April 1, 2012

6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (2)


6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (1)


1. Tertutup dahi ketika sujud

Soalan :
Sahkah sembahyang jika kita sujud lalu tertutup dahi, dan dahi tidak menyentuh sejadah?

Jawapan :
Tidak sah sembahyang kerana dahi adalah anggota sujud yang tidak boleh berlapik.

2. Balas  dendam dengan sembahyang hajat

Soalan :
Bolehkah kita sembahyang hajat supaya diturunkan bencana kepada seseorang?

Jawapan :
Lebih mulia kita mendoakan yang baik-baik untuk seseorang itu supaya diberikan hidayah oleh Allah.

3. Lupa membaca Tahiyat Awal?

Soalan :
Batalkah solat seseorang itu jika dia terlupa membaca Tahiyat Awal?
Jawapan :
Membaca Tahiyat Awal hanya sunat ab'ad, maka jika kita tidak melakukannya tidaklah membatalkan solat cuma solat itu kurang sempurna.

4. Pakai losyen ketika sembahyang

Soalan :
Sahkah sembahyang saya jika saya memakai losyen sebelum sembahyang?

Jawapan :
Jika kandungan losyen itu tidak diragui, sembahyang adalah sah. Tetapi jika sebaliknya sembahyang akan jadi tidak sah. Seeloknya tidak perlu dipakai semasa ingin mendirikan sembahyang, pakailah selepas sembahyang. 


5. Terbuka aurat ketika sedang sembahyang

Soalan :
Sahkah sembahyang seseorang itu jika auratnya terbuka dengan disedari olehnya?

Jawapan :
Terbatal sembahyang jika aurat itu dibiarkan terbuka tanpa menutupnya semula. 

6. Bersin ketika sedang sembahyang

Soalan :
Sahkah sembahyang seseorang jika dia bersin?

Jawapan :
Bersin dalam sembahyang tidak membatalkan sembahyang kerana bersin ini satu perbuatan yang tidak disengajakan. 

Islam ini mudah sebenarnya tetapi kita sendiri yang menyusahkannya

Sumber :
Buku Menjawab Masalah anda tentang ibadah
Ustaz Abu Salim Al Ahmadi


Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari manusia itu sendiri


30 comments:

Shazreena Shukri said...

jadikanlag panduan ni untuk menjadikan kita sebgai insan yg lebih baik..=)

ShahzCudin said...

bagus ni..

Anonymous said...

t.kasih ye..sis pun kdang pakai losyen n terus je solat..

CikTeddyCorner said...

kalo aurat terbuka tanpa sedar takpe la kan?hehe

Azhafizah MN said...

dah ada jawapan macam ni mudahlah kan.tak perlu nak ragu ragu lagi.^__^

C i k P i p i T e m b a m said...

selalu bersin time smbhyg.. haha..

Sweet Pea said...

tq...nice Info

Anonymous said...

dulu kan kawan mas pernah tanya ustazah pasal masa sujud tertutup dahi coz kene telekung, ustazah ckp leh.felik2.

terima kasih kak ^^

Journey of Youth said...

solat nie perkara asas dalam islam selepas akidah.islamnya kita diterjemahkan dgn ibadah spt solat sbg tanda ketaqwaan kita pd Allah.gud job dear in sharing this with others.insyaAllah dgn org lain baca n amal maka pahala yg x penah2 kamu sangka akan kamu perolehi di akhirat kelak...

Khuzrin Kamarudin said...

Wajib tahu. :D

Mish Eyryn said...

suke entry mcam nie..
saling mengingatkan :)

Unknown said...

tq info ni aida.. segalanya terjawab..

naiemah_ramli said...

terima kasih ats info ni aida ^_^

caliph shuriken said...

sharing is caring ^^

Saddila said...

ilmu baru :))

Diari Si Froggie said...

@Saya mEmang suka Menuliz:D amin.. moga2 juga :)

Diari Si Froggie said...

@ShahzCudin :) kongsi2 bersama..

Diari Si Froggie said...

@sis92 sama-sama sis.. tula tapi kalau kandungan ok, boleh je kan sis :)

Diari Si Froggie said...

@O CIKTEDDY tak sedar tak mengapa cik teddy nie kalau sedar tapi buat2 tak sedar tu ea la. hehe

Diari Si Froggie said...

@Azhafizah[フィザ] yup fiza.. nanti akak kongsi kan tentang hal lain pulak setiap hari ahad. hehe

Diari Si Froggie said...

@C i k P i p i T e m b a m sama la.. hehe.. lagi2 kalau tempat tu berhabuk habis la bersin saje.

Diari Si Froggie said...

@Cik Sweet Pea welcome sweet pea :)

Diari Si Froggie said...

@MaYa MustWany erkk.. ustazah tu kurang tahu agaknya. atau pun dia pelik cam ne leyh pulak tertutup dahinya. hehe..

Diari Si Froggie said...

@Journey of Youth betul tu dear.. solat tiang agama.. wajib buat, tapi kalau buat just sekadar memenuhi syarat itu agak susah sikit la. :) amin.. moga begitu juga.

Diari Si Froggie said...

@Khuzrin Kamarudin untuk yang kurang tahu :) hehe

Diari Si Froggie said...

@eyryn thankz eyryn.. sambil berseronok sesekali kena ingat jugak benda2 nie semua kan :)

Diari Si Froggie said...

@CikPuan Azizah sama-sama jijah.. banyak lagi nak kongsi nanti. :)

Diari Si Froggie said...

@naiemah_ramli sama-sama naiemah comey :)

Diari Si Froggie said...

@caliph shuriken saya memang caring caliph.. haha. :P

Diari Si Froggie said...

@Saddila :) sama-sama kita kongsi kan dila comey.

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me