jaga-jaga kaum adam, perempuan sekarang makin kejam
silap-silap hilang nyawa nanti
P/s : Aida tak kejam pun jangan takut
:)
10. Queen Mary I(1516-1558)
- Mary (anak sulung kepada Henry VIII) naik taktha mengantikan Jane Grey dan telah menjadi monarki keempat dinasti Tudor sebelum Elizabeth I. Semasa pemerintahannya, Mary mejadikan Britain sebagai negara katolik Roma. - Demi menjadikan negara british sebagai negara katolik roma, Mary telah menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa sahaja yang membangkang ideanya. Disebabkan kekejamannya yang menyebabkan ramai penganut katolik mati, dia kemudian digelar Bloody Marya.
Kesian betul sebab Aida sendiri tak pernah tengok rupa anak kelawar, tadi masa jalan-jalan sambil melayan Geng Blogger Sengal terjumpa satu laman sembang, ada post gambar-gambar anak kelawar, disebabkan jakun sikit terus nak kongsi dengan korang semua.
tak silap blog sahabat saya Mai Dari Bendang pun pernah post gambar nie :)
'The Electronic Colossus' sedang digunakan untuk D-Day, 6 Jun 1944
Sir Harold Thomas Flower. Beliau adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Sandi Tentera Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod pemancar radio NAZI.
NAMA KOMPUTER KOMERSIL PERTAMA DIDUNIA
ENIAC Sedang Digunakan
ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Komputer) adalah komputer komersil pertama didunia. Dengan beratnya 60,000 paun dan besarnya meliputi satu bilik yang besar. ENIAC selesai dibina pada tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk keperluan tentera. Komputer ini tidak boleh menyimpan data.
Tadi tengah jalan-jalan dengan pakcik google, Aida terjumpa dengan gaya rambut pelik. Sekali tengok macam kelakar, dua kali tengok pelik pula, tiga kali tengok nampak macam gila saja. haha. apa-apa pun jom layan beberapa gambar gaya rambut pelik ini.
memang tabik springlah kalau ada yang buat gaya nie dekat Malaysia sambil jalan-jalan dekat Chowkit
Sebabnya masa tu cerita empunya blog ini dengan penjaga gol negara meletup-letup, kebetulan ada kawan yang shared kan blog beliau ini di facebook Aida, so boleh dikatakan setiap hari pasti baca kisah romantik si dia bersama penjaga gol negara itu. Dari itu, tiba-tiba satu perasaan minat nak buat blog pun muncul kerana blog si Elia ini tersangatlah cute. So automatik blog Elia ini jadi idola ketika mula-mula wujudkan blog ini.
Ha.. yang ini idola Aida bila menghias blog waktu mula-mula bina blog ini, so blog Myravea ini, Aida jadikan contoh ketika menghias blog. Kadang-kadang Aida suka tengok hasil header yang dibuat sendiri oleh Myravea semua cantik-cantik jadi Aida teringin nak buat juga. Kalau nak tahu dari blog Myravea ini lah, blog Aida makin ramai followers sebabnya Aida menyertai contest beliau ketika itu. Sampai sekarang blog Aida tersenarai dalam pari-pari blogger. Terima kasih Myravea
Aida nak mohon maaf pada semua followers ( pemberi semangat ) Aida sebab :
Dah lama tak update blog dan tak berblogwalking ke blog-blog sahabat semua.
Disebabkan blog dah berhabuk jadi Aida renovate lah mana yang patut, kemudian tanpa disedari ter remove pula code shoutmix, sudah lah banyak jejak yang ditinggalkan dekat situ. Oh! sungguh sadis puas godek tak dapat semula. So Aida gunakan khidmat list followers itu, hampir separuh yang Aida dapat follow semula, ada yang tak dapat sebab tak ada link blog yang ditingalkan di profailnya. Aida minta maaf banyak-banyak sebab lostkan jejak korang semua. Mana yang Aida mampu, Aida akan cuba sedaya upaya mengesan jejak anda semula ya?
