November 1, 2012

Kisah Hotel Tinggal - Casuarina Inn, Taiping


Cerita penuh dari entry Rabu Yang Bisu #32 
Misteri misteri (sambil geleng-geleng kepala yang tak gatal) dari kisah Mimaland ditinggalkan tak bertuan kepada satu lagi kisah hotel yang tiada pengunjung. Hotel nie terletak di Taman Tasik Taiping, Perak. Orang Taiping mesti tahu kisah hotel nie kan?



Casuarina Inn dahulu adalah sebuah rumah rehat kerajaan British dalam lingkungan tahun 1974 sebelum kerajaan Perak ambil alih dan dijadikan sebuah hotel budget, mempunyai 24 bilik standard dan 2 bilik untuk family. Hotel Casuarina Inn ini juga lengkap dengan facilities lain serta menjadi bonus, kerana dekat dengan tempat-tempat menarik seperti Lumut, Pulau Pangkor, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan sebagainya.


Gambar yang menunjukkan Casuarina Inn sebelum dijadikan hotel

Melalui pelbagai cerita tentang pengalaman pengunjung yang pernah bermalam di hotel ini, keadaannya memang sangat creepy dengan design bangunan lama bercirikan british itu. Dan kini hotel ini telah ditutup sepenuhnya dan ditinggalkan begitu sahaja. 

Papan Tanda

Meh kita layan beberapa gambar sebelum dan selepas keadaan hotel ini dari sedang beroperasi hingga ditutup kini. 

Dewan Makan

Semasa sedang beroperasi

Selepas ditutup

Receptionist

Semasa sedang beroperasi sekitar tahun 1989

Selepas ditutup

Bilik Penginapan


Semasa sedang beroperasi


Selepas ditutup

Bangunan Luar Penginapan

Semasa sedang beroperasi


Selepas ditutup

Bangunan Luar Receptionist

Semasa sedang beroperasi

Selepas ditutup

Ok tu je gambar untuk korang cuci mata.. so creepy tak? creepy sebab lama dah ditinggalkan, sebelum nie lawa je kan? ada nilai sejarah sikit bangunan dia. Sebab hotel nie tutup ikut cerita ada yang mengatakan pihak pengurusan tak larat nak tampung kos penyelenggaraan 
(alasan yang sama didengar setiap kali hotel ditutup atau hotel kelihatan 'huduh')
lepas tu ada yang kata 'berpuaka' disebabkan cerita-cerita dari mulut ke mulut tu tak ramai yang nak pi hotel nie, so pihak pengurusan pun rugi dan terus tutup, sebab terakhir banyak hotel-hotel best dah bukak so tenggelam timbul lah Casuarina Inn nie. 

Kalau korang nak tengok lebih banyak gambar seram korang boleh pergi sini aida pun banyak cedok gambar dari site depa :


ataupun korang boleh tengok secara video di you tube oleh 
kumpulan paranormal yang sama jugak :


sebenarnya tak lah seram sangat tak lah ekslusif sangat saja nak sembang gebang dengan korang semalam :P
P/s : Kalau ada yang nak pi melawat Taiping tapi tak ada tempat nak menginap, semua full book, ataupun nak kan tempat yang adventure tak ada gangguan free pulak tu boleh pi try Casurina Inn nie.. siap-siap bawak bantal dan tilam sekali. 
Bila google tempat nie terpandang Taman Tasik Taiping.. ok tempat dia sangat-sangat cantik, ah! masukkan dalam list tempat bakal diterjah (berangan memanjang)

Full Kredit :
3. Jelly Merah Blogspot (gambar/cerita asal)
4. Life is Great (gambar/cerita)



49 comments:

Unknown said...

muhun cik aida kita ni banyakkan kisah-kisah creepy keh keh keh... >..<

mmg menyeramkan nak pulak dekat gambar depan tu.. sejibik mcm rumah ju-on :P

Unknown said...

cm seram ja eh...

jemput join segmen
http://cikzaniff.blogspot.com/2012/10/segmen-kau-yang-ku-sayang_31.html

Zyra Roxx said...

huhu kat penang pun byk bangunan lama tinggal, tingin nk pi eksplor tp takut disampuk :3


cambest tp creepy, sheeshh cemna tu?

