April 23, 2012

NOSTALGIA PULAU PINANG


Eh kata Offline tapi entry update pulak! Jangan terkejut sebab entry nie entry Auto Publish jejak korang je tak dapat balas lagi.. hehe. Kali ini Aida nak ajar korang sejarah pulak ya? Sejarah Pulau Pinang.. ehem!

Pulau Pinang pada asalnya kepunyaan kesultanan Kedah dan diserah oleh Sultan Muhammad Jiwa sebagai gantian untuk mendapatkan perlindungan daripada pihak British daripada serangan Siam dan Burma kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1786. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light pengasas Pulau Pinang ketika itu menamakan Pulau Pinang dengan nama Pulau Prince Of Wales dan ditukar semula kepada Georgetown oleh Raja George II.




Kedudukan pulau yang strategik telah menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu pelabuhan untuk kapal-kapal perdagang oleh Syarikat Hindia-Timur British. Tanpa pengetahuan Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa, Francis Light telah membuat perjanjian memberi perlindungan kepada askar Syarikat Hindia-Timur British dan apabila Syarikat ini gagal membantu Kedah dalam serangan Siam, Sultan Kedah cuba mengambil balik Pulau Pinang pada tahun 1790 tetapi gagal



Apabila Sultan Kedah gagal mengambil Pulau Pinang kembali, Sultan Kedah terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun dan dinaikkan kepada 10,000 dolar setahun dengan penyerahan Seberang Perai pada tahun 1800.



Pada 1826, Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat dibawah pentadbiran British di India. Pada tahun 1946 Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963 setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.






Ok murid-murid setakat ini pembelajaran sejarah kita tentang Pulau Pinang selebihnya murid-murid boleh cari sendiri, dah macam wikipedia rasanya nie. :P (memang cedok kat wikipedia pun)
P/S : Ada electric bus tu dekat Pulau Pinang, suka pulak tengok bus zaman tu comey. :P
Sumber : Wikipedia - Sejarah Pulau Pinang, Google Images


20 comments:

nGiau said...

lama sudah tida baca sejarah ni huhu

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Terima kasih cikgu..

Azhafizah MN said...

Ada bakat Kak Aida jadi cikgu sejarah ni..so far pernah dok pulau pinang masa study memang best lah..makanan superb sedap

CikTeddyCorner said...

ngee refresh balek sjarah..hehe

Amirah said...

phewww, subjek boring time form3, haha

shameel Iskandar said...

wah aida dah jadi guru sejarah....

"Sesiapa yg melupakan sejarah pasti akan mengulanginya" Ceorge santayana

Shazreena Shukri said...

reena suka sangat sejarah..gila betul..=)

ellynadyra said...

I hate history!

aswadz said...

baru nak ckp "eh, x offline ke?". hahaha...

Unknown said...

wow...maseh ar tributr kt negeri kelahiran cheq na....

Diari Si Froggie said...

@nGiau ha tetap pada masanya kan aida keluarkan pasal sejarah :P

Diari Si Froggie said...

@yusuflaili(Goku) haha.. sama2 anda boleh balik.. :P

Diari Si Froggie said...

@Azhafizah[フィザ] hihi.. cikgu sejarah dalam tenet jela.. akk suka sejarah2 nie.. best bacanya. yeke? pesembuq dia pun sedap..

Diari Si Froggie said...

@O CIKTEDDY ha rajin2 refresh erk.. :P

Diari Si Froggie said...

@wanmirara haha.. kebanyakkan org memang begitu. :)

Diari Si Froggie said...

@shameel Iskandar hehe.. sesekali, aida mmg minat sejarah. best..
* suka ayat shameel ambil nie.. mmg betul pun kan.

Diari Si Froggie said...

@Saya mEmang suka Menuliz:D haha.. mmg gila dan sama dengan aida minat kita dua nie.. :P

Diari Si Froggie said...

@ellynadyra huhu.. yeah!!

Diari Si Froggie said...

@xila riston haha.. sama2 jangan kembang sangat ea xila :p

Anonymous said...

pulau pinang memg byk sejarah
dah lama tak dtg snee
last pg masa umur 5 thun
hehe

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me