hari 2 malam. hehe.. tula mesti cantik dan mewah je.. tapi penduduknya bersesak2 kot.

Diari Si Froggie said...

@aswadz haha.. lagi2 aswadz kan? boleh lah honeymoon kat sini.. keh3.. :P selamat pengantin baru.. :)

Diari Si Froggie said...

@thomas wah..thomas tentu suka kan? :) macam2 angel menarik boleh dapat. hehe

Diari Si Froggie said...

@Adam Haiqal ada tu aida tulis.. pulau nie tak ada penduduk sebab sumber arang batu dah tak digunakan lagi, so sebab tu tempat nie ditutup.

Diari Si Froggie said...

@Ayie Abas tq ayie ^^ sebab tempat nie nak ditutup kerana sumber arang batu dah tak digunakan lagi. itu lah memang rugi sangat2.. kalau dibiarkan jadi pusat peranginan dah tentu masyuk. Ntah la ayie pengelola dia lebih tahu kot kisah2nya.

Diari Si Froggie said...

@Nurul Husna Mohd Hassan 1001 kali sayang.. hehe

Diari Si Froggie said...

@aisya pulau tu memang ada semulajadi cuma org jepun jadikan dia seperti satu bandar yg maju :) tula dah lama tinggal so scary..

Diari Si Froggie said...

@Azhafizah Md Nor sangat padat kot fiza.. pasal tu rumah tinggi2 banyak2 tingkat dibina.. memang sesak habis lah kot. hehe

Diari Si Froggie said...

@KorN memang padat gila2 kot korn.. ehehe..

Diari Si Froggie said...

@eyqa tempatnya sudah ditutup dear :)

Diari Si Froggie said...

@dimas geel ya dimas.. kalau diusahakan lagi tentu lebih bagus :)

Diari Si Froggie said...

@shida'R haha.. shida itu ngeri sangat tu.. tak jumpa jalan pulang.. ngee ^^ thankz shida.. aida pun tertarik dengan pulau nie tu yg nak share dengan yg lain2 :)

Diari Si Froggie said...

@eintan nurfuzie hehe... masih wujud hingga kini :)

Potia Casadelarossa said...

perghh!!! hebat... tu yg mudah jd bencana alam tu... yg x leh buat dia buat... byk ubah kejadian alam..pastu alam x stabil dan bertindak tanpa kita sedar... hmmm..

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me