Assalammualaikum & Selamat Sejahtera
Kali nie Aida nak kongsikan beberapa petua.
Semua petua dibawah yang Aida senaraikan nie semuanya Aida sendiri pernah cuba, setakat nie Alhamdulillah semuanya menjadi. Korang nak cuba pun boleh.
1. Kuku cantik dan berkilat
Bawang Putih
a. Ambil seulas lepas itu kupas buang kulitnya
b. Tumbuk dan sapu pada kuku
c. Lakukan 3 kali seminggu
Ubat Gigi Colgate
a. Picit ubat gigi Colgate ke atas sehelai kain
b. Gosok pada kuku
c. Lakukan seminggu sekali
2. Segarkan Mata yang letih
a. Sapukan minyak zaitun disekeliling mata sebelum masuk tidur
3. Menghilangkan ketuat
a. Ambil pelepah betik
b. Sapukan getah dihujung pelepah betik pada ketuat
c. Biarkan ia kering, lakukan sampai ketuat luruh/hilang sendiri
4. Bibir Pecah
a. Bancuh air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa
b. Minum dengan perlahan-lahan selepas itu biarkan ia selama beberapa jam sebelum
minum dengan minuman lain
5. Tumit Pecah
a. Gosok tumit kaki dengan belimbing buluh
b. Biarkan beberapa minit sebelum berus tumit dengan berus lembut
c. Amalkan sebelum mandi sehingga tumit tidak pecah lagi
6. Merahkan bibir
a. Sapu hampas halia yang ditumbuk pada bibir, lakukan setiap hari
b. Ambil ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur
7. Menghilangkan sakit kepala
a. Ramas beberapa helai daun sirih ke dalam air
b. Basahkan kepala dengan air daun sirih tadi dan picit kepala perlahan-lahan selama 15minit
P/s : Setiap apa yang ada didunia ini semuanya diciptakan oleh Tuhan dengan 1001 kebaikan dan keunikan
29 comments:
thanks for the info!
ubat gigi bersifat asid dan akan menghakis....
petua mak nenek yang mujarab ^^
time ksh ats petuanya.. :)
mish nk try yang mata letih tu la...sebab mata mish lebam sangat kat bawah tu. huhu
bgos la petua ni, nk try la trutme kuku (kuku saye hodoh, huhu). .hehe, time kasih kak untk petua ni :)
amboiii....bukak kelas ke skunk?
hihi...
kalau pakai ubat gigi safi boleh jugak tak?
nice info syg :)
hamboih, ketuat! eee..
byk tips boleh try nih nt..tq..
Uwah! santeknya kuku.hikhik,penah buat yg sapu bawang putih tu.Tp 2,3 kali buat da benti.Langsung tak buat lagi sampai skunk.hehe
waa..petua yang bagus,tq sbb kongsi aida :)
Thanks for the info !
Nak try . hehe ^.^
hye:) lompat lompat sini
@infinity.enstein welcome infinity :)
@Azmi Khan benar tu, bahan kimia kan.. kalau tak nak cuba yang tu better guna yang bawang tu :)
@Azhafizah[フィザ] hehe..InsyaAllah mujarab :)
@LadyBird sama-sama :)
@najihah sahami try la mish..mata kalau letih memang timbul mata panda tu. hehe. InsyaAllah boleh dihilangkan. :)
@Syamira Yahya petua zaman dahulu2..hehe. try la syamira. Sama-sama :)
@TiraPengemis haha..yup kelas tarian tak lama lagi bukak, sila2 lah daftar. :P
@Balat boleh tu memang boleh, tapi agak kurang berkilat sikit lah berbanding colgate.
@shida'R hehe.. terima kasih shida sayam :)
@AYIE ABAS ya ke ayie? bagus petua zaman nenek2 kita nie kan. :)
@ShahzCudin haha..aida sendiri pernah tumbuh ketuat kat hujung jari telunjuk, tapi Alhamdulillah lah bila sapu getah betik tu dia kurang sedikit. try2..hehe. welcome :)
@zareliqa afiqa hehe..tu dia pakai pengilat kuku..lor awat berhenti buat.
@::♥~naiemah_ramli~♥:: sama-sama naiemah :)
@Sally Yatiey welcome.. try la sally :)
@ستي نور فريحة oh!!! terima kasih kerana melompat ke sini :)
Post a Comment