Tembok penjara yang dibina pada Februari 1891 telah siap pada ogos 1892
dianggarkan bernilai RM 15,360,90 diperbuat dari batu bata yang dilepa dari British.
Blok pentadbiran dan dapur yang masing-masingnya bernilai RM 28,700.00 dan RM 3,775.0. Bagi blok pentadbiran menempatkan Pejabat, Pejabat kerani, Stor, Bilik Pemeriksaan, dan Bilik Pengawal dan dapur pula menempatkan sebuah stor dan bilik timbang yang direka bentuk menyerupai dapur Pauper Hospital.
Sebelum bangunan utama menempatkan banduan siap dibina, lima bangunan sementara disediakan bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan utama pula bernilai hampir RM 84,886.00 mempunyai 240 bilik setiap blok setinggi 3 tingkat dan dipisahkan dengan tembok pagar berkunci siap dibina pada Mac 1892.
Blok D adalah blok yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung seramai lebih 180 orang banduan telah menjalani hukuman gantung sampai mati di penjara ini bermula pada tahun 1960.
Penjara ini yang pada asalnya hanya memuatkan 600 banduan telah dinaiktaraf dan berjaya memuatkan lebih 2,000 banduan dalam kadar muatan selesa untuk satu masa, tetapi pada tahun 1985 penjara ini mencatatkan jumlah banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 banduan dalam satu masa dan keadaan ini menyebabkan banduan terpaksa bergilir-gilir untuk tidur.
Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini adalah dari Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang dengan pelbagai kategori iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup/hayat. Pada tahun 1985 berlaku satu tragedi iaitu penawanan Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Aziz Abdul Majid selama enam hari oleh banduan reman diketuai Jimmy Chuah.
Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu pesat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang menyimpan 1001 kisah dan tauladan ini akhirnya terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan dan penjara baru di Sungai Buloh sebagai pengantinya.
Kolam untuk banduan mandi
Sekarang penjara pudu dalam proses menyembah bumi kot, sayang dibiarkan roboh salah satu sejarah bernilai buat negara nie.
Ikuti kisah misteri penjara pudu pada next entry nanti :)
Sumber : Google Image, Jabatan Penjara Malaysia
44 comments:
banyak sejarah tentang penjara ni..kisah mistik lah..nice info form u..=)
penjara pudu yg penuh misteri..tp sayang, tinggalan sejarah ini tidak mampu dikekalkan...
suka entri ni.. sbb Hana suka entri berbaur misteri bangunan :) menunggu entri yg seterusnya ;)
sayang kan kena roboh , huhu. kalau tak leh seekers p situ. hakhak... tp seram woo klau lalu situ.
salam;
Sayang seribu kali sayang...mestikah sebuah pembangunan memerlukan pengorbanan.
sayang dh kena roboh ..tk sabar nk baca next suka2 :)
owg ckp pnjara pudu ad hantu . betol ke ? haha
kalau lalu kawasan penjara pudu ni, mesti bulu meremamng taw
syg kena roboh kan...leh tak leh ada tinggalan sejarah..
emm ada ktm lalu atas/bawah penjara pudu ni kan aida?
seribu satu misteri..mcm2 ade ceritanya kat situ
ntah, kalau buat museum tu laku la kot. dah la mmg di kawasan yg mmg tumpuan orang. pelancong mesti akan tertarik kan. hmm
seram gua.
bagus lah entri ni aida..kdg2 kite xsedar sbnarnye dalm negara kite mlysia ni byk sejarahnya :)
~menarik..rmai yg xthu..:)
hari ini dalam sejarah nih...aida.
ayie dulu suka tgok lukisan mural kat tembok penjara pudu nih... :D
nice sharing info
x ramai tahu tentang penjara pudu ini
jika dibiarkan pun x elok juga sbb mmg sejarah ttp sejarah kurang elok :)
pendapat Sop lah.. heheh
baru tahu bentuk sebenar penjara pudu..tinggalan sejarah ni...Syukran Aida...kongsi info ni...
mse nak pegi gath hr tue...tirah jalan lalu sini la...hehee
banyak sejarah dan misteri penjara pudu ni.sepatutnya tak perlu dirobohkan sebabnya kalau dibangunkan dengan bangunan lain pun belum tentu berjaya dan tak akan menyumbangkan pada ekonomi negara.tempat tu kan keras macam batu..biarkan dan jaga sebagai salah satu sejarah dah OK kan.
mungkin ada yg merasakan penjara pudu tidak gagah untuk berdiri bersama-sama berjaya times square. harap supaya tinggalkan sikit tanda yang menunjukkan lokasi penjara pudu utk pengetahuan generasi akan datang
Rasa seram jek bila tengok dalam gambar. Bagaimanalah agaknya perasaan kita kalau berada dalam Penjara Pudu tue? Uiks!
diera pon da byk dgr cita pasai penjara pudu.
seram sejuk sgt
grrrrr~
@Saya mEmang suka Menuliz:D yup memang banyak kisah tentang penjara pudu ini.. tapi kisah mistiknya sikit pulak..
@gummybear tu la alangkah bagusnya kalau dapat dikekalkan semuanya.. :( walaupun tempat nie tempat yang nilai kebaikannya tak ada..
@Haruno Hana 하나 :) kisah mistiknya tak banyak pun haruno.. tapi ada la 2-3 jugak story :)
@C i k P i p i T e m b a m haha.. seekers pun tak nak pi kot.. group lain dah pi dah.. tau xpe lagi2 kalau lalu tepi pagar dia..huhu
@yusuflaili(Goku) ntah la yusuflaili.. patut dikekalkan dan dibaikpulih.. lama dah kot bangunan nie. 100 tahun..
@sis92 hehe.. ok next!!! :)
@-SUPERGIRL- haha ntah.. tapi serius sangat seram dalam dia..
@Cik tikah ehehe.. lalu dekat tembok pun dah cukup seram.. :)
@CikPuan Azizah itu lah jijah.. sayang betul dirobohkan tapi dengar kata just pintu utama ditinggalkan.. a'ah lalu atas dia..hehe
@ZORA yup zora macam2 tapi tak banyak pulak bila google..huhu
@aisya betul2.. boleh jadi salah satu sumber kewangan negara kan? huhu
@shawn razaleigh haha.. seram la sangat shong oi
@shida'R :) selalu lalu kat sini tapi tak pernah terpikir nilai sejarahnya.. bila nak roboh baru terpikir :P
@BlueiceButterfly betul dear termasuk la tuan blog nie..haha
@Ayie Abas hehe.. dah macam tv1 pulak.. a'ah lukisan dia semua melambangkan keinsafan.. :)
@gnesop tula aida pun kurang tahu sejarahnya.. betul tapi sayang kot nak sebab dia berusia lebih 100 tahun..
@C'Jai bentuk X.. hehe.. tq C'Jai..
@TiraPengemis hehe.. lalu tepi temboknya.. separuh dah kena roboh :(
@Azhafizah[フィザ] haha tempatnya keras macam batu.. ntah la fiza UDA holding nak bina jugak kot.. tak pe la ada pintu utamanya pun memadai..
@eLL betul2 setuju dengan ell.. tapi memang mereka tinggalkan pintu utama penjara ini sebagai monumen sejarah.. kalau tak silap.
@Arol Mubin uih.. tak mo le bayangkan.. mesti terseksa sungguh.
@diera_nadiera ulalaaa~ banyak kisahnya.. dari mistik dan kisah banduan.. nanti aida try update sedang menyiapkan entry pasal ne jugak. :)
Post a Comment