Mak adik tercepit 'seorang', 'seorang' itu mati mak


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Moga-moga PEMBERI SEMANGAT aida sihat-sihat dan di murahkan rezeki hendaknya

meh-meh duduk sini, kita baca cerita meh, kat sini ada popcorn, cekodok, sambal belacan, katak kering air kopi pun ada nie..ha jangan segan-segan ambil saje ok, habis kan pun tak apa..aida bagi free je tu semua. 

Cerita nya Bermula pada suatu petang...

Mak Senah kelihatan sedang mengupas buah sukun untuk digoreng petang itu. Abah Meon pula diluar, buat apa pun tak tahulah, termenung nak kahwin lagi satu agaknya. Cuaca petang itu redup saja, angin sepoi-sepoi bahasa, daun pokok kelapa juga terbuai-buai di tiup angin. 

Tiba-tiba datang Aman anak kelima hasil perkahwinan Mak Senah dan Abah Meon, baru berumur 2 tahun setengah, dia meluru laju ke arah Mak Senah.

Mak!! Mak!! jerit Aman kearah Mak Senah

Eh! Budak nie ingat aku pekak ke dia pekik-pekik macam nie. Apa nya man oii? 

Mak!! Adik tak sengaja mak, tadi adik tutup pintu depan tu adik tercepit 'seorang'. 'Seorang' tu jatuh putus dua badan nya mak. 'Seorang' tu mati mak. Macam mana nie mak? apa adik nak buat?. Bersungguh-sungguh Aman menerangkan nya. 

Orang? mati? tersepit? orang mana kau sepit nie? jangan main-main dengan mak man? 

Mai lah mak pergi tengok sendiri, adik tak sengaja, mesti mak 'seorang' tu cari adik nanti. Mak!! tolong lah adik mak. Aman mula menunjukkan muka nak menangis.

Mak Senah dah cuak terus melulu ke ruang tamu mengekori Aman yang berlari ke satu sudut di ruang tamu itu. 

Itu mak itu 'Seorang' tu kat bawah tu. Tunjuk Aman

Mana? mana? mak tak nampak orang pun kat sini? kau nie biar betul man.

Mak nie lah tu pun tak nampak, nie lah mak..

Astghafirullahalazim..geleng-geleng mak Senah bila Aman menunjukkan 'seorang' yang mati tersepit itu. 


Man dah berapa kali mak pesan kan kalau binatang atau haiwan ke, mana boleh panggil 'seorang'. Man kena panggil seekor. Seekor burung, seekor katak, seekor kucing. Faham? kalau yang Man tunjuk nie panggil apa? tanya mak Senah pada Aman yang nampak faham dengan keterangan nya itu.

Kalau yang ini seekor cicak mati tercepit. Jawab Aman sambil tersengih memandang maknya.

p/s : kesian cicak tu mati tersepit. 



22 comments:

syaz@rozelt said...

haha..dh agak tu cicak~kelakar

myra yusreena said...

haha..same! da agak jugak!! haaha

AmalinaNashihin said...

innalillah buat cicak. haha

Misz Emiylia said...

innalillahhiwainailaihirojiun. haha lawak je dipanggilnya "seorang". aiseyyy. haha

najihah sahami said...

haha..malam ni ade tahlil tak kat cicak ni?

Terbelog said...

kikiki
dari awal dah agak

Ms. Littlewing said...

Aduyai kesian kat c cicak tu tak pasal-pasal jadi arwah....budak² memang macam tu suka² hati dia jer nak panggil....so kita yang dewasa sikit nih kena lah educate kat dorang kan....:-)

syafiqakarim said...

haha budak2 baru nak belajar penyesuaian ayat.
hahah ok seseorg cicak telah mati.

PUTRY ARISA said...

hihihihihi.. ingtkn pe la td..
cuak jeew... huhuhu

Aida Omar said...

@syaz@rozelt hehehe... :)

Aida Omar said...

@myra yusreena :P

Aida Omar said...

@AmalinaNashihinsalam takziah :P

Aida Omar said...

@Misz Emiylia tu lah budak2 macam2 kerenah :)

Aida Omar said...

@najihah sahami alahai..terlupa nk buat pulak mish. ekeke

Aida Omar said...

@Terbelog :P

Aida Omar said...

@Ms. Littlewing a'ah sis..sabar je la. kena paham byk kali kalau nk bercakap dengan depa :)

Aida Omar said...

@syafiqakarim hik3..jangan nanti ayat itu berleluasa. hihi

Aida Omar said...

@PUTRY ARISA hehe.. cicak je rupanya :P

ismiladyjaja said...

mak ai... kah3 lawak nye.. "seorang cicak" kah kah kah....

Aida Omar said...

@ismiladyjaja hehehe...budak baru nk naek

potia casadelarossa said...

kesian cicak tu tersepit sorang2.... ekekek

Diari Si Froggie said...

@potia casadelarossa abam potia nak join tersepit sekali ke? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar