Penjara Pudu (1)
Antara kisah misteri yang berlaku di Penjara Pudu
Potret Misteri
Salah satu potret yang dilukis oleh banduan dibilik terakhir penjara pudu
Seorang bekas penghuni penjara pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu iaitu tentang potret misteri.
"Ia berkisar tentang seorang banduan akhir yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati"
"Dia seorang banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum menunggu hukuman dijatuhkan. Warden memberitahu, lampu dibilik sel itu akan terpadam jika dihidupkan dan potret itu akan nampak bercahaya seolah-olah hidup dan potret itu akan menangis apabila hari pengantunggan seseorang banduan itu semakin hampir.
Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad
Laluan yang menempatkan banduan-banduan
"Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara, malah banduan yang terlibat dalam jenayah ganas juga turut terdiam apabila melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan itu.
Pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail
"Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakam satu garisan putih yang panjang dan melengkung.
Pelakon dan juga Inspektor penjara pudu, Abu Bakar Juah
mendakwa melihat bebola api terbang di dalam kawasan penjara sebelum lenyap sendiri serta sebuah lori yang diletakkan dalam kawasan simpanan kenderaan penjara tiba-tiba bergerak sendiri
Antara penjenayah yang dihukum gantung sampai mati dan pernah menjadi banduan dipenjara pudu
Barlow & Chamber
Brian Geoffrey Chamber 28 tahun dan Kevin Barlow 27 tahun rakyat Australia menjadi rakyat asing pertama yang dihukum gantung sampai mati di penjara ini pada subuh 7 Julai 1986 kerana mengedar dadah di lapangan terbang Bayan Lepas pada tahun 1983.
Botak Chin ( Wong Swee Chin )
Merupakan penjenayah terkenal ketika ini kerana merompak orang-orang kaya untuk dibahagi-bahagikan hasilnya pada orang miskin. Botak Chin dihukum gantung sampai mati atas kesalahan senjata api.
Hau Tsui Ling
Seorang pelayan kelab malam rakyat Hong Kong, menjadi pesalah wanita pertama dihukum gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada tahun 1983 bersama-sama Barlow dan Chamber.
Mona Fandey
Mona Fandey juga pernah ditahan di penjara ini sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang pada 2 Nov 2001 untuk digantung.
Jimmy Chua
Banduan yang hampir melepaskan diri serta menjadikan sua orang doktor sebagai tebusan pada 17 Oktober 1986. Jimmy Chua ditahan atas kesalahan menembak mati seorang Konstabel Mohd Yasin Ismail pada 8 Februari 1984.
Lain-lain kisah
Khong Yen Chong menerima anugerah pelukis lukisan tembok penjara yang terpanjang didunia oleh Book of Guinness semasa beliau menjadi tahanan di penjara pudu sekita tahun 80an.
Gambar penjara pudu dari pandangan atas,
Kalau korang nak tengok gambar-gambar dan pengalaman mistik dipenjara pudu korang boleh ke blog
PENYINGKAP FAKTA tuan blog dia abam
Mazidul Akmal Sidik.
p/s : Hanya yang pernah bertugas dan menghuni sahaja tahu apa yang terjadi didalam penjara pudu ini. Dengar kata pintu gerbang penjara ini akan dibiarkan sebagai monumen sejarah :) jadilah..
53 comments:
tiba2 meremang pulak baca pasal penjara pudu ni.. hehe
terasa macam menonton dokumentari je, cuma yang beza kena baca...hehe
*kena tunggu lama nak loading, tapi takpe tunggu dengan sabar dapat info menarik :D
bole la aida jd anggota penyingkap fakta gak pasni. hehehe...
wah best jugak dengar pasal sejarah ni.. best!
yihaa dah update pun..
seram eden baca..sekarang jugak eden serang abam mazidul :D
Baru baca jer...tp da meremang,,.serammmm
dulu time sekolah rendah ade lawatan ke penajra pudu..
tp tak ikut pun..rs rugi pulak..hehehe
aku duduk kat Sarawak...tak pernah tengok penjara pudu, sekarang dah pun dirobohkan..kesiannya aku.
