February 28, 2011

SEMUANYA PASAL DUIT

February 28, 2011 0 Comments


Dgn sekeping kertas nie macam2 boleh jadi...hebat btol kertas nie kan? ajaib ke hape? 

Lagi-lagi zaman moden cm skrg...sume nye perlu kan kertas nie. Xde kertas nie mmg xhidup lah nmpk nye.

Tapi pasal kertas nie lah macam-macam terjadi..pernah terpikir x ape yg terjadi? 

Kalau korang sedar lah kertas nie menjadi penyebab kepada :

1.   Rasuah
2.   Penceraian
3.   Curi
4.   Rompak
5.   Bunuh
6.   Penipuan
7.   Lupa Daratan
8.   Derhaka kepada kedua ibu-bapa
9.   Berlagak
10. Bergaduh
11. Sombong
12. Gila
13. Kedekut
14. Gila Kuasa
15. Hati Busuk
16. Tidak Solat
17. Ketepikan perkara Halal
18. Benda Haram menjadi pegangan
19. Bunuh diri
20. Tidak bersyukur
21. Lalai
22. Tamak
23. Memandang rendah pada orang lain
24. Membazir
25. Lupa kepada YANG MEMBERI REZEKI
26. Bermusuhan
27. Mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain
28. Jual diri

Ala baru 28 tapi boleh lah dikire banyak kan?? kalau nk difikirkan lagi mmg byk..silap2 xtido dibuatnye.  

Kang kalau boikot kertas nie naya hidup...so nk x nk kne lah gune gak, tapi gune sambil beringat-ingat lah..sebab tu ada setengah org cakap bia hidup sederhana dari hidup mewah, takut lupa asal usul plak..
Al-maklum lah kesan negatif terlalu banyak...

Bagi yang hidup mewah tu jangan lupa pada yang atas, bersyukurlah atas rezeki yang diberiNYA dan ingt2 lah org yg susah dibawah ini yang memerlukan bantuan..

Bagi orang susah plak jgn berputus asa..usaha lah sedaya upaya..InsyaAllah rezeki masing-masing mesti ada. 

February 27, 2011

WAJIB ATAU FESYEN

February 27, 2011 0 Comments
PENUTUP KEPALA@TUDUNG@SELENDANG..

yup bnde2 diatas 2 korang mesti tau kan?? tipu kalau x tau..xbaik wooo...

Kalau korang perasaan zaman sekarang banyak orang jual tudung..ade macam2 tudung, fesyen syria lah, selendang lah, lebar lah, bulat lah, kuncup lah haish..macam2 lah. Tapi memang cantik2 kan? nice n sweet g2...nampak sopan dan kemas...

Fesyen begini boleh dikatakan 'DIGILAI' kaum hawa di malaysia ini tak kire lah di bandar mahupun di luar bandar..majoriti beb!

Lagi-lagi dikalangan remaja dan wanita yang berumur diantara 30 ke bawah...macam2 bentuk die org gayakan. Lilit sane, lilit sini, pin sane pin sini...

Dan kini ramai kaum adam memuji, manis nya melihat wanita melayu bertudung, sopan nye wanita bertudung itu, cantiknya dia dengan tudung nya itu, berseri wajah wanita bertudung itu, wanita begini lah boleh buat isteri, sejuk mata memandang wanita macam ini...Ha!! mcm2 lagi lah ayat 'MEMUJI' yang kuar..malas nak taip banyak2 nnt takut kaum hawa terasa 'TERAPUNG2' plak.

  


Dengan itu kini ramai wanita dan remaja memilih tampil dengan imej bertudung litup...walaupun yang dahulunye tidak bertudung kini sudah bertudung..Alhamdulillah...manis rupanya.

Bertudung kan diwajibkan dalam Islam...rambut wanita adalah sebahagian dari aurat yang WAJIB ditutupi supaya tidak terlihat oleh kaum adam...BERDOSA nnt.

Tapi kini, bertudung telah di jadikan trend atau fesyen bukan kerana niat ingin bertudung ingin menutup aurat..

Korang pernah terpikir tak? orang yang bersikap BERPURA-PURA dalam bertudung ini tak rasa bersalahkah...kecantikkan perempuan hanya untuk orang yang berhak keatasnya.

Niat nak pakai tudung....

- Waa! cantik gak aku ngn tudung ini, esok aku nak pakai pergi kerje@sekolah@universiti@kolej. Conferm ramai yang pasti memuji aku....Tet! perasan....
- Muke aku nampak berseri lah pakai tudung nie..nanti ramai lah terpikat. muahaha...
- Baik aku bertudung xde lah org kate aku minah rempit ke minah senget ke...huh! slmt dh lepas nie..
- Ala..nie kan fesyen...kne ikut peredaran zaman lah. cittt...konon ikut peredaran zaman..
- Sejak aku pakai tudung nie ramai plak yg minat n puji aku cun..Uwekkkk

Semua tu mesti pernah terlintas lam hati korang kn? tipu ah xpernah sebab saya yg xcun nie pon pernah terpikir g2..haha

sebenarnye semua tu x mendatangkan PAHALA pun...DOSA lagi ade, pakai tudung bukan niat nk menutup aurat tapi utk menjadi TATAPAN UMUM..atau mengikut fesyen. yelah x lah nnt dikatekan KUNO...

Yang itu segelintir je bukan lah majoriti...ada yang niat btol2 nk berubah..Alhamdulillah...bersyukur mendengarnye. Kalau ikut sudut positif nya mmg bagus sbb ramai dh yg bertudung..klo bukak kedai tudung mmg laku zaman nie...berbanding zaman dulu kedai saloon yang top ten..

sebagai contoh seorang kawan baik ku dulu die x bertudung kini sudah pon bertudung...MasyaAllah mmg cantik n manis orgnye...boleh lah dibuat 'ISTERI' selepas nie..kalau korang x percaya nie lah pic nye :



ape macam comey kan? kan? saya tabik dan 'respek' dia sebab dia btol2 nk bertudung...

