Rindu nak update blog dengan kisah misteri.. setelah puas mencari topik, terjumpa pasal hospital Beelitz Heilstatten di Jerman. Mai kita baca sama-sama apa yang misterinya.
Pada tahun 1898 Berlin Workers Health Insurance Corporation telah melakar plan asal pembinaan hospital ini dan pada tahun 1902 hospital ini telah rasmi dibuka diatas tanah seluas 140 hektar dimana kawasan ini dipecahkan kepada dua bahagian dengan memisahkan pesakit lelaki dibahagian timur dan pesakit wanita dibahagian barat.
hospital ini dibina bertujuan merawat pesakit TB (batuk kering) yang melanda bandar itu, mereka membinanya untuk mengawal penyakit TB dari merebak dengan mengasingkan pesakit dari dunia luar. Hospital ini mempunyai 7 bahagian rawatan iaitu Male Pulmonary TB patients, Female Pulmonary TB patients, Male Systemic TB patients dan Female Systemic TB patients.
Disebabkan usaha mereka untuk mengasingkan para pesakit dari dunia luar mereka membina Dapur, Dobi, kompleks jana kuasa elektrik, pejabat pos, tempat penjual daging, taman bir, taman istirehat, restoran, villa doktor, rumah mandi dan sebagainya.
Powerhouse - Pusat janakuasa elektrik
Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital terbiar Beelitz Heilstatten
Dapur (pemandangan luaran)
Dapur (pemandangan dalaman)
Bath House (Rumah untuk rawatan mandi pesakit)
Bath House
Hospital ini semakin hari semakin maju dengan kejayaan merawat pesakit TB, namun kejayaan itu berakhir apabila perang dunia I meletus ketika itu hospital ini dijadikan hospital tentera, dan pesakit-pesakit TB yang malang dipaksa keluar dari hospital.
Semasa perang dunia ke II meletus, salah sebuah bekas bangunan pesakit TB wanita telah dibom oleh pihak British yang ketika itu dijadikan berek tentera, setelah itu penjajah Red Army pula menjajah hospital ini sebelum mereka memulangkan semula kepada Jerman dan pihak Jerman menjadikan hospital ini sebagai hospital untuk pesakit parkinson dan neurologi walaupun separuh dari bangunan masih belum diperbaiki. Semasa Jerman masih memegang hospital ini terjadi beberapa peristiwa yang mengerikan.
keadaan bangunan pesakit wanita TB yang telah dibom
Satu pembunuhan ngeri bersiri dikenali sebagai The Beast Of Beelitz atau Giant Pink nama tersebut diambil sempena kain merah jambu yang selalu digunakan dan ditinggalkan pembunuh untuk membunuh mangsa pada 24 Oktober 1989 pembunuhnya bernama Wolfgang Schmidt telah membunuh wanita berusia 51 tahun Edeltraud Nixdorf yang sedang menanam pokok tulip, Mei 1990 mangsa kedua wanita berumur 55 tahun Christa Naujoks dirogol dan dibunuh, 13 Mac mangsa ketiga Borkheide 33 tahun mati dirogol dan ditikam sehingga mati dan mayatnya dijumpai sehari selepas itu didalam hutan bersebelahan dewan pembedahan hospital Beelitz.
Pembunuh bersiri Wolfgang Scdmidt
mangsa keempat adalah isteri seorang doktor di Beelitz bersama anaknya yang berusia 3 bulan keluar berjalan berhampiran bangunan pesakit wanita, Schdmit telah menahan mereka berdua, dan membunuh bayi tersebut dengan menarik badan bayi tersebut dengan tangannya dan membaling bayi tersebut kearah pokok seterusnya merogol dan mencekik isteri doktor tersebut yang berusia 44 tahun. Dua minggu kemudian Schdmit menyerang seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun yang sedang bersiar-siar disekitar hospital Beelitz, pelajar tersebut berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis, akhirnya Schdmit berjaya ditahan polis.
Hospital ini yang mulanya dijadikan hospital untuk pesakit TB dihentikan pada tahun 1914, dijadikan hospital tentera sehingga pengambil alihan Jerman dan ditukar kepada hospital parkinson dan neurologi, kronologi kes pembunuhan ngeri Schdmit akhirnya pada 1994 hospital ini ditutup sepenuhnya akibat dari kekurangan kos untuk membaikpulih kerosakkan akibat dari serangan letupan ketika perang dunia II oleh pihak British.
