April 7, 2012

6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (3)


6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (1)
6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (2)

Entri berkenaan dengan Islam akan dipublish setiap hari sabtu atau ahad


1. Batal wuduk kerana terpaksa sentuh lelaki ajnabi

Soalan :
Batalkah wuduk saya sekirannya saya terpaksa menyentuh seorang lelaki ajnabi?

Jawapan :
Terpaksa, tidak sengaja atau sengaja tanpa berlapik tetap membatalkan wuduk seseorang apabila tersentuh lelaki ajnabi dan hendaklah saudari mengambil wuduk semula.

2. Wuduk suami isteri bersentuh

Soalan :
Adakah batal wuduk saya jika saya tersentuh suami/isteri saya?

Jawapan :
Ikatan antara suami dan isteri itu tetap ajnabi sampai bila-bila, kerana itu kita boleh berkahwin dengannya maka jika kita tersentuh tanpa berlapik secara automatiknya wuduk saudara/saudari terbatal dan perlu mengambilnya semula. 


3. Wuduk seorang menantu dengan mentua

Soalan :
Batalkan wuduk saya jika saya bersalaman dengan mentua?

Jawapan :
Ikatan suami isteri adalah ajnabi, berbeza dengan mentua. Mentua dikira bukan ajnabi atau pun muhrim jadi jika saudari/saudara bersalaman dengan mereka dalam keadaan berwuduk ianya tidak terbatal.

4. Waktu terbaik qada sembahyang

Soalan :
Bilakah waktu yang terbaik untuk saya qada sembahyang?

Jawapan :
Secepat mungkin setelah tersedar, jika sembahyang bersendirian lakukan sembahyang qada dahulu baru sembahyang fardhu, begitu juga kalau qada terlalu banyak boleh dilakukan setiap kali selepas sembahyang fardhu.

5. Sembahyang memejam mata

Soalan :
Salahkah saya memejamkan mata ketika sembahyang supaya khusyuk?

Jawapan :
Hukumnya makruh kerana semasa kita memejamkan mata boleh jadi datangnya gangguan lain dalam fikiran.  Jika mahu mencapai khusyuk kita hanya perlu melihat tepat ke tempat sujud tanpa menoleh kekiri dan kekanan InsyaAllah hati akan mengingati Allah dan seterusnya fikiran.

6. Sembahyang menghadap gambar

Soalan :
Adakah berdosa kiranya saya sembahyang menghadap gambar?

Jawapan : 
Gambar bogel atau lucah adalah makruh hukumnya, tetapi jika gambar ini boleh menghilangkan kekhusyukan kita maka hukumnya haram. Jika gambar pemandangan atau tokoh yang menenangkan sehingga hati kecil kita mengagumi ciptaan Allah itu dibolehkan

Islam ini mudah tetapi kita sendiri yang menyukarnya
Sumber :
Buku Menjawab Masalah anda tentang ibadah
Ustaz Abu Salim Al Ahmadi

yang baik datangnya dari Allah yang kurang itu datangnya dari manusia sendiri


24 comments:

-meeSUPERGIRL- said...

mekasih sebab share :) yg tatau mee jd dah tauu . mekasih sgt !

Azhafizah MN said...

keraguan telah terjawab..thanks for share kak aida.

Dayang Deno said...

tie kasih sbb berkongsi :)

Shazreena Shukri said...

good info..bnyk yg reena tahu dr sini..

tirahzairi said...

gud job aida...keep it up...

#pengkritik tetap#

mrs eyza said...

nice info..

CikTeddyCorner said...

bnyk jugak yg cik bru tahu..bagus2 =D

Shida Radzuan said...

nice sharing aida..dah baca baru tau.. :)

shameel Iskandar said...

Terima kasih Aida. Benar skali. mengikut mazhab syafie- wuduk akan terbatal apabila berlaku pesentuhan antara lelaki dan perempuan ajnabi

zookdee said...

first visit

caliph shuriken said...

nice sharing ^^

Unknown said...

Hukum bersentuh dalam keadaan berwudhuk perlu penjelasan lebih lanjut supaya orang ramai faham. Keadaan terpaksa, dipaksa dan sengaja berbeza mengikut mazhab.

Diari Si Froggie said...

@-SUPERGIRL- sama2 dear kita kongsi ilmu sama2 :)

Diari Si Froggie said...

@Azhafizah[フィザ] welcome adik fiza comey :)Alhamdulillah..

Diari Si Froggie said...

@deno sama2 deno :)

Diari Si Froggie said...

@Saya mEmang suka Menuliz:D :) Alhamdulillah.. kita bantu membantu kan..

Diari Si Froggie said...

@TiraPengemis yeah!! good job..haha.. pengkritik tetap? alamak ai.. nasib dia tak kritik :P

Diari Si Froggie said...

@misz_eyza :) tq..

Diari Si Froggie said...

@O CIKTEDDY aida pun kalau tak ade buku nie banyak yg ragu2.. :)

Diari Si Froggie said...

@shida'R hehe.. tq shida sayam.

Diari Si Froggie said...

@shameel Iskandar sama-sama shameel.. yup betul tu. Automatik terbatal :)

Diari Si Froggie said...

@zookdee wah!! tq zookdee :) nanti aida datang sana juga.

Diari Si Froggie said...

@caliph shuriken :) tq caliph..

Diari Si Froggie said...

@Lee Al Peraki ikut mazhab memang banyak kot.. tapi lebih baik angkat wuduk baru :) tidak la was2 nanti..

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me