Showing posts with label SELAMAT BERPUASA. Show all posts
Showing posts with label SELAMAT BERPUASA. Show all posts

August 2, 2013

Kembali Pulang

August 02, 2013 33 Comments

Rindu oih dengan blog hampir sebulan tinggal.. fuh! fuh! banyak debu dan sawang.. Memula nak mohon maaf dan nak ucap berbanyak-banyak terima kasih kat korang yang sudi singgah bagi komen support dan yang memahami sebab musabab aida stop berblogging. Korang memang awesome Smileys

Rasanya tak terlambat untuk Aida ucapkan Selamat Berpuasa buat semua, sedih jugak bulan Ramadhan hampir meninggalkan kita.. tahun depan ntah panjang umur ke kita tak tak tahu. Harap-harap Allah panjangkan umur kita semua untuk bertemu bulan Ramadhan tahun depan. Amin.. Hujung-hujung Ramadhan nie marilah sama-sama kita tingkatkan lagi ibadat kita, lagi-lagi malam Lailatul Qadar.. moga Allah terima segala amal ibadat kita. 


P/s : Hujung-hujung Ramadhan nie ramai orang sibuk shopping.. masjid sikit punya lengang tak macam memula Ramadhan dulu.. sepatutnya hujung-hujung nie lah lagi meriah lagi orang berebut-rebut nak beribadat. Apa kan daya shopping itu pun penting juga. hiks. Blushing Smiley



August 1, 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA

August 01, 2011 34 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Sekejap je kan masa berlalu..tup! tup! esok dah masuk bulan Ramadhan. Pejam celik pejam celik dah raya pula. Alhamdulillah aida bersyukur sangat sebab masih di beri peluang sekali lagi menjalani ibadah puasa ini.

Esok hari pertama buat seluruh umat muslim berpuasa, teringat masa zaman sekolah dulu, asal sahur saja liat nak bangun, makan pun tak ada selera..tapi masa berbuka laju bukan kemain. Dulu aida sekolah sesi pagi, lepas sahur je terus tidur. Teruk betul perangai kan? kan? pergi sekolah muka layu je..mata bengkak, belajar pun tak masuk dalam otak. haha..

korang masih ingat niat puasa pada bulan ramadhan tak?


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
atau niat untuk sebulan


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

aida mula berpuasa darjah satu lagi itu pun puasa ronggak dua tiga juga lah, orang niat puasa malam nya kan..aida pulak niat masa makan sahur. Haha..lepas itu puasa sekerat penat nya mengalahkan orang yang puasa penuh.

niat untuk berbuka pula



Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me