Doa saya semoga dia sentiasa bertudung, dan diberi kerahmatan hidup...amin!

kalau nk baca luahan hati die tentang pengalaman first time bertudung boleh tgk di blogs dia iaitu



nak bertudung nie biarlah dengan seikhlas hati, bukan ikut orang atau pun terpakse pakai...x mustahil esok lusa tudung ntah ke mane....lagi satu Islam mengajar kita hidup BERSEDERHANA so kalau nk bertudung tu harus lah menjaga tingkah laku supaya ianya sederhana dan sesuai dgn imej bertudung anda. Jangan lah bertudung tapi aurat di bahagian lain terbuka. Pakai tudung punye cantik dh tup..tup pandang bawah uh x sanggup nk cakap...MALU!!!

renung2 kan...

APABILA MATA MELIHAT

February 27, 2011 0 Comments
Hari ini saya telah ke Kuala Lumpur iaitu bandar yang tak pernah sunyi itu..bagi yang tak pernah pergi mmg tak tahu lah keadaan Kuala Lumpur nie. Tadi saya just jalan di Plaza GM, Jalan TAR dan sekitarnya.

Orang di situ macam-macam ragam, macam-macam bau pon ada gak..hanyir, hangit, masam, masin, huh! kalau wat perfume belum tentu 'LAKU' agaknya.

Muka?? memang pelbagai muka lah, ada yang macam cina, india, melayu. maksud saya contohnya orang melayu muka macam cina, orang melayu muka macam india, orang melayu muka macam melayu...eh memang lah melayu muka cam melayu. Apa-apa pun di situ nampak lah 1 MALAYSIA nya.

Perangai plak lagi macam-macam, ada yang panas baran...bila kita jalan lambat sikit or berhenti sekejap secara tetiba mula lah ada yang mengeluarkan bunyi 'hoi!!' 'isshhhh' 'huh!' or ada yang sound tempek je 'agak lah nk berhenti pon' x pon 'gile lembab jalan cam kura-kura'. ada yang masam, kite senyum macam nk tertanggal gusi die orang buat 'bodoh' je..ada yang xboleh ditanya, bila kita tanya dia orang dah naik angin macam gajah naik minyak..terutamanya 'si jurujual'.

Budak-budak remaja plak..MasyaAllah merata-rata ada, ha budak-budak remaja plak lain aktivitinya tau, die org nie suke berpeleseran di tangga2 shopping complex, tepi2 jalan, stesen bas, train or tempat yang mereka rase sesuai untuk melepak. Bukan ada keje pon..just lepak2 bual2 kosong, hisap rokok, terkinja sane terkinja sini. Menyemak ade lagi...

Yang atas jalan raya plak, sibuk memanjang... Pon sane Pon sini... Tin sane Tin sini... bunyi hon bersepah2.. pencemaran bunyi tol dibuatnye. Asap kenderaan berkepul2 sane sini..melayang ke udara..yang manusia kt bawah tukang sedut, pokok pon dh x larat nk tapis asap2 tu.

Yang tu dengan mata kasar kalau mata halus ha cite nye lain plak..

Masuk satu kedai yang jual manik-manik kristal dan rantai-rantai kristal...sume cantik-cantik rambang mata dibuatnya. So pas dh pilih rantai mane yg sweet n smart bile pakai, scr automatiknye kita akan try, test, tgk utk pastikan ianya btol2 sesuai. Baru nak masuk kat leher ade suara tibe2 je tego 'xboleh cuba yea rantai tu, tkot putus kang susah plak nak bayar' errkkkk!! tercekek saya mendengarnya. Tawar sudah hati ini untuk membelinya.

Semasa saya jalan-jalan untuk ke destinasi seterusnya..saya di tegur oleh emak yang menyuruh saya memandang kebawah. Saya pon pandang lah rupanya ada satu handset disitu, saya pon ambillah dan tunjukkan kepada dua orang perempuan disitu. Belum sempat cakap apa-apa salah seorang perempuan itu terus menyambar handset ditgn saya, dan melihat saya penuh curiga..aikkk! jgn fikir saya yang ambil sdah lah.

Sepanjang itu dapat lah saya menyaksikan SHOW FREE..pakwe n makwe, ahli nyah2 sedunia sedang berlangsung. Ah..paham2 sajalah. kalau tgk lama2 pon x lalu. Terasa malu...

Yang paling saya tak tahan tu dalam toilet di bangunan 'TUT' (harus dirahsiakan) budak-budak remaja yang saya agak berasal dari Indonesia kerana cara bercakap nya ala-ala Indonesia...sedang menulis didinding toilet terbabit. Antara ayatnya MALINGSIAL...PENG CLAIM BUDAYA KAMI...MALINGSIAL PEMALAS..MALAYSIA MALING NO 1. Yang membuatkan saya tergelak dan tersenyum..mereka mengutuk MALAYSIA tapi mereka masih ada di MALAYSIA. Maybe ini dinamakan budak-budak mahu membesar..

Nak naik bas plak, pemandu bas tu asyik nak berlumba..kononnya xnak bg kawan dia potong bas 'buruk' dia tu..so disebabkan die nak berlumba die xsedar penumpangnya dh terlepas port utk berhenti..dua kali lah penumpangnya itu membunyikan loceng tanda 'memprotes' tindakan si pemandu. Tapi sebaliknya plak yang berlaku..pemandu bas menyalahkan si penumpang dgn alasan LAMBAT MEMBUNYIKAN LOCENG...

Hahahaha...ini lah kota raya ku kota Kuala Lumpur

Macam lagu KOTARAYA KU...

*Melalui pemerhatian saya, tidak semua yang saya senarai kan diatas berperangai begitu. Cuma SEGELINTIR sahaja yang mengamalkan sikap TIDAK MATANG.

Apa-apa pun saya BANGGA dengan MALAYSIA!!

Nak diikutkan hati saya memang LANGSUNG x berminat nak ke Kuala Lumpur nie..ntah apa yang best pon xtau lah. Maybe kalau ade kepentingan baru lah terasa best kot. Ngeh3 =P

February 26, 2011

INSYA ALLAH

February 26, 2011 0 Comments
Serius first time dengar lagu INSYA ALAAH by Maher Zain nie terasa hati sedih je nak nangis, lagi-lagi kalau korang hayati lirik dan video clip dia ini. Bait-bait lagunya amat menyentuh hati saya. Bukan lagu ini sahaja sebenarnya yang saya suka, boleh dikatakan kebanyakkan lagu dia saya minat.