Gambar keadaan hospital semasa sedang beroperasi sebagai hospital TB
Kredit :
Picture & Info
P/s : Next week hujung minggu baru dapat update entry kot.. jadi babysitter nie bz bukan kemain. hiks. Jadi korang semua ngadap jela entry misteri dan ngeri nie dulu ea. hehe..
49 comments:
suka sangat baca cerita macam ni aida..tqvm...
besar juga hospital ni.. ngeri rasa
seni bina bangunan ini cantik :) thanks baru tahu tentang hospital nie
seram....
ngeriii.. tgok gmbar pun seram sudahh
rasa mcm dah lama lak x bc entri misteri kat blog nih. hehehe...
woo. seram. gambar katil tu lagi seram tengok.
agak scary...akak pun suka baca cite cam gini...menarik...baguih!
next time try highway karak plak...hehe =)
oooo...
yeaaa!! akhirnya entry yang ditunggu muncul juga..hehe
Bagunan tinggal mmg ada catatan sejarahnya sendiri kan...
penuh misteri dan menyeramkan.
seram je tengok.kalau dah nama misteri memang seram kan.
Ya Allah ngerinya bila dia bunuh bayi tak berdosa tu macam tu :'( malah diseksa, Allahhuakbar.
takut pulak nak teruskan membaca..x suka sgt cerita misteri2 nih..:P
haaa memang ngeri pon..0.0
Lama tak singgah sini..
ini xseram la, ini fkta sejarah ni, dpt info bru,..hehe
@Kathy Rbain tq sis yang sentiasa support aida nie.. aida pun suka baca kisah2 macam nie.. tapi tetap penakut. haha.
@hana hadi itu lah dia banyak bangunan.. jauh2 pulak tu. memang ngeri kalau pi memalam. hehe
@Aku Penghibur betul.. seni bina dia memang cantik dan unik.. kalau dipelihara tentu cantik.. welcome acik :)
@Moo Neer hehe.. tak seram mana pun heh. tajuk je letak seram. haha
@◕ D Y S H A S A H H I R ◕ haha.. belum malam lagi nie eh sis?
@aswadz memang kot.. aida pun rasa dah lama tak update cerita misteri. gigih mencari tu. haha
@Lady dah terbayang2 ada yang tidur kat situ eh? haha..
@y@N@^y@Ni baguih eh kak? haha.. InsyaAllah aida akan try research pasal highway karak pulak next time :)
@Cik Mun ^^ hehe..
@AzieYanz Rahim yehaaa!! haha.. sory dear menunggu lama..
@HeNRieTTa JoSe betul2.. kadang2 cerita pun banyak versi jadinya.
@thomas :) jangan biarkan hidup kita diselubungi misteri. hehe
@Azhafizah Md Nor haha.. tahu tak pe fizah.. best baca kisah2 macam nie.
@♥ Nana BamBam ♥ setuju dengan nana.. :) lagi pulak dah berbelas2 tahun..
@Cik Chokie kan? aida memula baca tu pun.. ngeri rasa tang baby dibuat begitu.. sangat zalim.
@husna zahidi haha.. teruskan teruskan jangan berhenti :P
@husna zahidi haha.. akhirnya baca jugak lah eh? kelakar lah husna nie..
@BUNDA a.k.a KN aida pun tak pi lagi blog bunda. tq bunda :)
@Kina seram bercampur dengan fakta dan tiada auta.. haha. :)
gua suka betul misteri2 ni, kat penang ada bgunan tggl. rsa cm nk eksplore je, tp takut kena sampuk :3
e ehh gua tertag lu lah bang :p
http://zyraroxx.blogspot.com/2013/10/special-birthday-giveaway-bernilai-rm750.html
semoga suatu saat bisa berkunjung ke sana
setakat baca je takde la takut sgt, rasa cam nak pergi sana. aida bawak kay! haha~
Ohh.. tq share. Nanti share lah lagi fakta2 tntng tempat2 lain. Hehe
rugi je hospital besar tapi tak digunakan...tp mgkn sbb byk sgt rosak kan..
Mubazzir hospital tu, perlu renofasi
@Zyra Roxx bukan lu je zyra suka benda2 gini gua pun suka hoih.. ada nilai sejarah tu yang penting.
@f.nugrohoMoga dimakbulkan doanya :)
@Nadia Elenaaida bawakkan eh? tapi aida pun penakut.. ha cemana? :P
@Badrina IbtisaminsyaAllah Badrina nanti aida update lagi :) tq support
@Sally Samsaimantula mungkin sebab banyak rosak tak tertampung dah nak betulkan
@pendaftaran cpnsmembazir pun ia jugak padahal ada nilai sejarah bangunan nie..
Post a Comment