Unknown said...

serammm....

kucing hitam said...

betul2..kot2 lah semua dah full book boleh la menginap dekat sini..>_<

iAmCekbolat said...

wewwww >,<

Ooh Deo said...

sayangnya, tempat tu cantik, plus tu tempat/bangunan lama, kalau dibangunkan smula sure ramai dtg. Kenalah pandai, kalau tempatnya pun dh strategik..hurm..

Karya Hati said...

ada lagi satu hotel kat ipoh pulak. dengar cerita satu bilik tu tak dibenarkan duduk..tak pasti hoetl mana..

Unknown said...

sayangnyaaa....
bagus roboh je, buka pusat bangunan baru..

Unknown said...

tak silap akak kat batu pahat pon ada hotel casuarina...pon haunted jugak! pegi hotel ni mmg quite menyeramkan la....lagi2 kalo pernah ada kes kat situ..!

Unknown said...

sayang betul laa aida...

bangunan yg punya nilai sejarah mcm tu berakhir dgn sedemikian rupa...terabai dan terbiar...mereput menunggu runtuh...

x ada mana2 pihak yg nak baik pulih ker?

ayut said...

hahaha..aida ni..suh duk hotel ni pulak..saje tau...klu mlm dtg ni mau meremang kot..hohohoho..xmauuuu!

Anonymous said...

awat banyak kali bukak tutup?

NIA SI DRUMSTICK said...

nsb bek xbc ksh ni mlm2..haaa
1989 thn kt lahir..hehe

Badrina Ibtisam said...

Elok sgtla sy baca post ni di malam jumaat ni kekeke. mmg creepy lah kak...nnti bykkn post mcm ni eh! xp

Shida Radzuan said...

errr...tergama gue...gue sndri ga tauk nih...gimana nih....

Unknown said...

sayang kan.. bangunan dah cantik tp terbiar. bangunan lama tu, ada nilai tersendiri.. huhu

Unknown said...

kalo cerita area perak mmg byk tmpt seram..Dok PULAPEN (pusat latihan jbtn penjara pun byk tempat seram) apatah lagi Penjara Taiping..kalo tmpt lain,byk lagi seram..nmpk suasana kat Taiping pun seram..

♥ Nana BamBam ♥ said...

ouh.. chalet tinggal la ek...

ingat ade kes pecah umah ke ape..huhu

boni kacak said...

dah agak da..betul sangkaan saya sebelum ni...ehehehe

Unknown said...

sygnyaaa bangunan cantik tapi terbiar...rugi2...

fyna said...

errrr...fyna tengok je dah seram... *kelip2 mata*

gnesop said...

Syg ka?
Tp tu lah hotel ada buka dan tutup. Byk yg ambil alih dan sebagainya. Jika x ada yg ambil alih last2 terbiar.

Kalau kekal sampai hari ini mungkin klasik kan?

Potia Casadelarossa said...

tak lah menyeramkan sgt.. tp klu gambar usang klu di closed up... tak seram jadi seram... aida skrg dah mcm seeekers dah... hari tu cerita pasal villa tinggal... perghh mmg sumber inspirasi amy la...

Potia Casadelarossa said...

tak lah menyeramkan sgt.. tp klu gambar usang klu di closed up... tak seram jadi seram... aida skrg dah mcm seeekers dah... hari tu cerita pasal villa tinggal... perghh mmg sumber inspirasi amy la...

Korn Ahmad said...

korn cadangkan pasni kalo ade event ape2 kita buat kat sini dan bermalam di sini... perghhh.. baru la adventureousss sangat....

Diari Si Froggie said...

@paripariputih creepy dan crispy.. krap3.. hahaha.. ju on hantu legend tu mama..

Diari Si Froggie said...

@Cik Zaniff memang seram kalau pi sengsorang.. hiks.. tq zaniff ajak join.. InsyaAllah aida terjah dan cuba join :)

Diari Si Froggie said...

@Zyra Roxx penang eh? nak try google jugak la story kat sana.. haha. kan? takut bila sampai sana je tak jadi nak masuk :P cam best kan? pemandangan dia kot best..

Diari Si Froggie said...

@miz ruha seram suram sunyi dan sepi.. hehe

Diari Si Froggie said...

@MarliaMarble ha kan? idea bernas tak.. jadinya tak payah pening2 nak cari :P

Diari Si Froggie said...

@CekbOlat-bOlat wiuuuuu!!

Diari Si Froggie said...

@azstory ha kan az? tu la sayang sangat2 ada nilai sejarah pulak tu kat situ.

