Pada tahun 1984 Mimaland telah membina satu kolam renang yang pada waktu itu dinobatkan sebagai kolam renang terbesar dengan papan luncur air gergasi yang terpanjang di Asia Tenggara. Selain itu Mimaland juga membuka sebuah tasik untuk aktiviti bersampan, memancing, kawasan 'Giant Maze' dan juga kawasan merentas rimba.
Setelah lebih 28 tahun Mimaland menceriakan kehidupan ribuan orang, satu kejadian yang tidak diingini berlaku iaitu pada tahun 1993, dimana satu kemalangan yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun dikatakan akibat lemas berlaku dikawasan kolam renang dan papan luncur. Kejadian ini mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan kolam renang dan papan luncur untuk kerja-kerja pemambahbaikan.
Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama berpunca daripada kejadian tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang, dan sekali lagi kawasan itu ditutup dari orang ramai, dan ada yang mengatakan kejadian tanah runtuh ini berlaku akibat dari proses penambahbaikan pihak Mimaland sejak kematian warganegara Singapura. Kawasan tasik juga tidak terkecuali, air yang jernih berubah menjadi warna coklat.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak agensi kerajaan diatas beberapa kesalahan antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan yang menyebabkan beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut, pihak mahkamah menghalang pihak Mimaland dari meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, pada tahun 1994 pihak Mimaland akhirnya terpaksa membuat kata putus menutup Mimaland buat selama-lamanya.
Sekarang kawasan Mimaland telah ditutup sepenuhnya dan kerja-kerja mengali tanah dijalankan
(untuk projek apa tak pasti) dan tanah nie dah dijual. Ada sesiapa nak beli?? Ada yang kata tempat nie berhantu, yang tu tak pasti tapi kalau dah tempat lama ditinggalkan tak mustahil lah kan.
Nie lah rupa pintu masuk dia sebelum pintu utamanya
Pasal dekat dengan rumah dan kerja area situ hari-hari lalu depan nie, tak sempat nak pergi dah tutup pulak tempatnya. Adik beradik lain sempat, sadis betul. :P
Info tambahan :
- Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Tuan Besar (1980), Mekanik (1983), Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
- Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation
Sumber : Google Images, Arkib Negara
P/s : Entry untuk Incik kentang ^^
41 comments:
mak ngan abah kita pun penah ke sana
Baru first time dengar pasal Mimaland nie. Tapi, sayangkan dah ditutup? :(
P/S : Suka baca entri cmnie! :)
wujud upe ye...haish...sies tak tahu.now,dah tahu! :)
First time dengar pasal Mimaland ni. :D
aida kpe sume gmbar lma..tempat ni skg dah xwujud ke?
so ade lg x mimaland neh?
kenapa di tutup? x pernah dgr pun nama tempat ni
serius first time tau ni..sobsobs dah tutup selama2nya pulak tu..tmpatnya menarik ..hmm
aku pun x pernah tahu menahu psl mimaland ni. bole tgk lagi ke kawasan nyer?
errr... tak pernah tau pasal ni. ada lagi tak tapak dia?
Nape ditutup eh?
xsempat nk dating kat c2.......
ooo..de gak tmpt cmni kt msia...waa... asal la ditutup... kawasan air terjun ygmati berbelas2 xde pulak di tutup...mmm...mesti meriah kan tmpat ni dulu?
mintak share
eh cik bru tahu..erk >,<
ayie pernah dengar nama tempat tu sebelum nih...
ermmmm sedihnya x dapat di kekalkan legasinya sbg taman tema yg popular.
ayie rasa kalau disebabkan kemalangan.. itu berlaku jugak di tempat2 taman tema yg lain..di merata dunia.
@Alin Marlini :) kita je tak sempat merasa pergi sana kan? hehe
@Arol Mubin kalau aida tak duduk dekat2 mimaland nie pun ntah2 tak tahu jugak kot.. hehe. tula sayang je dah tutup. thankz arol :)
@ayut wujud dear.. tapi sekarang dah tak wujud la.. tinggal tapak je. hehe
@Sally Yatiey hehe.. sekarang dah tahu ea. :)
@shida'R Shida tak scroll ke bawah kot.. ada gambar terbaru, tapi dah tinggal sisa2 tapak je shida.. tempat nie dah ditutup :)
@kocix! tak ada dah dear.. :)
@LaLa mhdnor Dia ditutup sebab ada masalah alam semulajadi dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung.. tempat nie pun dah lama lala pasal tu kita kurang tahu pasal nie. :)
@sis92 sayang kan sis92.. kalau tak mesti meriah tempat nie. :(
@aswadz tak boleh dah aswadz.. kalau nak pi pun sekadar sampai pintu gerbang utama dia je.. tempat nie dah ditutup, tgh dilelong dan tempat korek pasir.
@Romeo Laut tapak still ada, cuma dah dijadikan tempat korek pasir :)
@Badrina Ibtisam ada masalah alam semulajadi seperti tanah runtuh dan itu akan membahayakan pengunjung sebab tu dia ditutup. :)
@Siti Nurul Hidayah haha.. gamaknya :P
@eintan nurfuzie ada dear.. hehe. sedih dah tinggal kenangan dah semua nie. sangat meriah kalau ikut kata orang tua2 dulu la.. pasal dia ditutup tu sebab tanah runtuh kerap berlaku, kemudian pihak mimaland tak mampu dah nak tanggung. dia tutup. thankz cik ein sudi share cerita nie :)
@O CIKTEDDY hehe.. :) sayang dah tak ada tempat nie.
@Ayie Abas tula ayie sangat2 sedih sebab dulu tempat nie sangat2 terkenal... pelancong dari singapura paling kerap datang.. dia bukan saja melibatkan kematian, kejadian tanah runtuh juga kerap berlaku sebabnya dari proses pembaikan tu..
kita pernah pergi masa kecik kecik. ada lagi gambar nya
baru tahu hari ni pasal mimiland. laaa, cantik sngt, tapi dah takda.. hrmm..
Pernah pergi sekali jer. Klau x silap dlm tahun 1991
korang ni tak baca ke entry tu? asik tanye nape tutup la... dah tak ade ke la..ape la...semua dia da tulis...ape laaa...buta..
thisisbalabero
sayang nye tempat ni dah tutup ek?
Ruginya dah tutup. mcm best je. mesti mcm Sunway Lagoon :)
AKAK KECIK2 DULU ITU LE TEMPAT BERMANDI MANDA NYER.. KENANGAN BETUL.. KENE MARAH DENGAN LIFE GUARD SBB X PAKAI BIKINI .. MASA TU AKAK BARU 10 TAHUN... HAHAHAH MAK CIK AKAK LAK DOK NGATA LIFEGUARD TU SBB DIA KATA SKODENG ORG BERBIKINI.. YO LAH PAKAI SPEK ITAM ....
ingat lagi kecik2 mandi kat sini mmg best..yg paling dpt ingat mandi kolam, gelongsor panjang, dinasaur, dgn main golf kecik tu. Oh memories remain!
Kali pertama dengar....Seronoknya kalau dapat pi...
Post a Comment