December 26, 2011

10 WANITA PALING KEJAM DIDUNIA


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


10 WANITA PALING KEJAM DIDUNIA
dengar je tajuk entry nie rasa macam tak percaya
kejam ianya memang kejam
seperti menghiris keju dengan gergaji  
seperti mencincang lunyai daun saderi

siapa kata lelaki je kejam?
perempuan pun kejam tau..lagi kejam dari lelaki
jaga-jaga kaum adam, perempuan sekarang makin kejam
silap-silap hilang nyawa nanti

P/s : Aida tak kejam pun jangan takut
:)

10. Queen Mary I(1516-1558)


- Mary (anak sulung kepada Henry VIII) naik taktha mengantikan Jane Grey dan telah menjadi monarki keempat dinasti Tudor sebelum Elizabeth I. Semasa pemerintahannya, Mary mejadikan Britain sebagai negara katolik Roma.
- Demi menjadikan negara british sebagai negara katolik roma, Mary telah menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa sahaja yang membangkang ideanya. Disebabkan kekejamannya yang menyebabkan ramai penganut katolik mati, dia kemudian digelar Bloody Marya.

9. Myra Hindley (1942-2002)


- Myra Hindley dan temannya iaitu Brady merupakan pembunuh bersiri yang terkenal pada zaman tersebut. Brady dan Hindley telah menculik 3 orang budak yang berumur diantara 10-12 tahun dan juga 2 orang remaja yang masing masing berumur 16 dan 17 tahun dari Manchester lalu melakukan penderaan terhadap mereka sebelum membunuh mereka.
- Brady dan Hindley merakamkan jeritan mangsa pada audio kemudian menyimpan audio tersebut. 

8. Isabella dari Castlile (1451-1504)


- seperti yang diketahui ramai, Isabella merupakan penaja utama kepada Christopher Columbus untuk menyeberangi lautan Atlantik dan sampai ke Amerika Syarikat. Walaupun nampak baik, tetapi Isabela merupakan seorang ratu yang anti Islam dan Yahudi.
- Pada tahun 1942, Isabela telah mengeluarkan akta pengusiran dan pembunuhan umat islam dan yahudi di Sepanyol. Pada masa itu, lebih 200 ribu orang yang meninggalkan Sepanyol manakala penduduk lain menukar agama. Pada tahun 1974, Paus Paul IV telah mengadakan upacara kerahmatan untuk Isabella bertujuan supaya roh Isabella dapat menuju ke arah kesucian. 

7. Beverly Allitt


- merupakan seorang jururawat bahagian pediatrik di British yang juga dikenali sebagai Angel Of Deatha. Dia telah menyeksa dan membunuh 4 orang kanak-kanak di bahagian pediatrik di Hospital Grantham dan Kesteven. Cara pembunuhan Beverly adalah dengan menyuntik kalium dan insulin sehingga menyebabkan mangsa mengalami kardioplegik.
- Jika tiada alat penyuntikan, Beverly akan mencekik mangsa tersebut sehingga mati. Sebelum perbicaraan, Beverly telah mengancam untuk membunuh 13 orang kanak-kanak dalam masa 58 hari dan ancaman ini telah mengorbankan lebih 4 kanak-kanak.
- Tiada siapa pun tahu tujuan Beverly melakukan pembunuhan. Tetapi ada yang mengatakan bahawa dia menghidap sindrom Munchhausen yang mengakibatkan perbuatan kejamnya itu.

6. Belle Gunness (1859-1931)


- merupakan pembunuh bersiri yang paling kejam di Amerika Syarikat. Dia berasal dari Norway dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat. Ramai beranggapan bahawa kematian 2 orang suami dan anaknya dibunuh oleh Belle.
- Motif utama pembunuhan Belle adalah untuk pampasan insurans. Terdapat laporan bahawa Belle telah membunuh lebih dari 20 orang dalam masa beberapa tahun. Belle Gunness merupakan wanita kejam didalam kes jenayah AS.