1. Awaken
2. For the rest of my life
3. BarakAllah
4. Open your eyes




Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Percayalah tiada tuhan melainkan ALLAH S.W.T yang menciptakan seluruh makhluk yang ada di bumi ini. Kepada nya jua kami meminta pertolongan. Dan percayalah ALLAH S.W.T tetap akan bersama mu walau dimana dan apa sahaja keadaan mu, yakin lah kepadanya kerana dia maha mengetahui apa yang tersirat mahupun tersurat.

*Nak tanya sikit apa yang korang faham tentang video clip tersebut?? 
meh cite meh...

February 25, 2011

ULAT BULU BERATUR

February 25, 2011 4 Comments
Peristiwa ini memang aneh..tapi benda nie mmg betul-betul terjadi di KRUGER, NATIONAL PARK, SOUTH AFRICA.

Sebanyak 136 ekor ulat bulu beratur rapat sepanjang 17 kaki, menyebabkan para pemandu kenderaan yang melalui jalan ini berhenti selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat bulu tersebut.


Ulat-ulat bulu ini dikatakan ingin berpindah dari tempat ianya menetas menuju ke belukar di seberang jalan sebelum berpecah membawa haluan masing-masing sementara bertukar kepada rama-rama yang cantik.


Tindakan ulat-ulat bulu ini beratur panjang telah menyelamatkan mereka dari dilanggar kenderaan. SubhanAllah...

Itu lah dia bukti kekuasaan ALLAH iaitu pencipta setiap makhluk di bumi ini yang masing-masingnya mempunyai keistimewaan.


February 24, 2011

ANDA TAHU RAHSIA LOGO YAHOO!

February 24, 2011 4 Comments
Maybe ade yang tahu ape rahsia yang bakal saya beritahu ini...kalau dah tahu pon peduli ape saya, sebab bagi orang yang xtahu dah tentu dia nak tahu. So pada yang sudah tahu sila angkat kaki.

YAHOO! hari2 saya search guna enjin carian ini, tapi xnampak ape2 pon keajaiban mahupon kelainan di situ..agaknye sejak tahu gune internet g xpernah tahu n x pernah nk amek tahu. Mmg ptot lah xtau...

klo nk tahu 20 sen!!!
dermakan sumbangan ikhlas anda ke tabung2 masjid berhampiran..

Try click link nie http://www.yahoo.com/ dan click pada TITIK di bawah tanda seruan (!) pada logo YAHOO! tersebut..contoh bergambar :




*pastikan SOUND SYSTEM anda sedang beroperasi, dilarang meng 'MUTE' kan sound anda kalau tidak
memang ianya x menjadi.

So??

apa jawapannye? unik x? best x? bagi orang yang susah nk tido boleh lah tekan berulang kali, xpon sesuai bagi org yg sememangnya tgh x ada KERJA..click lah sampai terasa bosan.

Tak ruginya belajar ilmu yang baru..bertambah juga pengetahuan..

February 20, 2011

DIA SEORANG BUDAK NAKAL

February 20, 2011 0 Comments
Dia seorang budak nakal..

kenal pon masa dia sibuk mengenakan fasi
sebelum2 nie xpernah nampak n perasan pon die nie
macam mana boleh rapat ntah sampai hari nie

Dia seorang budak nakal..

mula-mula kenal xlah berapa tahu
lama-lama kenal terlebih tahu
rupanya manje tapi ganaz tau

Dia seorang budak nakal..

sokmo ngadu perut lapa 
tapi makan xde selera
kalau perut sakit itu perkara biasa

Dia seorang budak nakal..

xsah kalau sehari x kacau
kalau x dia saya plak yang kacau
sebenarnya dua2 kaki kacau

Dia seorang budak nakal..

ske mandi lewat2 malam
bila sakit dada x boleh nk tahan
i2 pon dia kata bukan sbb ske mandi malam

Dia seorang budak nakal..

baca novel mesti habiskan
'feel' lebih imaging jangan
pas baca pasti berangan

Dia seorang budak nakal..

xsuke dan geli pada haiwan berbulu
alah dan anti pada bulu lah tu
nasib lah pink panther nye x ada bulu

Dia seorang budak nakal..

memang pelik kalau dia dengar cakap
nasib lah punyai kesabaran yang mantap
mana x nya asyik di 'pangkah' setiap kali bercakap

Dia seorang budak nakal..

selalu anggap dunia ini penuh kepayahan
banyak dugaan dan rintangan
cuba lah menempuhinya dengan kesabaran

Dia seorang budak nakal..

berfikiran jauh di usia muda
banyak idea dan rancangan di minda
Hope nanti termakbulah apa yang diminta

Dia seorang budak nakal..

kalau xpaham dirinya siapa
jangan cuba berkata-kata
nanti takut menimbulkan marahnya

Dia seorang budak nakal..

yang berjiwa telus selalu membantu
sabarlah jika tiada yang menghargai bantuanmu
kelak semua terhitung tanpa disedari oleh mu

Dia seorang budak nakal..

sebolehnya apa saja dia lakukan
bia lah ianya mendatangkan kebaikkan
baru lah hidup sentiasa dalam kegembiraan

Dia seorang budak nakal..

walaupon dia nakal dia tetap adik kesayangan ku
sentiasa menemanimu jika jalan berliku
InsyaAllah di beri kerahmatan dalam persabatan yang jitu

Dia seorang budak nakal..
Dia seorang budak nakal..

tapi sangat comel untuk dilepaskan....

LOVE U so much..

