Hotel ini menjadi tempat pertama penyelenggaraan Academy Awards pada tahun 1929. Desas desus mengatakan sesiapa yang menginap hotel ini akan ternampak dengan penampakan bintang pop Marilyn Monroe dan aktor Montgomery Clift.
Montgomery Clift
Marilyn Monroe
2. Hotel Burchianti, Italia
Hotel ini pada abad ke 20 sangat popular bagi artis. Mereka yang menginap di hotel ini pernah melihat penampakan dua kanak-kanak kecil sedang melompat menyusuri lorong dan melihat kelibat perempuan tua sedang duduk di kerusi goyang.
3. Hotel Stanley, Amerika Syarikat
Hotel ini telah dibina pada tahun 1909 lagi, hotel ini kerap dijadikan tempat pembikinan filem horor klasik. Pemilik hotel ini sendiri telah mendengar suara kanak-kanak bermain dan menjumpai seorang wanita yang mati kedinginan di basement dan wanita itu kadang-kadang berkeliaran di dalam hotel ini.
4. Hotel Grand Hyatt, Taiwan
Terletak di pusat perniagaan, membeli-belah dan hiburan di Taipei, Hotel Mewah Grand Hyatt dikenali penduduk tempatan sebagai hotel berhantu. Dipercayai dibina di atas tanah bekas penjara tahanan politik di masa perang di mana banyak orang dihukum bunuh. Sejak itu hotel ini menjadi tempat bagi sejumlah hantu. Oleh itu, sutera China menghiasi pintu masuk hotel, dan lobi ditata dengan gulungan suci.
Terletak di daerah barat London yang mewah, hotel lima bintang ini telah menjadi rumah bagi beberapa tetamu terkenal iaitu George Orwell, Mark Twain dan Charles deGaulle. Satu hal yang menjadi perhatian dari hotel ini adalah, munculnya hantu Maharaja Napoleon III dan seorang putera Jerman yang mati membunuh diri dari tingkat empat yang dilihat oleh wartawan BBC selepas Perang Dunia II. Khabarnya, bilik 333 menjadi bilik hantu berkumpul.
6. Hotel Russel, Australia
Berada di The Rocks berhampiran dengan Circular Quay di Sydney, hotel bersejarah ini katanya menjadi tempat tinggal hantu seorang pelaut kuno dari era kolonial. Seorang tetamu yang menginap di bilik nombor 8 melaporkan, penampakan pelaut yang berkeliaran di koridor sebelum menghilangkan diri.
7. Hotel Del Coronado, Amerika Syarikat
Hotel ini terletak 28 hektar dari garis pantai Pasifik di San Diego, California, resort mewah ini juga menjadi subjek dari misteri pembunuhan Kate Morgan yang ditemui meninggal di tangga hotel pada tahun 1892. Setelah itu, beberapa tetamu mendengar suara-suara aneh dan penampakan asap di bilik Kate Morgan pernah menginap.
8. Hotel Fairmontt Banff Springs, Kanada
Hotel indah yang terletak di pergunungan Rocky ini, dilaporkan menjadi tempat munculnya hantu pegawai hotel, iaitu seorang 'Tukang angkut' yang meninggal setelah mengumumkan akan bersara pada 1967. Beberapa tetamu dan ahli-ahli kakitangan mendakwa melihat satu manusia berseragam lengkap, membantu para tetamu dan seorang pengantin muda yang meninggal dunia di hotel pada hari pernikahannya juga berkeliaran di dalam hotel indah ini.
9. Hotel BallyGally Castle, Irlandia Utara
Dibina pada tahun 1625, Ballygally Castle kemudian diubah menjadi hotel, dan bekas Lady di istana, Isobel Shaw terus menakut-nakutkan tetamu dengan mengetuk-ngetuk bilik yang berbeza, sebelum menghilangkan diri. Isobel didapati meninggal dunia kerana membunuh diri dengan melompat dari jendela kamarnya akibat suami beliau mengucinya hingga kelaparan.