Hazmin Hamudin said...

Mesti banyak sangat saingan dengan hotel-hotel lain dekat area tu ni.

Nurul Husna Mohd Hassan said...

seram tengok bangunan2 yang kena tinggal ni..

Mia Liana said...

seram juga tempat ni....

aswadz said...

bila tgk gmbr tuh, xde la creepy mana pun. malam tu mgkn nmpk creepy la (bangunan tinggal mana2 pun bila belah malam, akan nmpk creepy kan). tp kalo gi belah siang, x nampak menakutkan pun.

Unknown said...

hrmm... baru dengar pasal hotel ni.

Unknown said...

hrmm... baru dengar pasal hotel ni.

Diari Si Froggie said...

@Hazmin Hamudin tula rasanya macam tu jugak la Hazmin.. sebab tu dia tutup. :)

Diari Si Froggie said...

@Nurul Husna Mohd Hassan tahu xpe husna, rumah ada org pun kalau duduk sorang2 boleh jadi seram.. hehe. nie kan kalau dah memang tinggal.

Diari Si Froggie said...

@Mia Liana seram sebab malam je tu sis mia.. hehehe :P

Diari Si Froggie said...

@aswadz yeah!! betul2.. pasal malam pastu tak ada org pulak bertambah2 creepy nya.

Diari Si Froggie said...

@steffany daph hehe.. hotel tak berapa nak popular dah steffany :)

mama lynn said...

aida, sgt la berani kan nk bermalam kat sini

Diari Si Froggie said...

@lynn kamarul haha.. aida ke kak? memang tak lah kak.. :P

Anonymous said...

Ak ngn mber pnah masuk 2 kali dalam sana,first saja lalu,n lepak kejap.then ada bunyi cm ada bnd yg besar jatuh..tapi itu jam cuma berdua ngn kwn ak..cadangnya nk pegi tgk,tp kalu nk kne guna otak,skurang2nya kena ada num ganjil kalu nk usha,kunk kena sampuk kawan aku,pgg pisau pulak mati ak,kalu bertiga sorg sampuk ada 2 lg bckup..then xpuas ati pye psal,kteorg kumpul 7 org masuk dlm sana bwk camera try record..tp xdpape la,alhamdulilah,tp ad something yg cantik dalam tu,msa ak g tingkat dua ada 1 pkok bsar kt tgh2 hotel tu,penuh dgn kelip2..cantik sgt wlaupon hotel tu usang..sekian..kalu rasa nk ckup brani,sila ke tempat yg rare cuba ke flat usang belakang MRSM(berdekatan swimming poll bukit larut) n kalu terlebih brani silakan ke burmise poll(batu hampar) utk bermalam,sb dua tempat n sampi satu tahap kami xbrani bergerak sendri dan terpaksa berkumpul stempat ramai2,dan dlm masa ramai2 tu tak ada sorg pon terkecuali yg nampak perempuan melintas sungai tanpa pijak air danhilang dalam celah2 pkok gelap..kalau rasa ni cerita dongeng,sila cuba sendri,insyallah dgn izin tuhan..dan itulah kem terakhir kami buat sb kami masih rasa bertuah sb xada sorg pon diantara kami pernah dirasuk,kalu dirasuk xtahu lah..silakan:)

adiparadi said...

Assalamualaikum. Nama sy Ida. Sy pernah membesar d kwsn ini sekitar 1960an ia itu sebelum ia d robohkan. Bangunan colonial yg asal adalah yg ade tiang besar2 d hadapan Hotel Cassuarina tu sahaja. Hotel itu d bina kemudian yg asalnya d namakan Rumah Rehat Taiping. Ia menjadi tumpuan anggota2 kerajaan melepaskan penat selepas bermain golf atau beristirehat bersama keluarga d hujung minggu. Sy juga pernah menjadi waitress d situ semasa menunggu result MCE sy keluar. Tempat itu sgt cantik pd waktu itu dan boleh d katakan yg terindah d Taiping..sekitar 1977. Kini segalanya telah lenyap d telan arus pembangunan.. begitu juga dgn Batu Hampar @ Burmese Pool..dulu begitu ramai pengunjung dan banyak tempat utk bersantai. Air sungainya jernih dan dlm...sekarang sungainya semakin cetek..huhuhu. Taiping..bandar ku tercinta...rindu nak bermastautin d sana semula....

Unknown said...

Tu la syg je

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me