Special for 

'BUDAK NAKAL'

7 KEISTIMEWAAN SANG LELAKI

February 20, 2011 0 Comments
1. Lelaki punya meja kerja bersepah.
  • Lelaki ini memang seorang yang BEKERJA KERAS.
   Perempuan punya meja kerja bersepah.
  • Perempuan ini memang PEMALAS tengok lah mejanya. 
2. Lelaki tidak ada di meja kerja.
  • Bekerja di luar kawasan lah 2..bagus nye!!
    Perempuan tidak ada di meja kerja.
  • Sah2 lah 'mengular'..ntah2 pegi midvelly..karok ke ape, x pon tgk wayang. trok tol!!
3. Lelaki sedang berbual bersama kawan di meja kerja.
  • Ada projek besar agaknye 2...xpon cite pasai bisnes baru menambahkan pendapatan.
    Perempuan sedang berbual bersama kawan di meja kerja.
  • Hoi!! suda2 lah 'ngumpat' 2..banyak keje berfaedah laen yang bole dibuat. Menambah dosa je keje.
4. Lelaki berpakaian kemas dan kelihatan 'macho' di pejabat.
  • Smart tol brader nie ea..pandai die jaga penampilan untung dapat brader nie.
    Perempuan berpakaian kemas dan kelihatan 'cute' di pejabat.
  • Eleh! gedik ah 2..perasan lawa..muke mcm 2 sape yg nk..saje ah 2 nk nunjuk2.
5. Lelaki dinaikkan pangkat.
  • Haruslah orang rajin seperti dia..
   Perempuan dinaikkan pangkat.
  • Bodek bos boleh la..
6. Lelaki bagi arahan.
  • Baik!! akan diikuti
    Perempuan bagi arahan.
  • Bising macam mak nenek...
7. Lelaki tido atas meja kerja.
  • Sian die keje 24 jam agaknya smpai tertido dibuatnye..
    Perempuan tido atas meja kerja.
  • Dasar perempuan btol lah..orang soh wat keje die boleh tido plak.

Hahaha...perempuan asyik negatif je erk? ape saje perempuan buat pasti di 'boikot'..

Perempuan2 jangan mara, sabar ea..ini hari, hari lelaki...esok hari, hari perempuan pulak...
siap lah lelaki oiiii....

APA KATA HATIKU?

Hatiku berkata perempuan ke lelaki ke masing2 ada sifat keunikannye. Setiap dari mereka mempunyai fungsi yang berlainan. Bersyukurlah...



February 19, 2011

MASJID SULTAN OMAR SAIFUDDIN

February 19, 2011 0 Comments
Hari ini kita belajar sejarah pula ea kawan-kawan...

Anda pernah dengar nama masjid ini?

Bagi sesapa yang pernah dgr, saya ucapkan SYABAS!! Bagi sesapa yg pernah pegi lagi la dgn berbesar hati nye saya ucapkan TAHNIAH!! dan sedikit memek muke jeles sbb saya sendiri pon xpernah pegi..pada yg xpernah pegi jgn isau kite geng ea.

First time saya tgk gambar masjid nie satu ayat je terkeluar scr spontan di hati saya...SUBHANAALLAH!! cantik sungguh masjid nie. Lagi cantik kalau manusia sentiasa memenuhi perkarangan masjid ini, xlah hanya dijadikan moment dan perhiasan dunia saje tanpa ade fungsi ape2..

Disini saya ada beberapa info mengenai masjid ini iaitu Masjid Sultan Ali Omar Saifuddin :

- Masjid ini terletak di Bandar Seri Begawan iaitu ibu negara Brunei
- Masjid ini telah diiktiraf sebagai masjid 'TERUNIK' di Asia Pacific
- Masjid ini telah dijadikan salah satu mercu tanda bagi Brunei
- Menjadi contoh senibina moden Islam
- Dinamakan sempena nama Sultan Brunei yang ke 28
- Siap dibina pada tahun 1958
- Ia menjadi simbol umat islam bagi Brunei
- Kubah utama diperbuat dari Emas
- Ketinggian menara adalah 44m dan mempunyai sistem lift didalamnya
- Dari puncak menaranya kita boleh nampak pemandangan seluruh ibukota Bandar Seri Begawan
- Marmar pada bahagian dalam masjid ini diimport khas dari luar negara

Kalau baca je xdapat nk bayangkan rupa masjid nie kan..so mcm base saya akan sertakan gambar yang saya ambil dari beberapa laman web.






Apamacam cantik kan masjid nie?? terpukau mata dibuatnye.. kalau xpuas lagi leyh la try tgk video die plak. 



Memang indah masjid nie, senibinanye yg melambangkan senibina Islam amat membanggakan. Siapa kata Islam mundur..lihat!!! indahkan??

February 17, 2011

SENYUM..TAK PERLU KATA APA-APA

February 17, 2011 2 Comments
1.01PM

APA ITU SENYUMAN??

Senyuman 2 senyuman lah 2 pon nk tny lagi, xde soalan yg mencabar lagi ke? Budak kecik pon tau jawab...

Kalau otak korg mcm nie la kan sure mase exam BM korang siap cepat an? ialah bile soalan tanya apa itu maksud sesedap rase dalam petikan diatas...korg jawab sesedap rase 2 sesedap rase la. Pemeriksa kertas korg 2 mesti ase tercabar yg teramat sgt la pas baca ayat korg 2, depa ase mcm nk pi terjun bangunan ja. Kalau dh 'stupid' 2 mmg 'stupid' la..org soh blaja die pakat maen nie la balasan nya.

Anak-anak kesayangan sume xmo tiru semacam org nie ha? nnt nyesal seumur hidup..mak bapak hantaq pi sekolah blajaq la sungguh2 nnt besaq leyh jadi PM negara kita no...

Senyuman adalah satu reaksi muke melambangkan keseronokan dan kegembiraan ada juga tgh geram pon depa senyum. Jangan pelik plak korg pon ntah2 base g2..kn? kn?



Cube korg tgk monyet nie pon ske ha..senyum hampir terkeluar gigi nye..cube korg wt gaya mcm nie sehari sekali memadai, bukan setakat kurus je awet mude g2..tapi jgn wat di khayalak ramai ea takut di sangka 'GILA' plak..



Opocot!! ingt alien mane la td. Manis btol senyuman lu der...wa respek same lu la..ha korg tgk walaupun muke 'der' nie cm gnie tp die tetap nk senyum, so ape korg malu2 nk senyum..senyum je lepaskan tok sah thn2. (Tapi kalau muke korg mcm 'der' kt atas nie sebolehnye kawal la sikit memek muke 2 kang mati terkujat plak sape yg tgk) 

Eh..eh awat korg senyum nie...ha kn comey senyum mcm 2. APA!!!! korg xsenyum uh nmpknye korg mmg susah nk senyum la cm g2...baik korg senyum sementara mulut korg masih ada. 


