Misteri dan Ngeri : Hospital Terbiar Beelitz Heilstatten
Diari Si Froggie
August 25, 2013
49 Comments
Rindu nak update blog dengan kisah misteri.. setelah puas mencari topik, terjumpa pasal hospital Beelitz Heilstatten di Jerman. Mai kita baca sama-sama apa yang misterinya.
Pada tahun 1898 Berlin Workers Health Insurance Corporation telah melakar plan asal pembinaan hospital ini dan pada tahun 1902 hospital ini telah rasmi dibuka diatas tanah seluas 140 hektar dimana kawasan ini dipecahkan kepada dua bahagian dengan memisahkan pesakit lelaki dibahagian timur dan pesakit wanita dibahagian barat.
hospital ini dibina bertujuan merawat pesakit TB (batuk kering) yang melanda bandar itu, mereka membinanya untuk mengawal penyakit TB dari merebak dengan mengasingkan pesakit dari dunia luar. Hospital ini mempunyai 7 bahagian rawatan iaitu Male Pulmonary TB patients, Female Pulmonary TB patients, Male Systemic TB patients dan Female Systemic TB patients.
Disebabkan usaha mereka untuk mengasingkan para pesakit dari dunia luar mereka membina Dapur, Dobi, kompleks jana kuasa elektrik, pejabat pos, tempat penjual daging, taman bir, taman istirehat, restoran, villa doktor, rumah mandi dan sebagainya.
Powerhouse - Pusat janakuasa elektrik
Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital terbiar Beelitz Heilstatten