June 21, 2012

KISAH DAN AMALAN BULAN SYAABAN


Hari ini iaitu 21 Jun 2012 bersamaan 1 Syaaban 1433 Hijrah, pejam celik pejam celik dah masuk bulan syaaban. Sempena bulan syaaban tahun ini aida nak share apa cerita dan kelebihan disebalik bulan ini yang kadangkala kita kurang mengambil tahunya. 

Syaaban bermaksud : bercerai-berai/berpuak-puak/berpecah-pecah kerana pada bulan itu masyarakat Arab terpaksa berpecah-pecah untuk mencari air disebabkan kemarau yang panjang.

1. Malam Nisfu Syaaban

"Telah datang Jibril a.s pada malam nisfu syaaban dan berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit"

Soal Nabi Muhammad SAW kepada Jibril a.s : "Hai Jibril apa ertinya malam ini? Dia (Jibril a.s) menjawab : "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka akan permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, orang-orang yang suka mengadu domba, dan orang yang memutuskan tali persaudaraan sehingga mereka bertaubat barulah Allah mengampuninya"
Nabi Muhammad SAW mendengar kata-kata Jibril a.s itu terus baginda mengerjakan sembahyang serta menangis memohon supaya Allah memberi perlindunganNYA. 

2. Penukaran Arah Kiblat
Sebelum perintah solat diwajibkan, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis, pada ketika inilah kaum yahudi mempersendakan umat Islam kerana meniru agama mereka. Sehingga pada 15 Syaaban Allah SWT telah mewahyukan agar Nabi Muhammad SAW berkiblatkan Baitullah Kaabah

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Bani Mustaliq salah satu puak kaum yahudi yang telah merancang ingin membunuh Nabi Muhammad SAW, peperangan itu berjaya dipatahkan oleh tentera muslimin. Sebahagian dari kaum Bani Mustaliq telah berjaya ditawan termasuklah puteri pemuka Bani Mustaliq iaitu Barrah. Saat ini ramai Bani Mustaliq telah memeluk Islam dan terpadam segala dendam permusuhan dua kaum ini. 

Amalan-amalan yang boleh dilakukan di bulan Syaaban :

1. Memperbanyakkan puasa sunat seperti dijelaskan bahawa Rasulullah SAW gemar berpuasa sunat dalam bulan syaaban. 

"Didalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa berpuasa selama tiga hari permulaan dan akhir syaaban maka Allah SWT mencatat pahala 70 Nabi, atau  seperti orang yang beribadat sepanjang 70 tahun dan apabila ia mati ditahun itu ia akan mendapat pahala mati syahid"


2. Banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat keatas Allah SWT dan Rasulullah SAW. 

"Sabda Rasulullah SAW "Barangsiapa yang mengagungkan bulan syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT serta menahan diri dari perbuatan maksiat maka Allah SWR mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya didalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit"


3. Bertaubat dan beristiqhfar

Sabda Rasulullah SAW : "Manakala masuk bulan syaaban, sucikanlah dirimu dan perbaiki niatmu"

p/s : Salam syaaban marilah kita menuju kearah kebaikan :)

49 comments:

Unknown said...

ni la masa nak buat bonus utk bekalan kita diSANA nanti... insyallah... ^^

afzalsukasuki said...

nice sharing aida :)

♥ Nana BamBam ♥ said...

Subhanallah...

banyak sejarah dalam bulan sya'ban nie...semoga bulan sya'ban mendapat rahmat dari Allah SWT :)

iya said...

thank you share this.
ingat diri ini semula :)

Dayang Deno said...

info yang bagus :)

Pwincess said...

Seronok baca. Thank you shared =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/aku-penat-jadi-athlete.html

Shida Radzuan said...

nice info aida..baru tahu nih :)

Craziest Photo Collection said...

“There are two ways of constructing a software design: One way is to make it so simple that there are obviously no deficiencies, and the other way is to make it so complicated that there are no obvious deficiencies. The first method is far more difficult.

Ana Fatihah said...