KELEBIHAN SENYUM :

  • Senyum adalah satu sedekah
  • Senyum boleh membuatkan org sedang mara reda kemarahannye (kalau sebaliknye dinasihatkn bukak la langkah seribu)
  • Senyum juga boleh membuatkan hati sedih kembali ceria
  • Senyum boleh melurutkan dendam
  • Senyum adalah satu senaman mulut yg menguatkn abdomen, sistem pernafasan, dan muke
  • Senyuman membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru
  • Senyuman membolehkan para lelaki dan wanita 'cair'
  • Senyuman menjadi kan anda seorang awet muda
  • Senyuman menjadikan diri anda sgt disenangi dan disayangi

    * Banyak g impak kebaikan dari senyuman ini..tapi kadang2 senyuman ini juga mendatang kn bahaya. senang cerite senyum bia lah bertempat. Kalau nk dibanding kesan baik or buruk senyuman ase nye kesan baik lebih banyak dari buruk..

    Sesape yg xpernah nk senyum 2 sila2 lah senyum ea..mmg xrugi langsung la..pada sesape yg ske senyum n memberikan senyuman anda 2. Oh anda mmg seorang yg sweet mcm lolypop. Teruskan dgn sikap anda i2. 

    SYABAS!! 

    bukan syarikat SYABAS erk..


    Jom layan lagu SENYUM-MALIQUE FEAT NAJWA






    February 16, 2011

    PABILA MAKCIK 'TENSION' DATANG MENJENGAH

    February 16, 2011 0 Comments
    Saya paling x suke kalau makcik 'tension' nie dtg..dh la tanpa dipelawa, masuk pon xbg salam. Mmg la xpyh ssh2 nk wat air, nk masak cucur ke ape..ahhh! pokoknye saya mmg xske la kalau die dtg.

    Selalunye die dtg tetibe je..kalau dtg 2 biase2 xpe la nie x dtg bawak segala mslh skali, sampai saya sendiri pon xterkata ape2. So time2 mcm nie saya suke mendiamkan diri nak soh makcik 'tension' bla mmg ssh la kn. Tapi bile kite melakukan beberapa aktiviti yang boleh membuatkan makcik 'tension' bla dgn sendirinye sangat2 la berpuas hati...

    Bagi saya lah saya suke lakukan aktiviti seperti dibawah ini untuk 'menghalau' makcik 'tension' :


    • Pandanglah lihat lah...lalalala~ tgk 2 awan cantik kn? sbb 2 saya suke tgk awan sbb dpt menenangkn diri, picture nie saya amik time saya btol2 tgh tension td. Lokasi : kat depan rumah je..siap tgk roket lalu lg 2. 


    • Ini mmg pemangsa saya no 2...kalau cik putih nie xde xtau la saya nk cari mane pemangsa lain yg serupe ngn die. Saya suke gomol cik putih sampai die mara..siap kua bunyi aooooo....eh bukan bunyi siren or bunyi itik la.. pas dh puas gomol, cik putih nie mesti penat ha ape g time nie la kite leyh manje2 gedik2 ngn die... saya start la bercakap ngadu nasib dgn cik putih. Cik putih nie paham tau die akan kuyukn mate die tanda die sedih skali kot, perasan erk ntah2 cik putih bosan 'apelah yg tuan aku dok merepek nie labu'...ape2 pon kalau cik putih xmo dgr saya nk bckp gak..ckp..ckp dan terus berckp.


      • Haha..yg nie ayam ea..ayam. no..no..bukan kambing. haish! saya cakap ayam ok ayam!!!! tmpt nie d hadapan rumah akk saya no 3. Kalau tgk ayam2 kt sini mmg rase best sbb ayam2 nie ske 'ngecek' or mintak makan, sampai bertolak2 mcm penunjuk perasaan plak. Releks ah ayam2 jgn ah bertolak2 cube beratur baru nmpk berdisiplin sikit.


        • Port last sekali saya akan bg mkn ikan2 kat kolam seperti dalam blogs saya yg lepas.


        • Dan SOLAT adalah jalan terbaik menenangkan diri serta sekaligus dapat mendekatkan diri kite kepada Tuhan yang maha esa. InsyaAllah..

          Terima Kasih kepada :

          • WWW.ISUHANGAT.NET

          Hatiku berkata kalau diri sedang mengalami tension or stress jangan la terlalu memikirkannye, sbb kalau terlalu memikirkannye hidup kite x stabil..nk wt keputusan pon cm pyh. Lagi2 jerawat plak naik..uhhh!! tidak!!! sebaiknye carilah jalan utk meringan kan ke tensionan dalam diri anda. 

          Jangan biarkan hidup anda diselubungi TENSION!!

          SI PENGUTIP SAMPAH

          February 16, 2011 0 Comments
          Di petang yg cerah lagi panas ini..nk share sedikit pengalaman tentang satu pekerjaan yang mulia dan HALAL tetapi sering dianggap hina dikalangan masyarakat. Tapi bagi saya x la sehina org yg melakukan kerja HARAM.

          Pengalaman ini saya 'pungut' ketika saya menjadi kerani di sebuah syarikat swasta yang menjalankan projek kutipan sampah, kirenye syarikat nie menjadi sub-kont pada Alam Flora Sdn Bhd la..Dari situ baru saya sedar kerja SI PENGUTIP SAMPAH...

          Bak kata org lama 'kau xbelajar tinggi2 apa nk jadi ha?? kau nk keje KUTIP SAMPAH ke??' sian SI PENGUTIP SAMPAH x pasal2 disebutnye, tapi xpe sekurang2nye POPULAR g2 tau. Tapi ayat 2 x rase mcm seolah2 martabat SI PENGUTIP SAMPAH nie HINA btol.

          Dulu saya juga memandang rendah pada mereka, tapi sekarang dh tgk dgn mata kepala sendiri secara automatik nye perasaan insaf muncul, dgn i2 juga saya telah mengubah semua persepsi saya terhadap mereka.