10. Hotel El Convento, Puerto Rico
Awalnya rumah seorang janda perang, Dona Ana yang juga seorang bangsawan, sebelum menjadi biara bagi rumah para biarawati tempatan. Harta ini kemudian berubah fungsi menjadi hotel pada tahun 1960-an dan secara kekal dibuka sebagai hotel pada 1995. Suara berdehem seram sering terdengar, dan jubah biarawati sering ternampak oleh para pengunjung. Bahkan, beberapa tetamu mengaku dibangunkan oleh hantu Dona Ana jika mereka tidur terlambat.
P/s : Betul atau tidak itu tak pasti sebab Aida tak pernah lagi menginap di hotel-hotel nie :PBila baca kisah-kisah hotel tu rasa nak tergelak pun ada, tapi seram ada jugak la sikit-sikit.Semua nie Aida dapat dapat dari Google dan dibaikpulih oleh Aida :)
36 comments:
untungla jadi antu..leh check in & check out hotel sesuka ati
tau xpekan pejal..hantu inggeris kekadang macam tu la..pelik2..
wahhh..wahhhh..bukan main lagi hantu2 kat sana...x mau tinggal kat tempat2 usang tapi nak tinggal di hotel2 terkenal, mewah dan cantik2 jer...hehe3
next nanti carik top ten hotel berhantu yg dalam malaysia plakk.. bestt ! :D
err hotel2 lame mmg gtu ea? hotel kat malaysia?
hotel california la cara...huhu
ngee..seram la duk hotel cmni .kui3
yg peliknya hantu tu semua stay di hotel2 mewah plak tu..x tahu nak kata apa..
mewah btol hantu2 tu..lepak hotel..x main la rumah2 kosong/buruk
hantu malaysia duk dalam pondok buruk ceruk2 kampung je..keh3 :P
wahh.. seramm..
tengok macam tak horror tapi ade kisah disebaliknya pulak..alahaii..jadi takut pulak.
hotel yg ke 8 2 memng nmpak seram da.....
@Mohd Norafzal haha.. free je kan tok :)
@♥AieN ChoiN♥ tau xpe aien sume pelik2.. hantu kita keje menyakat je. haha
@Ayie Abas tula pasal abg ayie.. depa demand tinggi sangat. :P
@C i k P i p i T e m b a m ok bereh boh!! memang dalam perancangan tu.. kekeke.
@misyamissyou nanti aida cari pasal hotel di malaysia pulak :)
@xila riston haha.. kang menyanyi kang :P
@O CIKTEDDY memang seram pun.. dekat Malaysia pun dah seram. hehe
@Saya mEmang suka Menuliz:D kahkah.. tau xpe, biasa la hantu org kaya. :)
@ShahzCudin itu yg rumah buruk tu hantu made in malaysia je :P
@fadh leyanie nampak kat situ hantu malaysia nie merendah diri je :P haha
@Pondok Usang pondok usang lagi seram :)
@Azhafizah[フィザ] betul tu fiza.. ada kisah disebaliknya tu yg buat seram tu..
@ZORA dekat hutan kot zora tu yg nampak seram tu..
Biasalah keadaan mcm tu di hotel2,
ada yg dibina di tempat yg keras,ada yg ada pekerja pembinaan mati dan yg paling popular sebab pelanggan mati di situ.
jom genting..kekekekek :P
hotel cap apa ni.... seram ja tgok.. .
klau nampak katak ijau menari2 kt hotel2 tu lagi menarik kn, hikk...
antu yg pic 3 to bahye gak tu :p
Latest Post | Kenapa Pilih Jalan Sukar?
pasni leh cari 10 hotel berhantu di malaysia lak.
deman betul hantu2 macam ni. aku ni hah yang masih belum check in kat sana. dorg dah hari2 stay situ. huh
heheee..dasat eh..aida xtakot ke time update entri nih heeee :P
adeehh...maap fyna nih penakut orgnya.. cite hantu kat tv pun tak tgk..ngee.. huhu..berani gak dear update entri nih..
larrriikkk..
macam2 hal..high taste sungguh..nak mewah2 jew kan..siap bilik 333 tmpat kumpul ramai2..hihihi..ada party la tuh kut
Post a Comment