Pada sahabat Aida yang tag Aida selama Aida tak online ini pun Aida nak minta maaf juga sebab tak dapat nak sertainya. Tapi lepas nie InsyaAllah Aida akan cuba sertai tag sahabat-sahabat mana yang boleh.
Dan apa-apa sahaja perkara yang menyinggung perasaan sahabat-sahabat semua Aida mohon maaf banyak-banyak ya?
Aida tak dapat nak online pasal masalah broadband yang sudah lama tak berbayar, rasa malas nak bayar punya pasal lah jadi macam ini, jangan tiru aksi ini ya sahabat-sahabat? Ini pun online atas ehsan wifi kakak Aida. Terima kasih bagi tumpang wifi. hehe..
* malam ini atau esok ( wifi masih ada ) InsyaAllah akan melaksanakan dua tag dari :
Semoga sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan baik dan ceria sentiasa..senyum sikit!!
Siapa suka makan buah? angkat tangan!!!
Sememangnya makan buah-buahan ini mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan badan kita, tapi tak semua buah yang kita tahu khasiatnya bukan? ok kali ini Aida nak tunjukkan beberapa jenis buah yang mempunyai khasiat untuk mengubati beberapa penyakit manusia.
1. Buah Kurma (Phoenix dactylifera L.)
Aida hantu buah kurma..hehe! suka sangat makan buah kurma ini, sehari pun boleh habis satu kotak. Ok! buah kurma ini mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Buah kurma ini sesuai mengubati penyakit gangguan pada usus dengan cara buang biji kurma, bersihkan dan di hiris halus masukkan ke dalam air bersama air lobak merah. Buah kurma juga dapat menghilangkan batuk, dan juga boleh di jadikan penawar racun.
2. Pisang (Musa sapientum)
Pisang mengandungi vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus, kromium dan besi. Getah pisang sangat baik untuk merawat luka , sapu getah pisang pada luka ianya dapat menghentikan pendarahan pada luka dan mempercepatkan proses pengeringan luka. Bagi merawat kudis pula ambil kulit pisang dan sapu pada kudis tersebut. Pisang juga boleh merawat penyakit sembelit, ulser, gastrik, dan radang pada perut.
Hai kawan-kawan semua..sihat tak? macam mana raya? best? lama gak menyepi diri lebih kurang 2 minggu tak silap. Blog pun dah berhabuk so semalam dah kasi cuci, sapu-sapu, tukar apa yang patut jadi la macam sekarang nie. Hijau!!! hehehe...
Maaf la ya pada yang sudi datang jenguk blog Aida, nanti Aida datang blog korang sambil tadah tangan mintak duit raya dan kuih raya. Mood raya tak habis lagi kan? Aida sekarang mood malas kerja. Hik3..
Sebagai mukadimah untuk entri kali nie, Aida nak berkongsi dengan korang hadiah dan kad raya istimewa dari sahabat blogger yang rapat dengan Aida dan rakan sekerja Aida. Tahun nie je ramai yang bagi hadiah..Alhamdulillah rezeki sangat murah dan sangat terharu dapat sahabat-sahabat yang baik seperti mereka serta korang semua.
comel tak patung katak nie? comey kan? penuh dah katil dengan patung-patung nie..puas tidur. huhu..yang nie pemberian ChaCha untuk bufday Aida. Kalau korang nak tahu hari nie 6 September 2011 adalah Hari Jadi ChaCha. Selamat Hari jadi ChaCha nanti kita pi celebrate no..hik3.
Kad raya..Kad Raya nie pemberian ChaCha ( yang first warna coklat emas ), Shida ( Putih ) dan Nurabby ( Masjid ). Terima kasih banyak-banyak sebab ingat dekat Aida selalu. sobs..sobs..sungguh terharu dan rasa bersalah sebab tak balas semula kad raya nie. InsyaAllah kalau panjang umur tahun depan Aida balas erk? hik3..
Mood : Lepas nie nak blogwalking mana yang boleh, nak balas jejak mana yang tak terbalas, InsyaAllah..