          Saya tau ramai yang tidak tahu tentang kerja-kerja kutipan sampah, so disini saya ingin berkongsi sedikit info dari pengetahuan saya..

          Kerja-kerja kutipan sampah ini bukan sepenuhnya dilakukan Alam Flora Sdn Bhd tetapi mereka memberikan separuh tugas mereka kepada anak-anak syarikat yang dilantik untuk melakukan operasi kutipan sampah nie mengikut kawasan  yg ditetapkan.

          *contoh jadual tugasan yang telah ditetapkan sendiri oleh syarikat dan mendapat persetujuan dari Alam Flora Sdn Bhd :




          ini jadual yg telah direka dan tetapkan serta mendapat kelulusan. So pas dh dpt jadual nie lori sampah 'HARUS' mengikut kawasan dan masa yg telah diberikan dgn 'TEPAT', jika berlaku sedikit kelewatan sengaja atau x sengaja perjalanan jadual nie boleh terganggu. Dengan 'RASMI'nya panggilan di syarikat mencapai tahap busy apabila ramai penduduk 'memberi ayat cinta' kepada kami. Mmg jenuh melayan...

          perbualan dengan PENGADU

          Kami : Hello! Selamat Petang (kalau dh petang la) syarikat ............... disini bercakap. Ada sebarang pertanyaan atau bantuan?
          Penduduk : Hello!! ha nk 'ngadu' nie...asal sampah berlonggok?? kelibat lori pon xnmpk? tido ka??
          Kami : Maaf boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana??
          Encik Samy : Sini Samy (bukan nama sebenar) bercakap...apa cite nie sampah? (sampah die panggil aku cittt)
          Kami : Ok En.Samy boleh saya tahu kawasan mana?
          Encik Samy : Kawasan perumahan dot..dot..dot..
          Kami : Ok terima kasih encik diatas aduan ini, kami akan mengambil tindakan segera. 
          Encik Samy : Ok..ok..sama2. itu sampah sudah busuk bla..bla..bla...(Sempat lagi membebel)
          *Paham2 lah apa kami cakap supaya Encik Samy berhenti bercakap.

          tot..tot..tot

          Perbualan dengan SI PENGUTIP SAMPAH

          Kami : Hello!! Samir (bukan nama sebenar) ada dimana?
          Samir : Ada di bla..bla..bla...
          Kamii : Ok saya ada terima aduan tentang satu tmpt nie blom dikutip so nnt Samir kutip skali. Terima Kasih Samir, Selamat Bekerja.

          Mcm 2 la keje kami seharian kalau ada aduan la, kalau xde 'aman' la sekejap. 



          Tgk gambar diatas nmpk mereka bekerja? xnmpk 2 xtau la nk kata ape..melainkan Sibuta. Kalau korg nmpk lori yg besar mcm 2 nama die 'Kompektor' so lori nie akan amek sampah xkire btk, jenama, bau, warna mahupon saiz...kecuali sampah kebun..ape itu sampah kebun?? sampah kebun its sampah daun, ranting, kayu, batu-bat, etc.. kalau tgk sampah kebun depan rumah korg x dikutip 2 jgn call syarikat yg menggunakan lori ini ea. 

          Sampah kebun dikutip oleh lori yg bernama 'RORO' tadi 2 nama die 'KOMPEKTOR'..yang nie gmbr si 'RORO' 


          diambil dari foto Media.my

          yang nie roro..gambar lorinye xde la plak. Ala cuba bayangkan tong biru nie atau roro nie ade dibelakang lori yg saiz nye macam lori air batu or lori angkut ayam kt pasar 2..Ha dh bygkn? g2 la lori RORO...Saiznye lebih kecil dari KOMPEKTOR.

          Selalunye bila sampah mereka full mereka perlu ke Pusat Dumping untuk timbang berat sampah..dan memunggah sampah tersebut utk diproses atau dilupuskan dan balik semula ke lokasi jika sampah blom abeh dikutip..

          *Nie resit Dumping 



          Kalau korg nk tahu gaji SI PENGUTIP SAMPAH nie beh kurg RM 1,200.00 sebulan. Rasenye lebih tinggi dari segelintir kita yg duduk di pejabat. Bagi si pemandu lori plak RM 1,500.00 sebulan. Jangan pandang rendah pada mereka tau...

          Sebenarnye banyak lagi bnde menarik tentang mereka nie...nanti cite panjang2 bosan plak kan. 

          Pesanan kepada yang bakal buat aduan tentan mis collection :

          - Diharap korg bersabar sbb lori akan lalu di kawasan rumah korg 2 cume maybe terlewat sikit je. Kadang2    
             Pekerja nie g makan ke, minum ke, solat ke, toilet ke kn.  Sian depa tau..

          *Terima kasih kepada :
          • Media.my 
          Terima Kasih kepada SI PENGUTIP SAMPAH jasa mu TETAP KU KENANG. 

          February 15, 2011

          BAHAYA SHISHA ATAU HOOKAH

          February 15, 2011 0 Comments
          SHEHA?? SHASHA?? bukan2 2 nama org laaaa...yg nie SHISHA lah ape daaa...pernah dgr SHISHA?

          Harus lah pernah kn..jadi lah kalau penah dgr tp x penah lihat. Tapi wajib kene lihat, tkot kang disalah erti plak btknye. Shisha nie bentuk mcm bola ke? ular ke? rokok ke? nnt imaging yg mcm2 diluar daerah plak.

          Ha bg yg xpenah lihat rupe shisha nie saya kepilkan gambar shisha (saya kn mmg ske gmbr2 nie) so pas nie boleh la bangga sbb dh tau upe shisha nie. heeee..


          Ok nie la rupe shisha atau hookah..Perkataan shisha nie asalnya dari negara Arab. Aktiviti ini juga sudah berleluasa ke negara kita Malaysia. Jangan xtau perempuan ada join skaki hisap bnde alah nie. Selalunye kedai mamak ada bekal kn shisha utk di hisap. 

          nk cakap lebih saya pon kurang pasti ape rasa nye sbb LANGSUNG xpernah merasa. Yang saya tau dari kenkawan shisha nie byk perasa, ade strawberi, mentol la ape la...rase pisang xde? tembikai ke? mengikut pemikiran saya lah maybe perasa nie membuatkan ramai penghisap nye minat dan menjadi penghisap tegar. 

          nie plak gambar barang2 yg digunekan dalam shisha


          *sumber asal dari wikipedia-Hookah

          Jangan sangka menghisap shisha ini juga mempunyai Hukum nya iaitu HARAM kerana bahan ini mempunyai kemudaratan terhadap sistem badan. 

          Seperti Firman Allah :

          Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)


          Rokok juga termasuk dalam hukum ini kerana rokok juga bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seseorg. Ha ape lagi segera lah berhenti dari merosakkan diri sendiri. 

          *Topik tentang hukum boleh klik di http://muis.ismaweb.net/2010/04/hukum-hisap-shisha/ untuk lebih terperinci.

          Tadi je di berita TV3 ada menyebutkan tentang keburukan menghisap shisha yg dianggarkan kesannye 400kaliganda dari rokok. 

          Sedikit info berkenaan kesan shisha :
          • Mempercepatkan pembiakan sel kanser
          • Menyebabkan kanser paru-paru
          • Menyebabkan kandungan tidak cukup berat atau tidak matang
          • Menyebabkan penyakit H1N1 melalui pertukaran air liur
          • Menyebabkan Batuk kering
          Dipendekkan cerita mmg semua kesannye amat BERBAHAYA lah. 

          If sesape yang rase sayang gile kat org tersayang 2 jauh2 kan lah mereka dgn bnde nie, coz ianya ternyata MEMENDEKKAN umur seseorg itu. Kite nk panjang umo depa nk memendekkan umo. Baguih benar la..

          Konon nye la hisap shisha LEBIH selamat dari merokok...padahal lebih teruk dari merokok. Ahhhh!! xkire sebolehnye SHISHA ke ROKOK ke HENTIKAN je la. 

          Try click Berita Harian Online | Hisap shisha lebih bahaya daripada rokok untuk membaca berita tentang shisha nie.

          * Terima kasih tidak terhingga kepada :

          • WIKIPEDIA 
          • MUIS.ISMAWEB
          • BERITA HARIAN ONLINE
          kerana menjadi tempat saya mencari maklumat

          SIAPA TAK NAK BACA JANGAN BACA!! ADA SAYA KISAH??

          February 15, 2011 0 Comments
          Betul x?? btol kan? kan?
          Sememangnya btol yela kalau korg xmo tau wt pe nk kisah. Kalau korg xmo tau pon saya sebagai 'PEMILIK KEKAL' disini tidak akan menghentikan sebarang aktiviti. Hahaha...

          Tadi g la sat amik angin dan tgk kehijauan tumbuh-tumbuhan sekitar rumah je xperlu pergi jauh2..mmg terasa segar semula. Bersyukurnya saya dapat menikmati udara dan pemadangan indah sebegini. 

          Korang nk tau x? eh klo korg xmo tau pon saya x kisah...

          Boleh dikatakan setiap petang kalau saya ada kelapangan saya akan lakukan perkara2 yang dikira wajib la..seperti gambar2 dibawah ini :

          *saya mmg ske gune kan gmbr sebb saya malas menaip..haha. Sebagai contoh stdy kalau byk huruf je mau juling biji mata, bile ada gmbr sedap gak mata memandang kn, pembacaan pon jadi menarik n mudah. 


          Ha yang nie kerusi pusing kesayangan saya...yang bangku panjang 2 tmpt 'bos besar' duduk. Kat sini la tiap2 petang saya menghayati keindahan alam...Alamak lupe plak nk amek picture pmdgn hadapan bile duduk kt kerusi nie..xpe nnt saya upload laen kali k. Kerusi nie kdg2 tmpt cik putih saya berlengkar time2 ujan, kerusi nie nk diikut kn bole pusing mcm jam tapi dihadkan ke kiri n kanan saje utk keselamatan sesape yg duduk. Takot terpelanting t...


          pas dh duduk2 menghirup angin n melihat pemdgn, saya akn 'pungut' cik putih utk dibawa masuk ke Istana Idaman nye tmpt paling selamat waktu mlm..Cik putih nie mmg bertindak mengikut arahan, so pas masukkn cik putih n mkn serta minuman nye saya akan tutup istana nye ini dgn kain supaye 'hantu' xkco cik putih ketika beradu. 


          Nie bukan lubang ajaib ea anak-anak..ini lubang pembuangan sampah x haram, ini malangnya duduk dalam kawasan kampung yg jauh dari perkhidmatan kutipan sampah. So kene la kreatif sikit cara2 menghapuskan sampah2 dari berlonggok. Ini port ke3 saya, saya akan longgokkn segala jenis n jenama sampah kedalam lubang ini, supaya 'org2 bertuah' selepas saya mudah utk membakarnye. Senang je keje saya..


          Pas dh jadi DBKL xbertauliah saya ke kolam ikan sebelah lubang pembuangan sampah tadi je..ase dalam 5 langkah dh sampai. Xperlu bersusah payah naik keta, motor, basikal, bas, kapal terbang mahupun jet pejuang...hish3. Dalam kolam nie ade ikan keli afrika dan keli biasa, besar gak saiz die..nk capture pic mmg xdapat lah kn. So korg just bayang kan ikan nie panjangnye beh kurang panjang tgn manusia n lebar sejengkal la 2 bagi yg paling besar. Ikan nie actuallynye ade 3 ekor.



          nampak x 2 gelombang air akibat dari hempasan tubuh mulus sang ikan yg menunggu saya bg makan. Mmg ikan nie gelagat die mcm 2, die tau saya berdiri tepi kolam nie xlaen la nk bg makan kt die..so die pon pe g melompat gembira la. Gambar last 2 nmpk jelas gak la kepala si ikan dgn badan nye.

          2 la rutin saya setiap ptg kalau saya xde, balik keje lewat ke, kerja2 saya i2 akan diambil aleh oleh 'big boss' or anak2 buah ksygn saya.

          APA KATA HATIKU??