5. Mary Ann Cotton (1832-1873)


- Mary Ann ialah pembunuh bersiri dari British yang telah membunuh lebih 20 orang menggunakan arsenik. Dia telah berkahwin dengan dengan William Mowbray semasa berumur 20 tahun. Mereka berpindah ke Plymouth, Devon dan disitu, Mary Ann telah melahirkan 5 orang anak, tetapi 4 orang anak mereka meninggal dunia kerana sakit perut dan radang perut. Setelah itu, mereka berpindah ke bahagian timur laut dan Mary Ann telah melahirkan 3 orang lagi anak. Namun, ketiga-tiga mereka juga mati.
- Pada Januari 1865, William telah meninggal dunia kerana masalah usus. Sebelum itu, William telah membeli insurans di Syarikat Insurans Prudential di British dan apabila kematiannya, Mary Ann telah mendapat insurans sebanyak 35 pound.
- Namun, kes yang sama juga telah berlaku pada suami kedua mary Ann, iaitu George Edward dan juga salah seorang anak mereka disebabkan masalah usus. Setelah seorang lagi anaknya meninggal dunia, suratkhabar mula mengambil perhatian peristiwa tersebut lalu membuat siasatan.
- Mereka mendapati bahawa Mary An memberi racun arsenik dan asyik berpindah rumah di sekitar British dan telah kehilangan 3 orang suami, seorang kekasih, seorang kawan, ibunya dan 12 orang anak. Punca utama semua si mati adalah sakit perut. Pada 24 Mac 1873, Mary Ann dijatuhkan hukum gantung di penjara Durham.

4. Ilse Koch (1906-1967)


- Ilse Koch merupakan isteri kepada komander di perkemahan Bunchenwald (1937-1941) dan perkemahan Majdanek (1941-1943) iaitu Karl Koch. Ilse terkenal dengan perbuatan yang suka menyimpan kulit tatoo tahanan gantung.
- Tahanan penjara menamakan Ilse sebagai The Witch Of Bunchenwalda€˜ atau The Beast Of Bunchenwalda kerana kekejamannya mendera tahanan. Pada 1937, Ilse telah menggunakan kuasanya sebagai Isteri komander kem tahanan tersebut dengan mendera tahanan didalam khemah. Ilse telah membunuh diri di penjara wanita Aichach pada tahun 1967.

3. Irma Grese (1923-1945)


- Grese merupakan seorang pekerja di perkemahan Nazi dan telah digelar Wanita jahat Belsena™. Irma melakukan kekejaman dengan menyeksa banduan seperti membiarkan anjing mengigit banduan sehingga mati, membunuh dan merotan.
-* Selain itu, Irma Grese juga telah menembak banduan dengan bebas, menghantar banduan kedalam bilik gas beracun yang mengakibatkan banyak banduan yang mati dan mengalami masalah mental dan fizikal.

2. Katherine Knight


- Katherine merupakan seorang wanita kejam dari Australia. Pada oktober 2001, Katherine telah membunuh suaminya iaitu Johan Charles Price dengan menikamnya dengan pisau. Terdapat lebih 37 kesan luka pada badan price apabila mayatnya dijumpai.
- Setelah membunuh Price, Knight mengopek kulit Price dan menggantungkanya pada pintu bilik, lalu memotong kepala Price dan menyimpannya dalam sebuah botol. Selain itu, dia juga telah memotong daging dari bahagian punggung suaminya dan dijadikan hidangan sup daging untuk anaknya.
- Knight telah mencatatkan cara-cara yang dilakukannya. Knight akhirnya telah dihukum penjara seumur hidup dan menjadi wanita pertama Australia yang dipenjara untuk seumur hidup. 

1. Elizabeth Bathory (1560-1614)


- Elizabeth (juga dikenali sebagai wanita ganas) ialah seorang bangsawan dari Hungary dan terkenal sebagai pembunuh bersiri dalam sejarah Hungaria dan Slovakia.
- Sejak kematian suaminya, Eizabeth dan 4 orang rakan sejenayahnya dia didakwa telah menyeksa serta membunuh ramai budak dan gadis perempuan. Kebanyakkan mangsa mereka adalah budak perempuan yang berasal dari kampung yang ingin menjadi orang gaji Istana.
- Setelah itu, Elizabeth mula membunuh gadis yang berasal dari keluarga kaya yang dihantar oleh ibu bapa mangsa ke istana untuk belajar cara laku kesopanan. Antara keganasan yang dilakukan oleh Elizabeth dan gengnya adalah : merotan mereka sehingga mati, membakar dan memotong kedua-dua belah tangan, mencederakan bahagian muka dan bahagian sulit, mengigit muka, lengan atau bahagian lain dan membiarkan mangsa mati kelaparan. Selain itu, Elizabeth menggunakan jarum untuk menyeksa mangsanya.

kejam tak? ke tak cukup kejam? 
betul tak betul tu aida tak pasti semua nie diambil dari incix Google



39 comments:

x said...