hoho kemain..afzal rasa macam baca mastika la aida :D ada gaya jadi wartawan :)
dunia penjara yang gelap.menakutkan!lagi lagi dengan kish misteri tu..serammm~
jadah cam seram aidaaaa???
penjara pudu memang terkenal dengan segala bagai cerita mistik..
suka baca ttg penjara pudu ni..
pnh dgr ttg cerita nampak kambing hitam..
ehehehe
wah seramnye...huhu
pernah lalu dekat depan penjare pudu, mmg seram. .
ok bulu rome pon da meremang. .
ayooo tak tayo seram aku baca ni tengah2 malam...
wah! best baca tentang penjara pudu ni. macam2 cerita. hehe
Takut pulak baca..
AIDA....
takot la plak baca nie...xmau lalu sana dah~ hehee
aida shia penah tgk video org kene sebat tuh adehhh..bila teringt vdeo tu rsa nk muntahh huhu..bsepai kot isi punggung dia huhu..
mmg banyak cerita tentang penjara pudukan?
malah kebanyakkan penjara adalah berhantu :)
@aisya hehe.. dah macam blog seram pulak ek?
@Aien Alien haha.. sadis sikit la sebab kena baca :P lambat ek? berat dengan gambar kot.. sory aien.
@aswadz InsyaAllah memang minat sejarah2 nie.. hehe.. penyingkap fakta kat blog jela.. :P
@CikPuan Azizah hehe.. aida pun teruja time baca tentang penjara nie.. banyak tak tahu rupanya.
@sis92
:) terima kasih sis92 sanggup tunggu ek.. pi serang pi blog abam mazidul lagi mistik :)
@JungRara alamak baru baca sikit dah seram nie..hehe
@Izzie alahai rugi lah izzie sekarang dah nak runtuh dah pun.. tak dapat lah tengok lagi. hehe
@yusuflaili(Goku) kesian jugak la..haha. tapi tak pe boleh tengok dekat gambar je :P
@afzalsukasuki baca mastika? haha.. boleh le buat buku nanti.. janji afzal beli ok je..haha :P
@Azhafizah[フィザ] betul2.. tapi ada yang suka duduk penjara =,=' makan free katanya..hehe
@xila riston haha.. ntah ape jadahnya seram2 :P
@Saya mEmang suka Menuliz:D yup betul tu.. biasa la tempat macam2 jadi kan..
@mie haha..kambing hitam tu lawak.. kelakar betul. :P
@Journey of Youth mana seram la Journey.. :P
@Syamira Yahya alamak..meh nak turunkan bulu roma yang meremang tu.. haha..
@PariPariPutih haha..alahai sis baru lah adventure :P
@hazfee hehe.. tq dear, tapi tak banyak info dapat cungkil :)
@Badrina Ibtisam baca la..baca la :P
@TiraPengemis ea tirah!! :) takut.. hehe.. bila lalu tu try2 la ingat citer2 nie.. :P
@shida'R memang takut kan tgk video tu.. kulit dia melekat kat rotan tu =,='
@gnesop poseng betul tu bro sop.. macam2 cerita ada.. penjara kajang pun ada dengar2 :)
~errr...mnyeramkan pulak..
eeee..seram la ceta ni sis.tapi berguna juga kan..
seraaaaammm , tempat2 mcm nie biasalah jadi tempat seramm :3
seram tgk wajah si mona tu...
@BlueiceButterfly hehe.. jangan seram2 nanti dia datang :P
@mommyYen yup sis,berguna untuk generasi kini :)
@alyn adnan tempat yg dah lama ditinggalkan dan macam2 peristiwa jadi kan :)
@caliph shuriken haha.. caliph jaga2 jangan tenung lama2 :P
Utk owner.. saya peminat tegar kisah2 penjara.kongsi la banyak lagi. Terima kasih.
Utk owner.. saya peminat tegar kisah2 penjara.kongsi la banyak lagi. Terima kasih.
Post a Comment