          Hatiku berkata semua benda hidup perlukan perhatian termasuklah sang haiwan. Semua mesti tahu kn kalau kite jaga apa saje haiwan, InsyaAllah haiwan 2 akan sentiase mendoakan kesejahteraan tuannye. 

          I LOVE cik Putih and cik Ikan 3 ekor tu...
          We all la yg selalu menjadi pengubat kestressan tuan mu ini.. 



          PLKN Princess Haliza, Sepang

          February 15, 2011 0 Comments

          Ha nie la logo kem saya ketika 'terpaksa' ke Program Latihan Khidmat Negara siri 4/2007 Kumpulan 2..

          Alhamdulillah la saya x dicampakkn ke negeri2 diluar kawasan Selangor, kalau x masak saya dibuatnye. So ini rezeki saya la katekan jgn cemburu ea pada sesiapa yg 'dipaksa' kehujung semenanjung 2. Masa mula2 dapat tau terpilih dalam Program 'malang' nie huh! mmg mcm2 imagination dtg ade yg best ade yg MasyaAllah xdpt dibygkn..trok tol imaging saya 2 dh imaging tp xleyh dibygkn?? (ape kebende la ayat 2).

          Sepanjang sebulan sebelum kumpulan saya diseret utk lapor diri saya search pelbagai maklumat berkenaan PLKN nie..Kononnye sebagai persediaan la..Dalam hal ini saya telah memaksa dan memerah ugut kakak ke2 saya iaitu :


          *Mariati Binti Omar

          Terima kasih ea kakak ku, sian die terpaksa meningkatkn kesabaran melayan adik die yg smmgnye byk songeh nie. Tapi actually nye kakak saya seorg nie telah menulis sehelai surat 'cinta' ketika saya berangkat ke Kem. Saya 'xsampai' hati nk membacanye so saya nekad nk baca di Kem nnt. FULAMAK!! serius bile saya bc surat itu dgn sepantas kilatnye air mata mencurah2 dlm hati ckp 'xguna akk aku nie' haha...bukan ape ayat die sedih gile, saya tahu awak sayang saya sangat2 kan? my lobly sister. Sampai hari nie saya xkn lupe ape yg die tulis 2. (malangnya surat 2 xtau kt mane dh).

          Pagi2 lagi saya berangkat ke Pusat Berkumpul di hadapan Sekolah Alam Syah xsilap saya di Putrajaya. Sampai2 je saya terus lapor diri dan serahkan tiket bas yang dicop PLKN PRINCESS HALIZA. First time uh naek bas free..naek2 tros cop tempat. Xtrun2 dh tgk family dr cermin bas je tkot kang banjir plak Putrajaya 2 xpon ade berita tergempar seorg pelatih hentak2 kaki smpai retak jalan, nyusahkan kerajaan je nk baiki..

          Tahan..tahan..tahan dan tahan akhirnya berjaya gak x menumpahkn airmata lagi2 dapat plak mmb yg dok sebelah set ngn saya. Yang lawaknye pas lambai2 family sume, lambai mcm nk tercabut tgn last2 bas 2 patah balik katenye tertinggal beberapa org Pelatih..Haiyaaa!!

          Nie gambar2 yang ada dlm simpanan dan ehsan kawan2 seangkatan ketika itu...




           

           






          its r best frenz at the kem 

          haha..picture last n second last skali nie picture time saya mude2 lu ea so mmg muke mcm nie. Muke xkenal dunia..Time nie tgk la 'rentung' g2. Saya rindu kawan saya bonet, aien, mydaling, adik, angah, achik, syaz, meon dan lain2..Si bonet dh kawen n Alhamdulillah now dia skrg tgh pregnant dijangka bulan 9 malatop...sebenarnye ramai g kawan2 yg dh kawen selepas terlost contact. So hope depa bahagia la kan. 

          Kalau nak diikut kan saya nie x tamat sepenuhnya latihan sebab terpaksa tamat awal setelah 'dipaksa' ke Institut Pertanian. Sijil tetap dapat kalau xdapat saya 'BOOM' PLKN 2 nnt, dah la terpakse pegi. 



          yang 2 la sijil n gambar kompeni, dapat mase hari tamat kem..saya sekali lagi memaksa abg saya menghantar saya ke kem utk mengambil bnde 'alah' ini. Kalau x rugi la. Alang-alang dh dtg ape lagi g jumpe kawan2 la kt dorm lepak2 mkn laksa kt dewam mkn. Berpuas hati dapat jumpe semua sblm masing2 membawa haluan hidup. Nak jumpa ntah bile kan...smpai skrg pon still xjumpe2 g. haha...

          So sesape yang terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara nie ade sedikit nasihat :

          • Jangan dgr ckp org yg kata PLKN nie trok la, zalim la, xbest la ape la..semua 2 xbtol selagi kite x rase sendri.
          • Sgt2 seronok sbb org lain xdpt pengalaman sebest nie kt mane2 pon hanya di PLKN shj. 
          • Rase bertuah beb sbb bukan sng pihak PLKN nk pilih nama Pelatih nie..top2 naek nama sendiri so mungkin nama korg sedap, unik sbb 2 terpilih or tgn org 2 tertekan button pilih kt nama korg, almaklumla pening dan ngantuk.
          • Menjadikan diri kite mempunyai jati diri, berdisiplin, semangat kekauman, kenegaraan dan kerjasama yang tinggi.
          • Mengajar kite hidup berdikari
          • Berkenalan dgn pelbagai bangsa
          • maybe bertemu 'jodoh'
          • dan sebagainya mengikut hati masing-masing 

          * kalau org 2 dh set lam minda die tmpt nie langsung xbest so xsala pglmn nie xmemberi makna langsung lam hidupnya dan sebaliknya kalau rasa happy, happy la pglmn 2 smpai nk balik pon meleleh air mata. Nak pegi menangis nk balik pon menangis..sobs..sobs..sobs..



          BRAVO!! BRAVO!!

          kalau nak jenguk fanpage kem untuk siri nie sila KLIK SINI sebelum tu pastikan facebook korang dah log in lah..lagi mudah kalau gitu.


          Small Cute Green Pointer

          Get this tabber widget

          Create By :


          About Me