7. Beverly Allitt tu muka dia macam Justin Bieber lah. HAHA

Nabiel said...

yg no 10 tuh..klu tk silap ade crita pasal dia.dn omputih kata klu sebut nama dia 3x dpn cermin dalam gelap,dia akan kluar!..tapi tak tau la btui ke idak..=)

Admin said...

ganas2...

iAmCekbolat said...

yg last skali sgt kejam ! arghhhh..
kata-kata si Nabil ni mnakutkan..

eh.. cekbolat kejam dlm brkata2.. kejam tak-kejam tak? okay tak.. kbai.. hehe

Ernee Azmn said...

:: ngerinyer muke org kejam >_<"

Azhafizah MN said...

tengok muka dah tahu kejam.huhu

Aben Idris said...

aah la...num 7 upe cam justin bebibir ~

mohdhazlan Dreadlock said...

mmg kejam dan sadis ..huhu

ShahzCudin said...

dasyat2 btoll..
diorag ni sakit mental nih...

Shida Radzuan said...

huhu..ngeri baca =.=

fadh leyanie said...

amalan bunuh membunuh dikalangan mereka yang kejam adalah perkara biasa ..isk3..

TiraPengemis said...

eh2...bkn ke ada lg yg kejam?
~aida omar~
kn?
hihihi...

Pamie said...

kejam2 semuanya..ish ish ish..

Anonymous said...

dpt kan wdget countdown 2012 untk blog http://blogeditor009.blogspot.com/

Syamira said...

mak ai, kejam nyer. . ngeri. .ish2

Aien Not Alien said...

kejamnya...terasa ngeri bayangkan kekejaman mereka..


sampai hati bunuh dan seksa orang ek...hmmm

SaifulAzrie said...

sy ada wat research sal serial killer..ada gak antara drg ne msuk dlm list sy..pergh memang cara drg bunuh psycho and kejam tak ingat lar...huwah¬¬¬

emylase. said...

huu, saya sependapat dgn imaa hamdan,
fes bila st tgk gmbar tu,
muka dia mcm justin bieber. hahaha xD

Unknown said...

tgk gambar tak kejam pon kan..ngeri je..jgn di sangka!

zafira othman. said...

bagaimana dengan Mona Fandi? kesian die disisihkan dari senarai, penat2 dia buat kekejaman. hahaha

pernah tengok rumah mona fendi? cantik siot.

Diari Si Froggie said...

@Imaa Hamdan hahaha..amek ko, mak pada justin biebir kot..

Diari Si Froggie said...

@Nabiel uitt...kamu jgn nabiel, menakutkan je.

Diari Si Froggie said...

@Phat semua ganas2 :)

Diari Si Froggie said...

@CekbOlat-bOlat sebab tu dia jatuh tmpt pertama..hihi. entah dia menakutkan je. kejam dalam berkata2 pun kejam gak tu..kdg2 sampai boleh membunuh :P

Diari Si Froggie said...

@Ernee Azmn muka semua ganas je..

Diari Si Froggie said...

@Azhafizah[フィザ] betul2 muka je dah tahu kan.

Diari Si Froggie said...

@mohdhazlan Dreadlock kalau salah sorang nie kejar si mohdhazlan dreadlock tak tahu la mcm ne..haha

Diari Si Froggie said...

@ShahzCudin mungkin juga la kan.. tertekan agknya.

Diari Si Froggie said...

@shida'R shida kena baca gak sampai habis :P

Diari Si Froggie said...

@AYIE ABAS setuju dengan ayie sebab perempuan sifat sebenarnya lembut nie terbalik pulak.

Diari Si Froggie said...

@fadh leyanie perkara biasa seperti hobi dikala free...haha

Diari Si Froggie said...

@TiraPengemis aida omar ke yg kejam tu? haha

Diari Si Froggie said...

@Pamie menakutkan kan pamie?

Diari Si Froggie said...

@Anonymous tnkz kamu :) nanti aida terjah sana.

Diari Si Froggie said...

@Aien Not Alien jangan bayangkan ianya sangat menakutkan, tak percaya depa sanggup dan sampai hati buat benda tu..

Diari Si Froggie said...

@OrsoNero memang mereka tersenarai eh.. eiii.. nasib tak ada dekat malaysia ne calon nye.

Diari Si Froggie said...

@Lady Emilya hahaha..jantina je berlainan.

Diari Si Froggie said...

@Cik Azizah setuju!! jgn disangka mereka nie kejam. hehe

Diari Si Froggie said...

@zafira othman. mona fendi tak kejam lagi kot.. rekod dia kejam dalam malaysia je. haha..

pernah2 tgk lam internet.. cantik ke? T_T

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me