Salam Syaaban..Sedar xsedar dah xsmpai sbulan nak masuk Ramadhan.So,ni mase tuk kita siap sedia n practise utk tgkatkan amalan.I.Allah,sama2 kita beramal. :)

nurul hidayah said...

semoga dipanjangkan umo utk menjalani puasa ramadhan

Unknown said...

TAK SABAR TGGU RAMADHAN TIBA..NAK BERIBADAT DGN BERSUNGGUH2..^_^

Norfarrahiza Binti Md. Darwis said...

Pengisian yg menarik.. Syukran..^^

Eintan Nurfuzie said...

lepas ni PUASA.. niyang ditunggu2

caliph shuriken said...

arigatou utk en3.. nice sharing ^^

Ros said...

Salam ziarah....

Anonymous said...

Tq Aida ...wir suka...

Unknown said...

Subhanallah... pengisian yg sempurna aida.. tq share ni :)

Unknown said...

muhasabah diri :)

http://encikcopypaste.blogspot.com

Khai_Sol said...

tq untuk info ni.. Sabar menunggu ramadhan di bulan syaban ^_^ #penguin is so awesome ,right? Cam katak jugak =)

Anonymous said...

ya Allah.. sedih pula baca.. Nabi Muhammad saw Kekasih Allah pun menangis memohon perlindunganNya, inikan pula kita sbg manusia biasa..

thanks for the info..

♥ sitifarhana ♥ said...

sme2 la kita kumpul sebanyak mana pahala dibulan syaaban ni..:)

Diari Si Froggie said...

@PariPariPutih kan sis.. berebut2 lah kita laksanakannya :) sementara umur masih panjang nie.

Diari Si Froggie said...

@afzalsukasuki thankz afzal :)

Diari Si Froggie said...

@♥ Nana BamBam ♥ Amin.. moga2 hendaknya.. :)

Diari Si Froggie said...

@gebot welcome gebot :) yup sama dengan diri aida juga.

Diari Si Froggie said...

@deno thankz deno ^^

Diari Si Froggie said...

@Nurulee :) aida pun seronok dengar ramai yang seronok baca entry nie.. Alhamdulillah..

Diari Si Froggie said...

@Craziest Photo Collection :)

Diari Si Froggie said...

@ana fatihah salam syaaban :)Amin.. moga2 hendaknya.. sama2 kita beramal.

Diari Si Froggie said...

@Siti Nurul Hidayah... Amin.. :)

Diari Si Froggie said...

@Bui Junaidi Alhamdulillah niat sis Bui baik tu.. InsyaAllah pasti berjaya. :) good luck sis..

Diari Si Froggie said...

@Nur Farra trimas Nur Farra :)

Diari Si Froggie said...

@eintan nurfuzie hihi.. suasana nya best :)

Diari Si Froggie said...

@zana trimas :)

Diari Si Froggie said...

@caliph shuriken arigatou gozaimazu.. hik3.. (ntah betul ke idak ntah)

Diari Si Froggie said...

@Ros salam kenal dear :)

Diari Si Froggie said...

@Laman Asmara,Alam Maya Wir suka aida pun suka :) ngeee..

Diari Si Froggie said...

@azizah :) welcome jijah.. sama2 kita berkongsi :)

Diari Si Froggie said...

@leakedknowledge betul tu encik copy paste :P

Diari Si Froggie said...

@Cik Penguin_Solehah moga dipanjangkan umur :) haha.. dua2 awesome ok. :P

Diari Si Froggie said...

@ÏŸ Zeera AzZahra kan dear.. rasa kita terlalu bongkak dengan dunia ini.. welcome :)

Diari Si Froggie said...

@♥ sitifarhana ♥ moga2.. amin.. :)

tirahzairi said...

nice....hihi

nananiena said...

thanx sharing =)
info yg bemanfaat..

mama lynn said...

info yg sgt bagus

Diari Si Froggie said...

@tirahzairi trimas tirah :)

Diari Si Froggie said...

@nananiena welcome dear.. masrilah sama2 berkongsi maklumat :)

Diari Si Froggie said...

@lynn kamarul hihi.. thankz mama lynn ^^

Unknown said...

tak sabar nk tggu nisfu sya'aban :)

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me